11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Perubahan Perundangan

U. Pengecualian cukai atas pendapatan diskaun -

perenggan 35 Jadual 6

Pendapatan diskaun daripada punca berikut

dikecualikan daripada cukai:

• sekuriti atau bon yang dikeluarkan atau

dijamin oleh kerajaan;

• debentur, ‘other convertible loan stock’ yang

diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti; dan

• Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh

Bank Negara Malaysia.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

V. Elaun Pelaburan Semula (EPS) Bagi Tahun Taksiran

yang mana Tempoh Asas Bertindih - Jadual 7A

Peruntukan menetapkan dalam kes tempoh asas

bertindih, tempoh berkenaan merupakan tempoh

asas bagi tahun taksiran pertama.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai

2006.

tahun taksiran

2. AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA

TANAH 1976 [AKTA 169]

A. Kuasa Menteri mengecualikan pendapatan tanpa

pewartaan - Seksyen 9(3)

Menteri boleh mengecualikan seseorang daripada

pengenaan cukai keuntungan harta tanah (CKHT)

tanpa mewartakan pengecualian tersebut.

Bagaimanapun, pengecualian bagi kumpulan orang

atau bagi sesuatu jenis pendapatan masih perlu

diwartakan.

C. Pembayaran Balik Cukai Melalui TBB - seksyen

24A

Bagi memudah dan mempercepatkan pembayaran

balik cukai, pembayaran balik bagi CKHT juga boleh

dibuat melalui TBB. Sebelum pindaan, bayaran

balik dilakukan melalui Kumpulan Wang Disatukan

(Consolidated Fund) yang dikendalikan Jabatan

Akauntan Negara.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

D. Gelaran Pegawai LHDNM Selaras Dengan Struktur

Baru LHDNM - seksyen 45(2) dan (5), seksyen 45(3)

dan (4), seksyen 55 dan seksyen 56

Pindaan adalah bagi menyelaraskan nama gelaran

yang diguna pakai dalam struktur baru LHDNM,

berbangkit daripada pindaan serupa yang dilakukan

dalam ACP 1967.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

E. Pengecualian CKHT rumah kediaman untuk setiap

individu - Jadual 3, perenggan 3

Peruntukan sedia ada mengganggap rumah

kediaman isteri dimiliki oleh suami bagi tujuan

membuat pilihan untuk pengecualian CKHT. Dengan

pindaan, setiap individu layak membuat pilihan

untuk mendapatkan pengecualian di bawah seksyen

8, sekali seumur hidup bagi sebuah rumah kediaman

milik sendiri.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Oktober 2005.

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Oktober 2005.

B. Pengeluaran notis taksiran cukai keuntungan

harta tanah selepas perintah mahkamah dalam

tempoh 6 tahun - seksyen 15(3)

Tempoh membangkitkan taksiran adalah dalam

tempoh 6 tahun selepas perintah mahkamah

diperoleh ataupun bermula daripada tarikh sesuatu

pengecualian cukai ditarik balik ataupun dibatalkan.

Pindaan ini berkuat kuasa pada tarikh Akta

dikuatkuasakan.

68

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!