13.02.2015 Views

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bahtera itu bergerak merempuh badai yang tinggi menggunung.

Ketika Noh sedang mengemudikan bahtera itu, dia tiba-tiba

terlihat anaknya hampir tenggelam, lalu dia pun berkata kepada

anaknya itu, “Wahai anakku! Marilah naik ke atas bahtera ini

bersama-sama kami dan janganlah engkau mengikut orangorang

yang kafir itu.” Anaknya menjawab, “Aku tidak mahu.

Aku akan naik ke atas bukit. Di sana aku akan terselamat

daripada ditenggelami air.” Noh berkata lagi, “Pada hari ini

tiada siapa yang akan terselamat daripada bencana yang

ditentukan Allah ini kecuali mereka yang dilindungi-Nya sahaja.”

Selepas itu perhubungan antara mereka berdua terputus kerana

dihalang oleh ombak. Lalu anaknya pun tenggelam bersamasama

orang-orang kafir itu.

Sebenarnya bahtera itu sendiri pun boleh tenggelam dan

lenyap ditelan ombak yang besar itu seperti yang lainnya juga

jika ia tidak diselamatkan oleh Allah. Bayangkan apa yang akan

berlaku sekiranya bahtera itu karam. Sudah tentu makhluk di

muka bumi ini akan pupus semuanya. Melalui ayat ini Allah

memberitahu Nabi Muhammad s.a.w bahawa Dialah yang

menyelamatkan mereka yang berada di dalam bahtera tersebut

dan sekaligus dialah juga yang menyelamatkan zuriat manusia

dan semua makhluk lain daripada kepupusan. Menurut ayat ke-

41 surah Yasin, kelahiran makhluk yang ada pada masa ini

mahupun yang akan datang, pada hakikatnya adalah berasal

daripada mereka yang diselamatkan Allah di dalam bahtera

tersebut.

1

Sesungguhnya Kamilah yang menyelamatkan zuriat mereka

yang berada di dalam bahtera yang sarat dengan muatan.

Jika kita membaca ayat ke-41 ini dengan menggunakan

kemahiran berfikir yang ada pada diri kita, kita tentu dapat

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!