12.02.2015 Views

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

teks ucapan aluan ketua pengarah jabatan perancangan ... - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN ALUAN

KETUA PENGARAH JABATAN PERANCANGAN

BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

SEMPENA

MESYUARAT PEGAWAI KANAN PERANCANG BANDAR

& DESA MALAYSIA KE 24 DAN PELANCARAN BUKU

PROGRAM BANDAR SELAMAT 2010

PADA 26 JULAI 2010

DI HOTEL SERI PACIFIC KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih saudara/ri Pengerusi Majlis;

Yang Berbahagia Dato’ Wira Chor Chee Heung

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Yang Berbahagia Datuk Wira Abu Seman bin Yusop

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Bin Haji Kabit

Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Yang Berusaha En. Kamalruddin bin Shamsudin

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPBD Semenanjung

Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Mesyuarat

Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa Malaysia Ke 24

Yang Berbahagia Datin Wira Hajah Hamisah binti Ariffin, Timbalan

Ketua Pengarah (Pembangunan), JPBD Semenanjung Malaysia

Semua Ketua-ketua Jabatan, Pengarah JPBD Negeri, Pengarah

Bahagian, wakil-wakil Jabatan dan semua Pegawai Kanan

Perancang Bandar dan Desa di peringkat persekutuan, negeri dan

tempatan serta para akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA).

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera

dan Salam 1 Malaysia.

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’ di atas kesudian

meluangkan masa untuk merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan

Perancang Bandar dan Desa Malaysia Ke 24 dan Pelancaran

Buku Program Bandar Selamat Tahun 2010.

Kehadiran Y. Bhg. Dato’ begitu bermakna kerana ia merupakan

pertemuan julung kali Y. Bhg. Dato’ bersama Pegawai Kanan

Perancang Bandar dan Desa dari seluruh Malaysia. Sokongan yang

ditunjukkan oleh Y. Bhg. Dato’ akan menyemarakkan lagi semangat

kami semua untuk meneruskan usaha dalam meningkatkan

persefahaman dan bersama-sama membantu negara mencapai

tahap pembangunan yang lebih tinggi melalui perancangan dan

pembangunan bandar yang berkesan.

Untuk makluman Y.Bhg. Dato’, mesyuarat ini merupakan mesyuarat

tahunan yang dihadiri oleh Pegawai Kanan Perancang Bandar dan

Desa peringkat persekutuan, negeri dan tempatan serta para

akademik daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga wakilwakil

daripada agensi lain yang bertanggungjawab secara langsung

terhadap perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan isu-isu

semasa berkaitan perancangan bandar dan desa di negara ini

termasuklah hala tuju perancangan bandar dan desa di semua

peringkat kerajaan. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan

mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pegawai dari

pelbagai agensi yang terlibat ke arah memartabatkan profesion

perancang bandar dan desa.

TRANSFORMASI KERAJAAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Peranan perancang bandar pada hari ini perlulah seiring dengan

agenda negara yang kini memberi fokus kepada 3 prinsip utama iaitu

berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive).

Prinsip-prinsip ini telah diperjelaskan di dalam strategi-strategi bagi

program transformasi kerajaan, program transformasi ekonomi dan

juga perancangan Malaysia lima tahun iaitu RMKe-10.

Sebagai perancang bandar yang baik, tuan-tuan dan puan-puan

seharusnya berupaya untuk menterjemahkan peranan perancangan

bandar di dalam merealisasikan setiap agenda yang telah digariskan.

Di peringkat Jabatan, pelaksanaan program-program adalah seiring

dengan dasar dan strategi Negara. Salah satu daripadanya adalah

penglibatan Jabatan di dalam merealisasikan sasaran Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 6: Pengurangan Jenayah

melalui Program Bandar Selamat.

Untuk makluman, Program Bandar Selamat ini telahpun bermula 6

tahun yang lepas di mana Buku 23 Langkah Bandar Selamat telah

dikeluarkan sebagai panduan ke arah mewujudkan bandar yang

selamat dari jenayah. Namun begitu, faktor pelaksanaan yang kurang

berkesan dan kebimbangan di kalangan orang ramai yang masih

tinggi menyebabkan pelbagai usaha-usaha bagi menyemak semula

buku panduan ini telah dilaksanakan.

