08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

i. Memperbaiki, Memperindah Dan Membentuk ‘Frontage’

MRR2 mempunyai kualiti arah pandangan yang menarik ke beberapa latarbelakang seperti latar

belakang metropolitan dan alam semulajadi. Bagi memastikan kualiti pandangan menarik ini dapat

dipelihara, diperindahkan dan dapat dinikmati di masa hadapan, kawalan ketinggian terhadap

pembangunan di kiri dan kanan MRR2 perlu diperkukuhkan. Faktor ketinggian Jajaran Ampang

mampu meningkatkan ‘permeability’ kawasan seperti di Kategori 1 dan 2.

Kategori 1

Kawasan yang berada di dalam lingkungan jarak 200 meter dari MRR2; dan

Kategori 2

Kawasan yang berada di dalam lingkungan jarak 500 meter dari MRR2 tetapi di luar lingkungan

kategori 1.

Perincian kawalan ketinggian mengikut kategori adalah seperti berikut:-

a. Kawalan Ketinggian Kategori 1

Kawalan ketinggian dalam kategori 1 dibezakan mengikut dua jenis pembangunan iaitu

pembangunan perumahan dan pembangunan perniagaan (atau lain-lain pembangunan) seperti

berikut:-

• Pembangunan Perumahan

‣ Pembangunan Semula

- Ketinggian kawasan perumahan sedia ada digunakan sebagai asas penetapan kawalan

ketinggian. Pembangunan semula hendaklah mengikut ketinggian perumahan sedia ada.

‣ Pembangunan Baru

- Ketetapan ketinggian bagi pembangunan baru adalah mengikut nisbah plot yang telah

ditetapkan dalam jadual kelas kegunaan tanah.

‣ Kaedah Penentuan Pembangunan Perumahan Melebihi Empat Tingkat

- Pembangunan perumahan yang melebihi empat tingkat hendaklah mengemukakan

sekurang-kurangnya tiga foto yang menunjukkan kualiti arah pandangan semasa dan

melakarkan lukisan perspektif atau (foto montage) yang menunjukkan ‘massing’

bangunan yang menarik dan impak terhadap kesan pandangan kearah latar belakang

alam semulajadi dan latar langit metropolitan. Foto hendaklah diambil dari MRR2 ke

tapak dari tiga arah iaitu selatan, utara dan satu lagi pilihan mana-mana arah yang

sesuai.

• Pembangunan Perniagaan Dan Lain-Lain Pembangunan

‣ Pembangunan Semula Dan Baru

- Bagi pembangunan perniagaan dan lain-lain pembangunan kawalan ketinggian dibuat

berbeza mengikut kes, iaitu tertakluk kepada konfigurasi MRR2 dan keadaan persekitaran.

‣ Kaedah Penentuan Ketinggian Bangunan Perniagaan

- Pembangunan ini hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga foto yang

menunjukkan kualiti arah pandangan semasa dan melakarkan lukisan perspektif atau

(foto montage) yang menunjukkan ‘massing’ bangunan yang menarik dan impak

terhadap kesan pandangan ke arah latar belakang alam semulajadi atau latar langit

6-75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!