08.04.2015 Views

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

rancangan tempatan majlis perbandaran ampang ... - JPBD Selangor

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 2020

KAWALAN PERANCANGAN

a. Kawalan Ketinggian Kategori 1

Kawalan ketinggian dalam kategori 1 dibezakan mengikut dua jenis pembangunan iaitu pembangunan

kediaman dan pembangunan komersil (atau lain-lain pembangunan) seperti berikut:-

• Pembangunan Kediaman

‣ Pembangunan Semula

- Ketinggian kawasan kediaman sedia ada digunakan sebagai asas penetapan kawalan

ketinggian. Pembangunan semula hendaklah mengikut ketinggian kediaman sedia ada.

‣ Pembangunan Baru

- Ketetapan ketinggian bagi pembangunan baru hendaklah mengikut nisbah plot dalam

jadual kelas kegunaan tanah.

‣ Kaedah Penentuan Pembangunan Kediaman Melebihi Empat Tingkat

- Pembangunan kediaman yang melebihi empat tingkat hendaklah mengemukakan

sekurang-kurangnya tiga foto yang menunjukkan kualiti arah pandangan semasa dan

melakarkan lukisan perspektif atau (foto montage) yang menunjukkan ‘massing’ bangunan

yang menarik dan impak terhadap kesan pandangan kearah latar belakang mercu tanda

MPAJ atau latar langit metropolitan. Foto hendaklah diambil dari MRR2 ke tapak dari tiga

arah iaitu selatan, utara dan satu lagi pilihan mana-mana arah yang sesuai.

• Pembangunan Komersil Dan Lain-lain Pembangunan

‣ Pembangunan Semula dan Baru

- Bagi pembangunan komersil dan lain-lain pembangunan kawalan ketinggian dibuat berbeza

mengikut kes, iaitu tertakluk kepada konfigurasi MRR2 dan keadaan persekitaran.

‣ Kaedah Penentuan Ketinggian Bangunan Komersil

- Pembangunan ini hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga foto yang

menunjukkan kualiti arah pandangan semasa dan melakarkan lukisan perspektif atau (foto

montage) yang menunjukkan ‘massing’ bangunan yang menarik dan impak terhadap kesan

pandangan ke arah latar belakang mercu tanda MPAJ atau latar langit metropolitan. Foto

hendaklah diambil dari MRR2 ke tapak dari tiga arah iaitu selatan, utara dan satu lagi pilihan

mana-mana arah yang sesuai.

b. Kawalan Ketinggian Kategori 2

Kawalan ketinggian dalam kategori 2 dibezakan mengikut dua jenis pembangunan iaitu

pembangunan kediaman dan pembangunan komersil (atau lain-lain pembangunan) seperti

berikut:-

• Pembangunan Kediaman

‣ Kaedah Penentuan Pembangunan Kediaman Melebihi Empat Tingkat

- Pembangunan kediaman yang melebihi empat tingkat hendaklah mengemukakan

sekurang-kurangnya tiga foto yang menunjukkan kualiti arah pandangan semasa dan

melakarkan lukisan perspektif atau (foto montage) yang menunjukkan ‘massing’ bangunan

yang menarik dan impak terhadap kesan pandangan kearah latar belakang mercu tanda

MPAJ atau latar langit metropolitan. Foto hendaklah diambil dari MRR2 ke tapak dari tiga

arah iaitu Selatan, Utara dan satu lagi pilihan mana-mana arah yang sesuai.

5-89

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!