08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

6.13 CADANGAN PEMBANGUNAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

6.13.1 Objektif Pembangunan

Dua (2) objektif pembangunan pemeliharaan alam sekitar adalah:-

i. Pemantauan Secara Berkala Dan Penguatkuasaan Undang- Undang Secara Berkesan Bagi

Mengawal Aktiviti Yang Boleh Mengundang Ketidakselesaan Penduduk Dan Mencemarkan

Alam Sekitar

a. Kawalan kualiti air Sg. Ampang bagi menjamin bekalan air bersih yang berterusan kepada

penduduk sekitar;

b. Kawalan aktiviti kuari bagi meminimumkan kesan pencemaran terhadap persekitaran yang

boleh mengganggu penduduk sekitar; dan

c. Kawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan kawasan cerun bagi mengelak

sebarang risiko yang tidak terjangka.

ii.

Pengurusan Guna Tanah Yang Berkesan

Tidak membenarkan penimbusan tasik lombong dalam usaha membaikpulih kawasan bekas lombong

sebaliknya digunakan untuk kegiatan rekreasi dan pelancongan.

6.13.2 Cadangan Pembangunan

Tujuh (7) cadangan yang diusulkan di BP 2 adalah :-

i. Mengawal Pertumbuhan Sektor Pembangunan, Lalulintas Dan Industri

a. Supaya pencemaran udara dan hingar dapat dikurangkan sekaligus persekitaran yang lebih

baik dapat dinikmati;

b. Pengurusan lalulintas perlu efektif agar dapat mengurangkan kesesakan yang teruk dan

secara tidak langsung pembebasan bahan pencemar dari kenderaan dapat dikurangkan;

dan

c. Supaya indeks kualiti udara (IPU) berada dalam keadaan sihat.

ii.

Pemantauan Kualiti Air Secara Berterusan

a. Pemonitoran secara berkala untuk meningkatkan indeks kualiti air (WQI) bagi Sungai Ampang

ke kelas II;

b. Kualiti air pada kelas II memerlukan rawatan biasa dan sesuai untuk spesies hidupan liar yang

sensitif;

c. Memastikan segala punca pencemaran air dapat dikesan dan dielakkan dari memasuki

sistem saliran seterusnya masuk ke dalam sungai;

d. Menjalankan program ‘river clean up’ dan pendidikan mengenai kepentingan sungai sebagai

sumber bekalan air dan langkah untuk mengurangkan pencemaran sungai; dan

e. Meningkatkan penglibatan penduduk dalam usaha pemuliharaan sungai.

6-85

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!