11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Sumber Manusia Kompeten, Mahir Dan Berintegriti

5.3.2 Latihan Pengkhususan

Program ini bertujuan untuk melatih setiap pegawai

LHDNMM yang akan berperanan sebagai ‘work specialists’.

Ini dilakukan dengan meningkatkan kemahiran pegawai

dalam bidang kerja semasa mereka melalui latihan

pengkhususan dalam bidang Cukai Keuntungan Harta

Tanah, Duti Setem, Pemungutan, Pendakwaan, Auditan

serta Penyiasatan. Program latihan ini dilaksanakan di

beberapa institusi berikut:

5.3.2.1 Akademi Percukaian Malaysia

Akademi Percukaian Malaysia (APM) merupakan pusat

latihan utama bagi LHDNM. Pada masa ini, kursus yang

ditawarkan di APM meliputi pelbagai program berikut;

i. Program Pengajian Penyelidikan & Antarabangsa;

ii. Program Latihan Asas;

iii. Program Teknologi Maklumat;

iv. Program Pengurusan;

v. Program Audit;

vi. Program Latihan Kemahiran;

vii. Skim Latihan Khas.

APM berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi

melatih pegawai LHDNM, pentadbir cukai negara lain

serta orang ramai berhubung aspek percukaian. Selain

menyediakan latihan dalam perkhidmatan dan latihan

kemahiran dan kemajuan diri, APM juga menawarkan

Program Diploma Sains Pengurusan serta Program

Diploma Perakaunan yang diadakan hasil kerjasama

dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti

Teknologi Mara (UiTM). APM turut membincangkan

usahasama dengan beberapa Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) bagi menawarkan program

Sarjana untuk pegawai LHDNM. Program latihan secara

usahasama dengan beberapa badan antarabangsa

seperti Organisation for Economic Co-operation and

Development (OECD), Commonwealth Association

of Tax Administrators (CATA) dan Japan International

Cooperation Agency (JICA), turut diteruskan termasuklah

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dengan

Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Hadiah Latihan Persekutuan daripada Jabatan

Perkhidmatan Awam turut ditawarkan kepada pegawai

LHDNM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran

ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Sepanjang

tahun 2005, seorang pegawai telah ditawarkan untuk

melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan tiga

orang lagi untuk mengikuti pengajian di peringkat Doktor

Falsafah di dalam dan di luar negara.

Bagi memastikan integriti pegawai sentiasa berada di

tahap tertinggi, LHDNM turut menjalankan beberapa

sesi kursus berhubung integriti dan etika kerja kepada

pegawainya. Adalah diharapkan kursus demikian

akan dapat merangsang pegawai menanamkan tahap

integriti tinggi dan mengamalkan etika kerja yang terpuji

sepanjang perkhidmatan mereka.

5.3.2.2 Pusat Latihan Audit (PULADIT)

PULADIT berperanan khusus untuk meningkatkan

kemahiran audit cukai kepada pegawai LHDNM

memandangkan tugas audit telah menjadi salah satu

daripada fungsi teras bagi pegawai LHDNM. Latihan

audit yang berkesan akan dapat meningkatkan

kecekapan program audit LHDNM yang seterusnya dapat

meningkatkan tahap pematuhan di kalangan pembayar

cukai.

5.3.2.3 Pusat Latihan Siasatan (PLAS)

PLAS pula berperanan khusus untuk memberi latihan

kepada pegawai baru yang akan ditempatkan di

Pusat Penyiasatan LHDNM berhubung kemahiran

melaksanakan kerja-kerja penyiasatan atas kes pelarian

cukai. Dengan gabungan latihan secara teori dan juga

penempatan latihan di Pusat Penyiasatan berhampiran,

pegawai penyiasat berkenaan mampu menguasai

kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas

penyiasatan dengan berkesan.

5.3.3.4 Pusat Latihan Duti Setem (PULATEM)

PULATEM yang ditubuhkan dalam tahun 2005 telah

mengambil alih fungsi latihan berhubung duti setem

daripada APM. Dengan penubuhannya, pegawai yang

bertugas di Unit Duti Setem, Pusat Khidmat Hasil dan

56

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!