11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Perubahan Perundangan

Bajet 2006

Pindaan peruntukan undang-undang percukaian

berdasarkan kepada Bajet 2006 yang telah dibentangkan

oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri

Kewangan Pertama di Dewan Rakyat pada 30 September

2005.

1. Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53)

A. Peruntukan khas pengenaan cukai pemberian

opsyen syer pekerja (ESOS)

Pemberian opsyen syer syarikat kepada pekerja

adalah manfaat / perkuisit di bawah perenggan

13(1)(a). Layanan cukai manfaat seperti berikut:

i. subseksyen 25(1A) - baru

Manfaat ESOS dikenakan cukai dalam tahun opsyen

dilaksana. Bagaimanapun, taksiran kebelakangan

tidak perlu dipinda.

ii. subseksyen 32 (1A) - baru

Nilai manfaat ialah nilai terendah antara nilai pada

tarikh opsyen boleh laksana dengan nilai pada

tarikh opsyen dilaksana. Tolakan diberi atas amaun

yang dibayar bagi opsyen tersebut.

Pindaan-pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun

taksiran 2006.

B. Kerugian larasan dan elaun modal terkumpul jika

berlaku perubahan pemegangan syer dalam

syarikat

i. Subseksyen 44(5A), (5B), (5C) dan (5D) - baru

Kerugian larasan perniagaan bawa hadapan dan

elaun modal bawa hadapan tidak boleh diserap

dalam tahun berlaku perubahan lebih 50%

pegangan syer syarikat.

ii. Peruntukan khas sebelum pindaan

dikuatkuasakan

Syarikat dengan tempoh asas berakhir 31/10/2005,

30/11/2005 dan 31/12/2005, tarikh 30/9/2005

disifatkan hari terakhir tempoh asas tahun taksiran

2005 bagi ujian pemegangan syer di mana

kerugian atau elaun modal boleh dibenarkan.

C. Relif Kumpulan Bagi Syarikat

[seksyen 44A - baru]

Syarikat yang ditubuh dan bermastautin di Malaysia

dibenarkan menyerah 50% kerugian larasan kepada

syarikat berkaitan dalam kumpulan yang sama.

Bagi membolehkan peruntukan relif kumpulan

dilaksanakan, kedua-dua syarikat hendaklah:

menjadi syarikat berkaitan sepanjang tempoh

asas dan 12 bulan sebelum tempoh asas tersebut;

mempunyai modal berbayar syer biasa melebihi

RM2.5 juta di permulaan tempoh asas;

mempunyai tempoh asas 12 bulan berakhir pada

tarikh yang sama;

membuat pilihan yang tidak boleh ditarikbalik;

tertakluk kepada kadar cukai yang sama;

menepati syarat ‘berkaitan’ yang ditetapkan;

Bukan syarikat yang sedang menikmati insentif

percukaian lain di bawah ACP 1967, Akta

Penggalakan Pelaburan, 1976 atau Perintah

Pengecualian seperti Taraf Perintis, Elaun Pelaburan

Cukai, Elaun Pelaburan Semula dan lain-lain.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

D. Potongan sumbangan wang tunai kepada

perpustakaan awam - seksyen 44(8)

Peruntukan sedia ada dikemas kini yang menjelaskan

hanya sumbangan wang tunai dibenarkan sebagai

potongan.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

E. Potongan suami yang tidak mempunyai punca

pendapatan kepada isteri - seksyen 45A.

Peruntukan membenarkan potongan suami kepada

isteri dalam keadaan suami tiada punca pendapatan

yakni menganggur ataupun tidak bekerja.

Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

Pindaan-pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun

taksiran 2006.

64

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!