11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Maklumat Lembaga

Profil Anggota Lembaga

Dato’ Sri Izzuddin bin Dali

Dato’ Sri Ismail bin Adam

Dato’ Sri Izzuddin bin Dali

Ketua Setiausaha Perbendaharaan

Kementerian Kewangan Malaysia

(Pengerusi Lembaga)

Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga mulai dari 1 Ogos

2004. Dato’ Sri Izzuddin ialah seorang graduan Sarjana

dalam bidang ekonomi dari Western Michigan University.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam

pada tahun 1972 di Bahagian Pentadbiran, Kementerian

Kewangan. Dalam tempoh 33 tahun perkhidmatan, beliau

telah menyandang berbagai jawatan tinggi di Kementerian

Kewangan. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian

Belanjawan, Kementerian Kewangan pada tahun 1999,

sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pada

tahun 2003 dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada

tahun 2004.

Dato’ Mohd. Salleh bin Mahmud

Akauntan Negara Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Dilantik menjadi Anggota Lembaga pada 31 Mac 2005.

Dato’ Mohd. Salleh adalah graduan Sarjana Pentadbiran

Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah

berkhidmat dengan perkhidmatan awam sejak tahun 1976

dan pernah berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri, Jabatan Telekom, Bahagian Pencen,

Jabatan Perkhidmatan Awam dan menjadi Pengarah

Kumpulan Wang Amanah Pencen. Setelah memegang

jawatan Timbalan Akauntan Negara, beliau telah dilantik

sebagai Akauntan Negara Malaysia di Jabatan Akauntan

Negara Malaysia dalam tahun 2005.

Dato’ Sri Ismail bin Adam

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Dato’ Sri Ismail dilantik menjadi Anggota Lembaga pada 16

Jun 2005. Beliau adalah seorang graduan Sarjana Ekonomi

Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat dan pernah mengikuti

Advance Management Programme di Harvard Business

School. Beliau memulakan khidmat dalam perkhidmatan

awam pada tahun 1972. Beliau pernah berkhidmat dalam

berbagai peringkat jawatan di Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Institut Tadbiran Awam Negara,

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan

Awam. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Pengarah

Perbadanan Produktiviti Negara dan Ketua Setiausaha

Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau telah dilantik ke

jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tahun

2005.

Datuk Nor Bee binti Ariffin

Timbalan Penggubal Undang-Undang

Jabatan Peguam Negara Malaysia

(Menjadi Anggota mulai 1 Oktober 2004)

Dilantik menjadi Anggota Lembaga pada 1 Oktober 2004.

Datuk Nor Bee adalah seorang peguam berkelulusan Ijazah

Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak

tahun 1981. Antara jawatan yang pernah disandangnya

ialah sebagai Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen, Peguam

Kanan Persekutuan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan

kini sebagai Timbalan Pengubal Undang-Undang Parlimen

di Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara Malaysia.

Dato’ Mohd. Salleh bin Mahmud

Datuk Nor Bee binti Ariffin

8

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!