16.02.2015 Views

LAPORAN CADANGAN PROJEK

LAPORAN CADANGAN PROJEK

LAPORAN CADANGAN PROJEK

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TELEMEDICINE KLINIK DESA

ABD AZIZ BIN BAKERI

Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

Julai, 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

JUDUL : TELEMEDICINE KLINIK DESA

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya

ABD AZIZ BIN BAKERI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 17 LORONG PENDING 1A,

BANDAR PUTERI, 41200 KLANG, EN. NOH BIN ABD. SAMAD

SELANGOR DARUL EHSAN.

Nama Penyelia

Tarikh :10 Julai 2009 Tarikh : 10 Julai 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya, tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer.”

Tandatangan : .....................................................

Nama Penyelia : EN. NOH BIN ABD. SAMAD

Tarikh : 10 Julai 2009

TELEMEDICINE KLINIK DESA

ABD AZIZ BIN BAKERI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

Julai, 2009

ii

PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya dijelaskan sumbernya”

Tandatangan : ....................................................

Nama Penulis : ABD AZIZ BIN BAKERI

Tarikh : 10 Julai 2009

iii

PENGHARGAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam untuk

Nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada-Nya tuhan

pemilik alam fana ini kerana izin dan keredhaan dari-Nya jualah memberikan

kekuatan untuk menghasilkan satu lagi amanah yang perlu dilangsaikan sebelum

memegang segulung Ijazah Sarjana Muda. Insya Allah. Semoga setiap apa yang

dilakukan di dunia ini mendapat rahmat dan petunjuk dari-Mu. Amin.

Sekalung ucapan terima kasih buat penyelia yang begitu ramah melayan

karenah serta begitu sabar dan tidak jemu-jemu memberi nasihat dan teguran ke arah

kebaikan, Encik Noh. Untuk ayahanda tercinta, buat bonda, pengorbanan, kegigihan

dan doa merupakan sumber kekuatan ini. Terima Kasih ayah, bonda dan keluarga.

Kepada pensyarah-pensyarah yang tidak jemu-jemu memberi didikan dan

menumpahkan ilmu. Istimewa juga ditujukan penghargaan ini kepada Azliana dan

teman-teman seperjuangan yang sama-sama membina kejayaan bersama. Semoga

Allah memberkati segala apa yang diusahakan dan semoga mendapat menfaat

daripada apa yang dihasilkan ini. Sesunguhnya ini adalah hasil kerja bersama dan

semoga sama-sama mendapat kebaikan daripadaNya. Amin.

iv

ABSTRAK

Telemedicine Klinik Desa ialah sistem berasaskan web yang dibangunkan

untuk meningkatkan kawalan terhadap data agar lebih efektif dan efisyen terhadap

sumber-sumber klinik, pengurusan masa dan memenuhi keperluan staf dan pesakit.

Telemedicine Klinik Desa dapat menjimatkan masa dengan ciri-ciri seperti

pengurusan maklumat pesakit, pengurusan rekod rawatan pesakit, pengurusan

maklumat staf, dan ditambah baik dengan sistem pesanan ringkas (SMS) dan

perbualan langsung (live conference). Dengan mengunakan internet, sistem ini boleh

dicapai oleh penguna yang sah pada bila-bila masa sahaja. Sistem ini dibangunkan

dengan mengunakan pendekatan metodologi prototaip evolusi. Perisian Microsoft

Visiol Studio 2005 dan Active server Page ( ASP.Net ) digunakan untuk membina

laman web yang dinamik. Perisian SQL Server 2005 dipilih untuk dijadikan sebagai

persekitaran pembangunan pangkalan data. Matlamat sistem ini adalah untuk

membenarkan klinik desa mencapai tahap perkhidmatan yang tinggi di samping

dapat menjimatkan kos.

v

ABSTRACT

Telemedicine Klinik Desa is a web-base solution specially designed to allow

a more efficient and effective control over the clinic’s resources, time management

and catering to a patient’s requirement. Telemedicine Klinik Desa can eliminate as

many time-consuming tasks as possible, with features such as patient information

management, menu live conference, short message services and other aspects of a

clinic desa operation. By using the Internet as medium communication, this system

can easily accessible by authorized user anywhere at any time. This system

developed using evolution prototype. Microsoft Visiol Studio 2005 program will be

used to assist the Active Server Page (ASP.Net) that can create a dynamic web pages

and SQL server 2005 software will be used as the database development

environment. The goal of this research is such that the proposal system will enable

the clinic to achieve higher service level while monitoring overhead cost.

