08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

ii.

Cadangan Naik Taraf Jalan Ampang Dari Jalan Wawasan Ampang Ke Jalan Bukit Belacan

Cadangan naiktaraf jalan ini adalah cadangan naik taraf jalan kepada rizab jalan 40m. Cadangan

jalan ini akan menghubungkan cadangan Jalan Utama yang menghubungkan Jalan Kuari di selatan

sehingga Jalan Melawati 4 di bahagian utara. Cadangan jalan ini akan menyediakan rangkaian jalan

penyurai trafik kepada kawasan RT MPAJ 2020.

6.10.3 Cadangan Persimpangan Baru Dan Naik Taraf Persimpangan

i. Cadangan Persimpangan Bertingkat Jalan Ampang / Cadangan Lebuh Raya Baru

Cadangan penyediaan persimpangan bertingkat ini akan menghubungkan Jalan Ampang ke

cadangan Lebuh raya. Penyediaan persimpangan baru ini dapat memberikan laluan alternatif untuk

perjalanan yang menggunakan MRR2 pada masa ini (rujuk Rajah 6.31).

6.10.4 Cadangan Pengangkutan Awam

i. Cadangan Sistem Pengangkutan Rel

Cadangan perkhidmatan rel yang dicadangkan di BP 2 adalah bermula daripada cadangan stesen

rel seperti yang dicadangkan di dalam Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 iaitu di antara

persimpangan Jalan Ampang dan MRR2. Laluan rel ini bermula dari Jalan Ampang sehingga ke Bukit

Ampang di mana ia melalui Terminal LRT Ampang. Manakala lokasi stesen rel pula dicadangkan

berhampiran Ampang Point, Terminal LRT Ampang, Ampang Waterfront dan Bukit Ampang.

Cadangan peletakan stesen ini juga disediakan mengambil kira jarak berjalan kaki optimal (rujuk Rajah

6.32).

ii.

Cadangan Laluan Bas Pengantara

Bas pengantara yang menghubungkan stesen rel ke kawasan perumahan utama dan taman

perumahan telah dicadangkanbagi meyokong pengangkutan berasaskan rel. Sejumlah tiga laluan

bas telah dicadangkan.

iii.

Cadangan Laluan Bas

Satu laluan bas yang menghubungkan Pandan Indah dan Terminal Putra melalui Taman Melawati

telah dicadangkan. Ianya bertujuan melengkapkan jaringan pengangkutan awam,memandangkan

pada masa ini tiada laluan bas yang disediakan secara terus dari Pandan Indah ke Taman Melawati.

Cadangan laluan bas di dalam BP 2 akan melalui Jalan Wawasan Ampang – Jalan Ampang – MRR2.

iv.

Cadangan Terminal ‘Park-And-Ride’

Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, dicadangkan sebuah Terminal ‘Park-And-

Ride’ disediakan bersebelahan stesen LRT Ampang. Ini akan memudahkan pengguna-pengguna

sistem LRT yang tidak mendapat kemudahan bas pengantara menggunakan Terminal ‘Park-And-Ride’

ini.

6-63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!