13.02.2015 Views

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

TAFSIR SURAH YAASIN SAINS DAN SEJARAH - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

22

terhadap aktiviti seperti ini dianggap sebagai lalai menunaikan

tanggungjawab agama.

1

@'/3 &/>*:;#$ 8 +" /&'=*

“Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas

kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.”

Usaha memperbetulkan akidah dan akhlak dengan

sentiasa memberi peringatan dan menyusun program

pendidikan yang tersusun merupakan tugas penting yang

sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Namun begitu, tugas suci ini

sangat berat untuk dilaksanakan. Selain sukar dilaksanakan,

orang yang bertanggungjawab juga terpaksa menanggung risiko

yang amat besar. Oleh itu Allah memberitahu baginda

Rasulullah s.a.w bahawa Dia (Allah) akan sentiasa menjamin

keselamatan diri baginda. Menurut satu riwayat, pada suatu

ketika, Abu Lahab bersama rakan-rakannya masuk ke Masjidil

Haram kerana hendak membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Abu

Lahab berjanji kepada rakan-rakannya bahawa dia akan

menghempapkan seketul batu ke atas kepala Nabi Muhammad

s.a.w ketika baginda sedang sujud kepada Allah. Rakanrakannya

menyambut baik cadangan tersebut dan berjanji akan

melakukan dengan cara lain mengikut keupayaan masingmasing

sekiranya Abu Lahab gagal. Tujuannya adalah sematamata

untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Abu

Lahab hendak bertindak, tiba-tiba dia terasa tengkuknya

dibelenggu dan kedua-dua belah tangannya pula terpasung erat

ke dagunya sehingga menyebabkan mukanya terdongak ke

atas. Begitu juga dengan rakan-rakannya. Justeru, mereka tidak

dapat bergerak dan tidak dapat melihat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam ayat yang ke-8 Allah memberitahu Nabi Muhammad

s.a.w,

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!