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PEGAKUAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

xii

xiii

xv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek 1

1.2 Latar Belakang Masalah 1

1.3 Pernyataan Masalah 2

1.4 Matlamat dan Objektif Projek 3

1.5 Skop Projek 4

1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Ringkasan 5

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Latar Belakang Organisasi 7

2.3 Kajian sistem Semasa 8

vii

2.3.1 Pesakit 8

2.3.2 Jururawat 9

2.3.3 Doktor 9

2.4 Kajian Sistem Sedia Ada 10

2.4.1 Washington Pain Management Center 10

2.4.2 London Pain Relief 12

2.5 Kajian Terhadap Teknik, Peralatan Dan Teknologi 13

Yang Akan Digunakan

2.5.1 Teknologi Internet 13

2.5.2 Ciri-Ciri Internet 14

2.5.3 Teknologi WEBCAM 15

2.5.5 ASP.NET 16

2.5.6 Visual Studio.NET 2005 17

2.5.7 Microsoft SQL server 2005 18

2.5.8 Pengkomputeran Pelayan Pelanggan 18

2.6 Ringkasan 20

3 METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 21

3.2 Metodologi Yang Digunakan 21

3.2.1 Menentukan Apa Yang Diperlukan 23

3.2.2 Menentukan Keperluan Untuk Penambahan 23

3.2.3 Merekabentuk Senibina Sistem 24

3.2.4 Pembangunan Penambahan Sistem 25

3.2.5 Mengesahkan Penambahan 25

3.2.6 Menghubungkan Penambahan 25

3.2.7 Menentusahkan Sistem 26

3.2.8 Strategi Penambahan 27

3.2.8.1 Penambahan Bahagian Pelayan 27

viii

3.3 Unified Modeling Language (UML) 27

3.4 Analisa Keperluan Sistem 28

3.4.1 Justifikasi Perkakasan 28

3.4.2 Justifikasi Perisian 29

3.4.2.1 Windows XP 30

3.4.2.2 Microsoft Visual Studio.NET 2005 30

3.4.2.3 ASP.NET 30

3.4.2.4 Microsoft SQL server 31

3.4.2.5 Adobe Photoshop 31

Rasional Rose 2000 Enterprise 31

Edition

3.5 Rumusan 32

4. REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 33

4.2 Sistem Semasa 33

4.2.1 Rekabentuk Senibina Sistem 34

4.2.2 Takrifan Aktor-Aktor Sistem 35

4.2.2.1 Penerangan Aktor Pentadbir Sistem 35

4.2.2.2 Penerangan Aktor Jururawat 36

4.2.2.3 Penerangan Aktor Doktor 36

4.2.2.4 Penerangan Aktor Pengguna Luar 36

4.3 Penerangan Kes Guna 36

4.3.1 Rajah Kes Guna Pentadbir Sistem 38

4.3.2 Rajah Kes Guna Jururawat 38

4.3.3 Rajah Kes Guna Doktor 39

4.3.4 Rajah Kes Guna Pengguna Luar 40

4.4 Rajah Jujukan 41

4.4.1 Rajah Jujukan Log Masuk Sistem 41

ix

4.4.2 Rajah Jujukan Daftar Pengguna 42

4.4.3 Rajah Jujukan Penyelengaraan Maklumat 43

Staf

4.4.4 Rajah Jujukan Lihat Maklumat Peribadi 43

Pesakit

4.4.5 Rajah Jujukan Semak Rekod Kesihatan 44

Pesakit Bagi Doktor

4.4.6 Rajah Jujukan Masukkan Rawatan 45

Pesakit Oleh doktor

4.4.7 Rajah Jujukan Pendaftaran Pesakit 46

Oleh Jururawat

4.4.8 Rajah Jujukan Carian Pesakit Oleh 47

Jururawat

4.4.9 Rajah Jujukan Kemaskini Data 48

Pesakit Oleh Jururawat

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 49

4.5.1 Jadual Pentadbir Sistem 50

4.5.2 Jadual Doktor 51

4.5.3 Jadual Jururawat 52

4.5.4 Jadual Pengguna Luar 53

4.5.5 Jadual Daftar Pesakit 54

4.5.6 Jadual Rawatan 55

4.5.7 Jadual Soalan 56

4.6 Rekabentuk Antaramuka 57

4.6.1 Rekabentuk Antaramuka Utama 57