Hasil daripada perbincangan Makmal NKRA dan juga perbincangan

dengan pelbagai stakeholder serta agensi yang berkait rapat dengan

isu jenayah, 23 langkah tersebut telah ditakrifkan semula dan diberi

nafas baru (rebranding) kepada 15 langkah bagi memudahkan

pelaksanaan dan memberi impak yang lebih berkesan dalam

menangani masalah jenayah serta memberi pilihan kepada PBT

untuk melaksanakan langkah bandar selamat mengikut kesesuaian

setempat.

Bagi mencapai matlamat Program Bandar Selamat yang ditetapkan

oleh Kerajaan, 6 langkah segera Program Bandar Selamat perlu

dilaksanakan dengan jayanya di 12 PBT hotspot pada akhir tahun

2010. 6 langkah tersebut meliputi pengasingan laluan pejalan kaki

dari laluan bermotor, pemasangan cermin keselamatan, pemasangan

penggera keselamatan, pencahayaan, pemasangan kamera litar

tertutup (CCTV) dan pemetaan GIS Jenayah dan Program Bandar

Selamat.

Sejumlah RM36 juta peruntukan Kementerian Dalam Negeri (P62)

disediakan pada tahun ini untuk melaksanakan 6 langkah segera di

12 PBT hotspot. 12 PBT yang terlibat adalah:

i. Wilayah Persekutuan (1 PBT): Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur (DBKL);

ii. Selangor (6 PBT): Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran

Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya

(MPAJ), Majlis Perbandaran Klang (MP Klang) dan Majlis

Perbandaran Selayang (MP Selayang);

iii. Johor (3 PBT): Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis

Perbandaran Jobor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis

Perbandaran Pasir Gudang (MPPG); dan

iv. Pulau Pinang (2 PBT): Majlis Perbandaran Pulau Pinang

(MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Langkah 15 iaitu Agenda tetap bulanan dalam Mesyuarat Majlis

Penuh PBT adalah langkah baru yang telah dimasukkan dalam

Program Bandar Selamat 2010. Cabutan minit Mesyuarat Penuh

Majlis perlu dikemukakan kepada KPKT, KDN dan JPBD setiap bulan

untuk tujuan pemantauan kadar jenayah dan keberkesanan Program

Bandar Selamat di setiap PBT.

Langkah ini penting dan memerlukan setiap PBT mengaktif dan

menubuhkan Jawatankuasa Bandar Selamat untuk mendapat kata

sepakat dari semua agensi pelaksana peringkat PBT dalam

mengenal pasti lokasi hotspot jenayah dan langkah pencegahan

jenayah yang bersesuaian dilaksanakan.

Sidang hadirin yang dihormati,

Sempena Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa

Malaysia Ke 24 pada hari ini, Jabatan berasa amat berbesar hati di

atas kesudian Y.B Menteri KPKT melancarkan Buku Program Bandar

Selamat 2010. Sekalung penghargaan kepada Y.B Timbalan Menteri

Dalam Negeri di atas kesudian Y.B Dato’ untuk turut sama hadir ke

majlis pelancaran pada hari ini.

Di bawah inisiatif bandar selamat , Jabatan juga sedang bekerjasama

dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja

Malaysia (PDRM) dan PBT dalam penyediaan garis panduan (crime

prevention through environmental design) CPTED dan juga

pemetaan jenayah (Crime Mapping) dengan menggunakan Sistem

Maklumat Geografi.

Sidang hadirin yang dihormati,

RMKe-10 merupakan perencanaan pembangunan negara untuk

tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk

menyampaikan hasil yang dihasratkan oleh rakyat di samping

menggalakkan ekonomi berpendapatan tinggi ke arah mewujudkan

sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Strategi-strategi

RMKe-10 khususnya yang melibatkan pewujudan persekitaran yang

kondusif serta meningkatkan kualiti hidup perlu diambilkira di dalam

setiap perancangan yang kita laksanakan. Sehubungan itu, tuan-tuan

dan puan-puan sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap

perancangan fizikal negara perlulah sentiasa peka dan mengambil

tahu akan perkembangan yang berlaku di sekeliling.

