13.02.2015 Views

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

74

Antara haiwan yang dimuatkan oleh Nabi Noh ke dalam

bahteranya ialah haiwan ternakan. Terdapat juga pelbagai spesies

haiwan yang boleh digunakan oleh manusia sebagai tunggangan.

Haiwan yang dimuatkan oleh Nabi Noh ke dalam bahteranya itu

dapat membiak semula dengan cepatnya selepas bahteranya

mendarat.

$ ./ A"7/%A & "E !)@U

1

B0E+M#'#/

Dan jika Kami hendak menenggelamkan mereka nescaya tiada

siapa pun yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka.

(Jika itu berlaku) maka sudah pasti tiada siapa daripada mereka

yang dapat diselamatkan (43). Hanya kerana rahmat yang Kami

berikan sahajalah mereka (orang yang berada di dalam bahtera

Nabi Noh) terselamat (lalu zuriat mereka) dapat meneruskan

kelangsungan hidup dengan sempurna hingga ke suatu ketika (44).

Penjelasan :

Dengan rahmat Allah, akhirnya bahtera Nabi Noh yang telah

mengharungi pelayaran sukar kerana merempuh ombak dan

gelombang yang tinggi menggunung itu dapat berlabuh dengan

selamat dan dengan rahmat Allah jugalah semua yang ada di

dalamnya dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna

dan seterusnya dapat pula beribadat kepada Allah tanpa sebarang

gangguan daripada orang-orang kafir kerana mereka kesemuanya

telah binasa.

Sebenarnya ayat ini bukan hanya ditujukan khusus kepada

mangsa tragedi taufan Nabi Noh semata-mata. Tetapi ia ditujukan

juga kepada seluruh umat manusia sepanjang zaman. Oleh itu kita

harus ingat bahawa nasib seseorang dalam pelayaran sama ada di

laut atau di udara bukan tertakluk kepada kecanggihan kenderaan

atau pesawat yang dinaiki, sebaliknya tertakluk kepada ketentuan

Allah s.w.t.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!