4.6.2 Rekabentuk Antaramuka Menu 58

Pentadbir Sistem

4.6.3 Rekabentuk Antaramuka Menu Doktor 58

x

4.6.4 Rekabentuk Antaramuka Menu Jururawat 59

4.6.5 Rekabentuk Antaramuka Menu Pengguna 60

Luar

4.7 Ringkasan 60

5. IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 61

5.1.1 Pembangunan Sistem 61

5.2 Capaian ke Pangkalan Data 62

5.2.1 Implementasi Modul Log Masuk 62

5.2.2 Implementasi Modul Pendaftaran dan 64

Kemaskini Maklumat Staf

5.2.3 Implementasi Modul Pendaftaran 67

Pengguna Luar

5.2.4 Implementasi Modul Live Conference 70

5.3 Pengujian Sistem 71

5.3.1 Pengujian Input 71

5.3.2 Pengujian Output 72

5.3.3 Pengujian Perjalanan Sistem 72

5.4 Kesimpulan 73

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 74

6.2 Kelebihan system 74

6.3 Kelemahan Sistem 76

6.4 Cadangan Penyelesaian 76

xi

6.5 Kekangan-Kekangan Projek 77

6.6 Ringkasan 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN A – C 80

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Spesifikasi Komputer Peribadi 29

4.1 Penerangan Kes Guna 37

4.2 Jadual Pentadbir Sistem 50

4.3 Jadual Doktor 51

4.4 Jadual jururawat 52

4.5 Jadual Pengguna Luar 54

4.6 Jadual Daftar Pesakit 55

4.7 Jadual Rawatan 55

4.8 Jadual Soalan 56

5.1 Rajah Pengujian Input 71

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Rajah Antaramuka Sistem Washington Pain 11

Management Center

2.2 Rajah Antaramuka Sistem London Pain Relief 13

3.1 Aliran Model 22

4.1 Rajah Rekabentuk Sistem 35

4.2 Kes Guna Pentadbir Sistem 38

4.3 Kes Guna Jururawat 39

4.4 Kes Guna Doktor 40

4.5 Kes Guna Pengguna Luar 40

4.6 Rajah Jujukan Log Masuk 41

4.7 Rajah Jujukan Daftar Pengguna 42

4.8 Rajah Jujukan Penyelengaraan Maklumat Staf 43

4.9 Rajah Lihat Maklumat Peribadi Pesakit 44

4.10 Rajah Jujukan Semak Rekod Kesihatan Pesakit 45

Bagi Doktor

4.11 Rajah Jujukan Masukkan Rawatan Pesakit Oleh 46

Doktor

4.12 Rajah Jujukan Pendaftaran Pesakit Oleh Jururawat 47

4.13 Rajah Jujukan Carian Pesakit Oleh Jururawat 48

4.14 Rajah Jujukan Kemaskini Data Pesakit Oleh Jururawat 49

4.15 Rajah Rekabentuk Antaramuka Utama 57

4.16 Rajah Rekabentuk Antaramuka Menu Pentadbir 58

4.17 Rajah Rekabentuk Sistem Antaramuka Menu Doktor 59

4.18 Rajah Rekabentuk Antaramuka Menu Jururawat 59

4.19 Rajah Rekabentuk Antaramuka Menu Pengguna Luar 60

xiv

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

5.1 Skrip penghubungan ke pangkalan data 62

5.2 Antaramuka log masuk 63

5.3 Sebahagian kod log masuk 64

5.4 Antaramuka modul pendaftaran staf 65

5.5 Antaramuka modul kemaskini maklumat staf 65

5.6 Skrip untuk menghubungkan sistem dengan 67

jadual untuk kemaskini maklumat ahli

5.7 Antaramuka Modul Pendaftaran Pengguna Luar 67

5.8 Sebahagian Kod pendaftaran pengguna luar 68

5.9 Antaramuka modul Pertanyaan Pengguna Luar 69

5.10 Menunjukkan Sebahagian Kod Modul Pertanyaan 69

5.11 Antaramuka Modul Live Conference 70

5.12 Menunjukkan Sebahagian kod Modul Live 70

Conference

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Gantt Projek Sarjana Muda I & II 80

