11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Perutusan Pengerusi

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) meneruskan kecemerlangan dalam tahun 2005 dengan

berjaya mengutip cukai langsung berjumlah RM56.85 bilion. Buat pertama kalinya, kutipan telah berjaya

melepasi tahap psikologi RM50 bilion. Jumlah kutipan ini merupakan 53.5% daripada keseluruhan hasil

Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2005. Jumlah kutipan cukai yang tinggi dalam tahun 2005 membuktikan

keberkesanan usaha berterusan LHDNM dalam meningkatkan kecekapan jentera pentadbirannya. Bagi

mencapai matlamat kutipan hasil yang tinggi, LHDNM telah mempergiatkan seluruh aktiviti terasnya

berhubung pemungutan cukai, penguatkuasaan undang-undang, pemantauan tahap pematuhan dan

penganjuran program pendididikan cukai secara meluas. Di samping itu, langkah peningkatan tahap

perkhidmatan, pengurangan tunggakan cukai dan pengawalan kebocoran hasil akibat kegiatan pelarian

dan pengelakan cukai turut diberi perhatian utama bagi meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Sepanjang tahun 2005, Anggota Lembaga dan pengurusan LHDNM telah bekerjasama dengan rapat

dalam perancangan polisi dan dasar organisasi di samping menetapkan keutamaan yang perlu diberi

perhatian. Hasilnya pelbagai program telah diperakukan untuk dilaksana atau diberi penambahbaikan di

samping meneliti keberkesanan pelaksanaannya. LHDNM telah meningkatkan bilangan dan keupayaan

sumber manusianya dalam usaha memantapkan keberkesanan pelaksanaan operasi percukaian. Prasarana

fizikal pejabat turut dipertingkatkan bagi memastikan persekitaran kerja akan merangsang budaya kerja

cemerlang serta penghasilan tahap produktiviti dan perkhidmatan yang lebih baik. Tumpuan khusus turut

diberikan kepada langkah untuk meningkatkan keberkesanan tahap perkhidmatan dan mewujudkan

sistem penyampaian yang lebih mudah dan berkesan.

Sistem Taksir Sendiri (STS) telahpun dilaksanakan sepenuhnya terhadap kumpulan pembayar cukai selain

syarikat dalam tahun 2005. Sistem ini melibatkan pembangunan sistem pengurusan maklumat baru serta fasa

penyesuaian di kalangan pembayar cukai. LHDNM telah menangani cabaran ini dengan baik. Dengan kerja

sama daripada pelbagai badan dan pertubuhan percukaian profesional dan juga pembayar cukai, LHDNM

yakin pelaksanaan STS akan berjaya meningkatkan keberkesanan sistem pentadbiran percukaian negara.

Bagi memudahkan pembayar cukai melaksanakan urusan percukaian mereka, beberapa pembaharuan

akan turut diperkenalkan oleh LHDNM pada masa hadapan khususnya melibatkan penggunaan secara

meluas teknologi maklumat dan komunikasi.

Akhir kata, sebagai mewakili Anggota Lembaga, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada jentera

pengurusan serta seluruh warga LHDNM di atas usaha dan kegigihan, kesepaduan tekad serta tahap

produktiviti tinggi yang dihasilkan bagi memenuhi hasrat dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Penghargaan serupa turut ditujukan kepada Anggota Lembaga atas pandangan, buah fikiran dan khidmat

yang diberi untuk faedah organisasi LHDNM keseluruhannya. Komitmen dan kerja sama yang diberi akan

memastikan kecemerlangan berterusan dalam LHDNM dapat dicapai pada masa kini dan juga pada masa

hadapan.

DATO’ SRI IZZUDDIN BIN DALI

Pengerusi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Laporan Tahunan Annual Report 7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!