Saya pasti semua telah maklum bahawa di bawah RMKe-10

peruntukan program dan projek pembangunan adalah berdasarkan

rolling plan yang akan dinilai setiap 2 tahun bermula dengan 2011-

2012. Pendekatan ini membolehkan komitmen dibuat berdasarkan

keupayaan (capacity) serta sumber kewangan (resources) yang

diperuntukan dapat dimanfaatkan di semua peringkat persekutuan,

negeri dan tempatan. Oleh itu, saya menyeru kerjasama semua

untuk memastikan program dan projek yang dilaksanakan berdaya

laksana.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

Sidang hadirin yang dihormati,

Sebanyak lima (5) kertas kerja akan dibentangkan berkaitan dengan

dasar dan perancangan untuk mewujudkan persekitaran ke arah

meningkatkan kualiti hidup. Kertas kerja pertama bertajuk

Pelaksanaan Program Bandar Selamat akan membincangkan

mengenai pelaksanaan program bandar selamat dalam menyokong

NKRA pengurangan jenayah.

Bagi menyokong pewujudan komuniti selamat, mesyuarat pada kali

ini juga akan diberi penerangan berkenaan Garis Panduan ‘Gated

and Guarded Community’. Untuk makluman, garis panduan ini

telahpun dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan

dan Pembangunan KPKT dan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri

pada 28 Julai 2010 ini.

Kita juga berasa sangat bertuah kerana pada hari ini, satu kertas

kerja berkenaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan RMKe-10 akan

dikongsi bersama dan diharapkan dapat membantu kita merancang

ke arah merealisasikan misi nasional.

Pengukuhan peranan perancangan bandar dan desa dalam

pembangunan akan diperjelaskan di dalam 2 kertas kerja bertajuk

“Program Kerjasama (Kolaborasi) JPBD dengan IPTA” dan

“Penglibatan JPBD Sebagai Agensi Pelaksana Dalam RMKe-10 dan

Keberkesanan Rancangan Tempatan”.

Selain itu, terdapat juga taklimat khas mengenai ‘Inspiring Leaders

To Perform Beyond’ yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi

potensi kepimpinan di dalam diri setiap peserta yang hadir pada

mesyuarat kali ini.

Saya berharap, apa yang diperolehi dari pembentangan kesemua

kertas kerja ini akan dapat diaplikasikan dalam tugas tuan-tuan dan

puan-puan sekalian dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

yang diberikan. Sepertimana yang saya nyatakan tadi, sudah tiba

masanya kita bergerak ke hadapan dengan lebih pantas dalam

memberkan perkhidmatan perancangan bandar dan desa yang

terbaik kepada rakyat.

Perancang bandar juga harus menjadi pemacu dan pendokong ke

arah pencapaian tonggak perdana yang telah digariskan oleh Y.A.B

Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas

(MAPPA XI) pada 09 Mac 2010 lalu. Kita harus sama-sama dapat

berusaha agar hasrat kerajaan untuk memakmurkan kehidupan

rakyat dan untuk menggerakkan ekonomi negara dan

meletakkannnya kembali atas landasan pertumbuhan yang sihat dan

mapan dapat dicapai.

PENUTUP

Sidang hadirin yang dihormati,

Saya berharap Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa

mewujudkan kesepakatan bagi memperkukuhkan lagi peranan

perancangan bandar dan desa dalam menyokong pelaksanaan

strategi-strategi pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan

dari aspek kepimpinan dan perlu melaksanakan tugas tersebut

melangkaui pemikiran dalam memastikan setiap pembangunan dan

perancangan yang diatur memberi impak untuk generasi sekarang

dan generasi yang akan datang.

Perancang Bandar dan Desa perlulah sentiasa berusaha untuk

memastikan perkhidmatan perancangan bandar ini kekal relevan dan

signifikan dalam pembangunan negara dengan menghasilkan output

atau produk perancangan yang kreatif, inovatif dan mudah

diaplikasikan oleh para pelaksana. Sebelum saya mengakhiri ucapan

ini, saya menyeru agar warga perancang bandar dan desa untuk

mempergiatkan usaha dan meningkatkan perkhidmatan untuk

perancangan guna tanah yang lebih efektif.

Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalamualaikum

warahmatulallahi wabarakatuh...

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!