B Soalan Temubual Dengan Pihak 83

Pengurusan Klinik Desa

C Panduan Pengguna 85

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sistem maklumat Telemedicine Klinik Desa berasaskan web merupakan

sistem yang direkabentuk untuk membantu pihak pengurusan klinik desa

menguruskan data-data atau rekod pesakit dengan lebih sistematik dan berkesan.

Klinik Desa Kampung Telok Gong yang terletak di Pelabuhan Klang

merupakan organisasi kajian yang telah dipilih bagi menjayakan projek ini. Pelbagai

masalah pengurusan yang timbul telah dikenalpasti di Klinik Desa seperti kad pesakit

yang sering kali hilang, pesakit sukar mendapatkan rawatan lanjut kerana ketiadaan

doktor dan sebagainya. Masalah seumpama ini akan merumitkan lagi proses

pendaftaran, proses rawatan dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati pesakit yang

rata-ratanya adalah penduduk kampong tersebut.

Jesteru itu, peranan utama sistem ini adalah untuk mempertingkatkan lagi

keberkesanan pengurusan pihak klinik agar lebih teratur dan selamat. Model

prototaip akan digunakan untuk pembangunan sistem ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pengurusan yang sedia ada mempunyai kelebihan dan kelemahan

yang tersendiri. Kajian tentang sistem semasa yang digunakan diperincikan lagi di

dalam Bab 2 dan Bab 4. Cadangan bagi membangunkan Telemedicine Klinik Desa

2

sebenarnya cuba mengatasi masalah-masalah yang lazim terjadi bagi klinik

yang menggunakan sistem pengurusan secara manual. Berikut adalah masalahmasalah

yang dikenalpasti :

i. Tiada ciri-ciri keselamatan dipraktikkan. Data-data pesakit hanya direkodkan

di fail kertas dan disimpan di rak. Oleh yang demikian, data-data pesakit

berada dalam keadaan tidak selamat dan terdedah kepada pelbagai risiko

seperti kerosakan dan kehilangan.

ii.

Proses capaian atau carian rekod pesakit memakan masa yang lama dan

merumitkan. Walaupun fail-fail disusun mengikut permulaan abjad nama

pesakit, namun disebabkan rekod-rekod pesakit terlalu banyak, susunan yang

sedemikian masih tidak mampu untuk mempercepatkan masa carian.

iii.

Pesakit juga tidak dapat maklumat semasa atau maklumat terkini klinik

seperti waktu operasi klinik, bila doktor hospital tiba untuk memberikan

rawatan, servis yang disediakan dan maklumat-maklumat penyakit serta

pencegahan penyakit berjangkit

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada beberapa masalah yang telah dibincangkan di dalam seksyen 1.2,

persoalan utama yang wujud ialah “ Mampukah Telemedicine Klinik Desa yang

dibangunkan menyediakan satu perkhidmatan yang lebih baik bagi mengantikan

sistem yang sedia ada ? “

Berikut pula ialah beberapa persoalan lain yang turut menyumbang kepentingan ke

atas Telemedicine Klinik Desa :

i. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan tahap keselamatan ke atas rekodrekod

pesakit?

3

ii.

Adakah Telemedicine Klinik Desa dapat melancarkan proses pendaftaran

peskit agar tidak timbul lagi sebarang masalah?

iii.

Adakah proses capaian ke atas rekod-rekod pesakit dapat diringkaskan dan

dipercepatkan?

iv.

Bolehkah doktor merujuk sejarah rawatan pesakit sebelumnya sebelum

doktor memberikan rawatan?

v. Bolehkah jururawat menghubungi doktor ketika rawatan diberikan kepada

pesakit mengunakan persidangan video yang disediakan?

vi.

Adakah jururawat tahu mengunakan sistem ini?

