11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Perubahan Perundangan

4. AKTA PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN)

1967 [AKTA 543]

A. Gelaran Pegawai LHDNM Selaras Dengan Struktur

Baru LHDNM - subseksyen 2(1) - dipinda

Pindaan adalah bagi menyelaraskan nama gelaran

yang digunakan dalam struktur baru LHDNM,

berbangkit daripada pindaan serupa yang dilakukan

dalam ACP 1967.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

B. Peruntukan membolehkan notis taksiran cukai

petroleum dikeluarkan selepas tempoh 6 tahun

- seksyen 39(3) (baru)

Pindaan serupa dengan pindaan di bawah ACP

1967 dipanjangkan kepada Akta Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967. Dengan itu, tempoh

membangkitkan taksiran adalah dalam tempoh 6

tahun yang dikira daripada tarikh perintah mahkamah

diperoleh ataupun daripada tarikh sesuatu

pengecualian itu ditarik balik atau dibatalkan.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

C. Pembayaran Balik Cukai Melalui TBB - seksyen

50A, seksyen 81 - baru

Bagi memudah dan mempercepatkan proses

pembayaran balik tanpa melalui prosedur yang

memerlukan dicaj kepada Kumpulan Wang Disatukan

(Consolidated Fund), dicadangkan agar pembayaran

balik bagi cukai pendapatan petroleum juga boleh

dibuat melalui TBB.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

D. Gelaran pegawai LHDNM selaras dengan struktur

baru LHDNM subseksyen 69(2), subseksyen 69(3),

(4) dan (5), subseksyen 77(1), seksyen 78

Bagi menyelaraskan nama gelaran yang digunakan

bagi pegawai LHDNM masa kini dengan gelaran

jawatan yang diperkenalkan dalam Akta Lembaga,

pindaan juga dibuat di bawah Akta Petroleum.

Pindaan ini berkuat kuasa pada tarikh Akta ini dikuat

kuasakan.

5. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar

Pesisir Labuan 1990 (LOBATA) [AKTA

445]

A. Gelaran pegawai LHDNM selaras dengan struktur

baru LHDNM - seksyen 18

Bagi menyelaraskan nama gelaran yang digunakan

bagi pegawai LHDNM pada masa kini dengan gelaran

jawatan yang termaktub dalam Akta Lembaga,

pindaan juga dibuat di bawah Akta LOBATA.

Pindaan ini berkuat kuasa pada tarikh Akta ini

dikuatkuasakan.

6. KAEDAH - KAEDAH CUKAI PENDAPATAN

A. Kaedah-Kaedah Saraan Majikan. Peruntukan

menghendaki majikan menyimpan maklumat

dan rekod pekerja dan bayaran Potongan Cukai

Berjadual (PCB) dalam tempoh 7 tahun.

Kaedah-Kaedah Saraan Majikan dipinda bagi

mewajibkan pihak majikan menyimpan rekod/

maklumat berkaitan pekerja dalam tempoh yang

ditetapkan. Ianya bertujuan membolehkan semakan

dibuat atas rekod potongan cukai berjadual pekerja

dan kegagalan majikan mematuhi peruntukan akan

mengakibatkan pengenaan penalti di bawah seksyen

120 ACP 1967.

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun

taksiran 2006.

B. Skop Perbelanjaan Bagi Penubuhan Amanah

Pelaburan Hartanah (REIT) atau Tabung Amanah

Hartanah (PTF)

Bagi mengurangkan kos penubuhan REIT,

perbelanjaan seperti bayaran guaman, perkhidmatan

penilaian dan bayaran jururunding adalah dibenarkan

sebagai potongan.

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun

taksiran 2006.

70

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!