13.02.2015 Views

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

43

juga jarang ditanam daripada biji benihnya. Sebaliknya ia

ditanam daripada keratan batang ataupun bahagian-bahagian

cabang pokok yang telah membesar. Anggur juga boleh

ditanam secara tut lentur, iaitu dengan melenturkan cabang

bahagian bawahnya ke dalam tanah dan membiarkannya

tumbuh sehingga akarnya keluar kemudian baru dipotong dan

ditanam. Pokok anggur mengeluarkan buah bergugus yang

sangat cantik. Warna buahnya ada yang hitam keungu-unguan,

hijau luntur dan merah. Untuk memastikan pokok anggur terus

mengeluarkan buah yang baik, ranting-rantingnya perlu

dipangkas. Cara membajanya juga haruslah diurus dengan

sempurna. Pokok anggur yang dijaga dengan baik boleh

mengeluarkan buah dengan baik selama 300 hingga 400 tahun.

Pokok anggur yang terdapat di Hampton Court, England, telah

ditanam sejak tahun 1786 Masihi. Sehingga ke hari ini pokok

tersebut masih mengeluarkan buah yang subur dan mungkin

akan terus subur dan berbuah hingga berpuluh-puluh tahun,

malah mungkin beratus-ratus tahun lagi jika ia terus dijaga

dengan sempurna.

Pokok kurma mengeluarkan buah daripada tandan

Pokok anggur mengeluarkan

buah bergugus yang cantik

Hujan dan Mata Air Menyuburkan Tanah Gersang

Terdapat pelbagai cara Allah menghidupkan tanah-tanah

gersang. Salah satu caranya adalah dengan mengeluarkan

mata air daripada perut bumi yang gersang itu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!