11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

O. Kuasa mengecualikan pendapatan tanpa

pewartaan - seksyen 127(3)(b) dipinda dan

seksyen 127 (3A) - baru

Menteri Kewangan diberi kuasa mengecualikan

mana-mana orang tanpa perlu mewartakan perintah

pengecualian tersebut. Walau bagaimanapun,

perintah pengecualian bagi mana-mana kumpulan

orang atau bagi sesuatu pendapatan yang terpakai

kepada pembayar cukai umum masih perlu

diwartakan.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai pada 1 Oktober

2005.

Perubahan Perundangan

R. Aset bernilai kecil - Jadual 3, perenggan 19A

(baru)

Aset yang bernilai kecil iaitu mempunyai nilai tidak

melebihi RM1,000 setiap satu dibenarkan menuntut

elaun modal sepenuhnya dalam setahun. Jumlah

perbelanjaan layak aset berkenaan tidak boleh

melebihi RM10,000 untuk setiap tahun taksiran.

Walau bagaimanapun elaun modal aset bernilai kecil

yang tidak dituntut mengikut peruntukan baru ini

boleh terus dituntut di bawah peruntukan biasa di

bawah Jadual 3.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

P. Pindaan pada nama gelaran - subseksyen 134(2),

136(2), 146(1) dan 147

Pindaan bagi menyelaraskan nama gelaran yang

diguna pakai pegawai dan staf LHDNM pada masa

kini yang telah termaktub dalam Akta Lembaga.

Nama gelaran pegawai teknikal dan pengurusan

ialah:-

• Pengarah Negeri;

• Pengarah,

• Timbalan Pengarah

• Ketua Penolong Pengarah dan

• Penolong Pengarah;

Nama gelaran pegawai undang-undang ialah:-

• Ketua Peguam Hasil

• Timbalan Peguam Hasil

• Peguam Kanan Hasil

• Peguam Hasil

Pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

Q. (i) Ejen cukai - seksyen 153(3)

Seorang juruaudit berlesen tidak lagi menjadi

ejen cukai melainkan setelah mendapat

kelulusan di bawah seksyen 153.

ii) Peruntukan khas berhubung seksyen 153.

Peruntukan disediakan bagi mengekalkan status

juruaudit berlesen yang diluluskan sebelum 1

Oktober 2005 sebagai ejen cukai sehingga tamat

tempoh lesennya.

Pindaan-pindaan ini berkuat kuasa pada 1 Januari

2006.

S. Jadual 4A dan 4C - dipotong

Peruntukan Kecualian dan Peralihan untuk Jadual

4A dan 4C

Berikutan pengenalan relif kumpulan, peruntukan

serahan kerugian kepada syarikat berkaitan dibawah

Jadual 4C dan peruntukan berhubung dengan

tuntutan 100% elaun pertanian di bawah Jadual 4A

tidak diperlukan dan dipotong.

Peruntukan kecualian dan peralihan mengekalkan

manfaat yang telah diperolehi oleh syarikat di bawah

Jadual 4A dan Jadual 4C yang ditentukan mengikut

peruntukan lama sebelum berkuat kuasanya

pemotongan tersebut.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

T. Pengecualian cukai pendapatan royalti dinaikkan

- perenggan 32 Jadual 6

Pengecualian cukai royalti yang diterima oleh

individu bermastautin di Malaysia berhubung hasil

seni dan rakaman bayaran yang diterima berkaitan

penerbitan, hak penggunaan mana-mana hasil

seni (selain daripada lukisan asli) serta rakaman

cakera dan pita dinaikkan daripada RM6,000 kepada

RM10,000, pengecualian.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

Laporan Tahunan Annual Report 67

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!