16.03.2015 Views

KENYATAAN MEDIA BERSAMA - Malaysian Nature Society

KENYATAAN MEDIA BERSAMA - Malaysian Nature Society

KENYATAAN MEDIA BERSAMA - Malaysian Nature Society

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

MAJLIS PERASMIAN

PROGRAM SAMBUTAN HARI TAPIR SEDUNIA 2013

TAMAN NEGARA PAHANG, KUALA TAHAN

PAHANG DARUL MAKMUR

27 APRIL 2013

Majlis Sambutan Hari Tapir Sedunia 2013 telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohd Ali

Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, hari ini.

Program ini disambut julung kalinya di Malaysia dan diadakan di Taman Negara

Pahang yang turut merupakan habitat semulajadi bagi spesies yang unik ini sebagai

usaha meningkatkan kesedaran masyarakat awam dalam ancaman yang dihadapi

oleh tapir dan kepentingan pemuliharaan tapir.

Program Sambutan Hari Tapir Sedunia 2013 ini merupakan program anjuran

bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan PERHILITAN,

Malaysian Nature Society (MNS), Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia

(UPM) dan disokong oleh Mutiara Taman Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Tapir Specialist Group, Copenhagen Zoo dan Syarikat Leica. Kerjasama yang erat

daripada pihak agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pengajian

dan pihak swasta adalah penting kerana usaha pemuliharaan terhadap spesies ini

menjadi tanggungjawab bersama termasuk dari segi program kesedaran orang

awam, penyelidikan dan perlindungan hidupan liar ini.

“World Tapir Day” yang disambut secara serentak pada 27 April di seluruh dunia

bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai konservasi empat

spesies tapir iaitu Mountain Tapir, Lowland Tapir, dan Baird’s Tapir yang mendiami

Amerika Tengah dan Selatan serta Malayan Tapir/ Badak Cipan yang hanya

terdapat di rantau Asia Tenggara.

Malayan Tapir atau badak cipan yang biasa dikenali orang tempatan merupakan

spesies tapir yang paling cantik dan satu-satunya spesis tapir yang mempunyai dua

warna iaitu hitam dan putih berbanding dengan spesies tapir di Amerika Selatan.

Hari Sambutan Tapir Sedunia

27 April 2013

Mutiara Resort Taman Negara

Tapir juga merupakan salah satu spesies yang dilindungi sepenuhnya dibawah Akta

Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Adalah menjadi suatu kesalahan, untuk

memburu atau menyimpan tapir tanpa permit khas dan, apabila disabitkan, akan

didenda sehingga satu ratus ribu ringgit atau hukuman penjara tidak melebihi 3

tahun atau kedua-duanya seperti yang dinyatakan dibawah Seksyen 68, Akta 716.

PERHILITAN merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan

dan konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia.

Dato’ Dr Ali b. Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha, NRE telah menegaskan

bahawa Kementeriannya menyokong sepenuhnya usaha-usaha Jabatan

PERHILITAN dalam perlaksanaan program-program konservasi hidupan liar

termasuk spesies Tapir ini terutamanya program-program konservasi dan

penyelidikan hidupan liar yang dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN dengan

kerjasama Copenhagen Zoo. Hasil kerjasama tersebut telah berjaya membuahkan

satu Pelan Tindakan bertajuk Malayan Tapir Conservation Action Plan (MaTCAP)

yang mengenalpasti ancaman kepada spesies tapir terkini dan menyediakan

program-program untuk konservasi tapir bagi tempoh 20 tahun akan datang

termasuk program pelepasan Tapir ke habitat semulajadi termasuk di Taman

Negara.

Prof Maketab, Pengerusi MNS telah menyatakan bahawa MNS berbangga dapat

bersama rakan-rakan penganjur menganjurkan Sambutan Hari Tapir Sedunia 2013

Peringkat Kebangsaan yang pertama kalinya diadakan di Taman Negara. Beliau

turut memaklumkan bahawa rakyat Malaysia serta seluruh masyarakat dunia perlu

mengetahui bahawa tempat terbaik untuk mengetahui Tapir Malaya adalah di

habitatnya yang juga bertepatan dengan objektif sambutan iaitu meningkatkan

kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar demi

melindungi hutan serta warisan sumber asli kita. Sebagai logo MNS sejak tahun

1940, Tapir Malaya adalah istimewa bagi MNS dan MNS berikrar akan meneruskan

segala usaha dan kerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi mempromosi

Tapir dan habitatnya sebagai warisan kebangsaan yang perlu dilindungi demi untuk

generasi yang akan datang.

Hari Sambutan Tapir Sedunia

27 April 2013

Mutiara Resort Taman Negara

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!