13.02.2015 Views

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

57

yang disebut bulan itu. Untuk mengetahui hakikatnya, mereka

membuat pelbagai penyelidikan dan kajian. Berasaskan

penyelidikan dan kajian tersebut, mereka telah menghasilkan

teori seperti di atas. Tidaklah menjadi kesalahan kepada kita jika

mempercayai atau menolak mana-mana teori yang

dikemukakan itu kerana ia hanyalah perkara zanni ./ 0 atau

perkara yang boleh diandaikan. Sesuatu yang boleh diandaikan

itu kadang-kadang tepat dan kadang-kadang sebaliknya.

Dalam apa jua persoalan, kita harus mencari jawapannya.

Selepas mendapat jawapan, kita perlu pula membuat analisis

dalam bentuk ilmiah supaya kita dapat berpegang dengannya

sebagai asas pengetahuan yang kukuh. Langkah ini penting

kerana ia boleh membantu perkembangan minda seseorang.

Pastinya Allah tidak akan mempersiakan usaha orang yang

mahu mengembangkan mindanya supaya dia dapat berfikir

dengan lebih waras dan lebih matang.

Bulan: Sebuah Satelit Bumi

Ketika bulan purnama, bentuknya kelihatan bulat seperti sebuah

piring yang bercahaya. Cuba fikirkan adakah bentuk bulan

benar-benar bulat seperti yang dilihat itu Sebenarnya, bulan

tidak berbentuk betul-betul bulat. Ia membonjol sedikit pada

bahagian menghadap ke bumi. Bentuk ini hanya dapat dikesan

oleh ahli astronomi dengan menggunakan alat khusus. Menurut

mereka bonjolan tersebut berlaku akibat tarikan graviti bumi.

Bulan ialah satelit bumi. Ia jauh lebih kecil daripada

bumi. Garis pusatnya berukuran 3476 km, iaitu kira-kira ¼

ukuran garis pusat bumi. Dalam cakerasuria terdapat 32 buah

bulan yang menjadi satelit kepada beberapa buah planet. Bumi

mempunyai sebuah bulan sahaja, Marikh dan Zuhrah masingmasing

mempunyai dua buah bulan, Uranus mempunyai lima

buah bulan, Zuhal mempunyai 10 buah bulan, manakala

Musytari mempunyai 12 buah bulan. Semua bulan tersebut

adalah bercahaya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!