1.4 Matlamat dan Objektif Projek.

Tujuan utama Telemedicine Klinik Desa dibangunkan ialah untuk

membolehkan tahap pengurusan Klinik Desa dipertingkatkan agar lebih berkesan dan

sempurna. Jesteru itu, beberapa objektif telah dikenalpasti. Objektif-objektif tersebut

merangkumi :

i. Membantu pihak pengurusan Klinik Desa membuat pendaftaran pesakit

dengan sistematik dan mudah.

ii.

Membantu pihak Klinik Desa menyimpan dan menguruskan rekod-rekod

pesakit, staf dan doktor dengan lebih teratur dan selamat.

iii.

Mempercepatkan serta meringkaskan proses capaian dan carian rekod-rekod

pesakit.

iv.

Membenarkan jururawat dan doktor melihat atau merujuk sejarah rawatan

yang pernah diberikan kepada pesakit sebelum memberikan rawatan.

4

v. Membolehkan doktor melihat jadual rawatan dan memudahkan perancangan

doktor membuat tugasan.

vi.

Membolehkan jururawat berhubung secara terus di atas talian bersama doktor

untuk membincangkan penyakit pesakit daripada doktor.

vii.

Mengaplikasikan teknologi terkini yang wujud untuk kegunaan bersama

sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang.

1.5 Skop Projek

Projek ini memainkan beberapa peranan yang telah digariskan. Beberapa skop telah

dikenalpasti antaranya ialah :

i. Skop kajian adalah hanya tertumpu kepada data-data peribadi pesakit, datadata

rawatan pesakit, data peribadi jururawat dan staf Klinik Desa Kampong

Telok Gong dan data Doktor Hospital Ampuan Rahimah Klang yang

bertangungjawab pada Klinik Desa Telok Gong.

ii.

Pengguna sistem ini adalah pihak pengurusan klinik desa iaitu doktor dan

jururawat, pentadbir sistem dan pengguna luar.

iii.

Terdapat enam modul di dalam Telemedicine ini iaitu modul pesakit, modul

doktor dan jururawat, modul pendaftaran, modul butiran rawatan, modul

pengguna luar

iv. Antara teknologi yang digunakan adalah ASP.Net, SQL Server 2005,

Microsoft Visiol Studio2005 , Broadcam Video Streaming Server dan

Rational Rose.

v. Pembangunan sistem ini adalah berasaskan prototaip.

5

1.6 Kepentingan Projek

Setiap perancangan yang ingin dicapai biasanya mempunyai matlamat yang

unik dan berbeza antara satu sama lain. Telemedicine Klinik Desa dibangunkan

untuk memudahkan pihak pengurusan klinik desa menguruskan data-data pesakit,

dan staf dengan lebih berkesan dan sistematik. Selain daripada itu, data-data pesakit

dan staf dapat disimpan dalam keadaan selamat kerana sistem hanya membenarkan

pengguna yang layak sahaja untuk mencapai data-data tertentu dengan mengunakan

id penguna dan kata laluan yang telah ditetapkan.

Selain itu sistem ini membolehkan jururawat di Klinik Desa untuk

mendapatkan bantuan nasihat perubatan daripada doktor hospital secara online

apabila memberikan rawatan kepada pesakit yang diluar pengetahuan perubatan

jururawat Klinik Desa.

Sistem ini membolehkan jururawat menghubungi doktor melalui. Dengan

mengunakan sistem ini membolehkan jururawat memberikan rawatan terus kepada

pesakit melalui arahan doktor yang berada di hospital.

Telemedicine Klinik Desa akan mengalakkan para penggunanya agar celik

komputer kerana sistem dibangunkan dengan bercirikan sistem maklumat

pengurusan dalam persekitaran web. Rekabentuk sistem amat mudah difahami dan

digunakan tanpa memerlukan pengetahuan tinggi tentang komputer.

1.7 Ringkasan.

Secara keseluruhannya, Bab 1 menerangkan tentang pengenalan secara umum

tentang kenapa projek ini dibangunkan dan ianya telah diperjelaskan lagi di dalam

bahagian objektif projek, skop projek serta kepentingan projek. Manakala

permasalahan yang lebih lengkap pula dijelaskan dalam bahagian pernyataan

masalah dan latar belakang masalah. Penerangan yang lebih lanjut mengenai

Telemedicine Klinik Desa akan diterangkan dalam bab-bab seterusnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!