11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Sumber Manusia Kompeten, Mahir Dan Berintegriti

5.1 Mewujudkan Organisasi Berteraskan

Kompetensi

‘Organisasi Berteraskan Kompetensi’ merupakan

organisasi yang memberi tumpuan kepada seluruh

aktiviti utama dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Aktiviti tersebut meliputi aspek pengambilan, laluan

kerjaya, pertukaran (penempatan), kenaikan pangkat,

perancangan penggantian, pengurusan latihan dan

pengurusan prestasi. Seiring dengan hasrat berkenaan,

LHDNM telah mewujudkan Profil Kompetensi sebagai

rujukan bagi melaksanakan aktiviti tersebut. Profil

Kompetensi menjelaskan seluruh komponen utama

yang perlu diberi perhatian meliputi aspek pengetahuan,

kemahiran dan sikap (kelakuan) pegawai. Komponen

tersebut terbahagi kepada tiga kategori yang mempunyai

19 ciri kompetensi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai

LHDNM seperti dalam Jadual 26.

Dalam tahun 2005 pelaksanaan program ‘Organisasi

Berteraskan Kompetensi’ ini telah memberi fokus

kepada Pengurusan Latihan sebagai aktiviti utama. Ini

selaras dengan pelaksanaan sistem Pengurusan Kualiti

MS ISO 9001:2000 di Jabatan Pentadbiran LHDNM yang

mensyaratkan penyediaan latihan dengan berpandukan

Tahap Kompetensi pegawai. Sehubungan dengan itu,

’Analisis Keperluan Latihan’ telah diperkenalkan bagi

pengurusan latihan dan mula dilaksanakan dalam tahun

2005.

Selain daripada itu, Borang Penilaian Prestasi Tahunan

Pegawai LHDNM turut disemak semula bagi menerapkan

elemen kompetensi yang telah dikenal pasti. Borang versi

terbaru dijangka akan digunakan dalam tahun 2007.

Aktiviti Pengurusan Sumber Manusia yang lain akan turut

dilaksanakan secara berperingkat mengikut perancangan

yang telah ditetapkan oleh pengurusan LHDNM.

5.2 Pengambilan dan Penempatan

Bagi mencapai wawasan menjadi pentadbir cukai

bertaraf dunia, LHDNM memerlukan pegawai yang

cekap dan mampu bertugas dengan berkesan bagi

meningkatkan prestasi dan tahap daya saing organisasi.

Oleh itu program pengambilan terus dilaksanakan

bagi meningkatkan jumlah sumber manusia sehingga

mencapai tahap optimum berdasarkan keperluan

semasa. Pada tahun 2005, seramai 244 orang calon telah

dilantik ke jawatan tetap bagi mengisi kekosongan akibat

persaraan, peletakan jawatan dan kematian. Seramai 948

orang calon telah ditawarkan jawatan sambilan dan 24

orang calon ke jawatan kontrak. Pengambilan dibuat

bagi meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi LHDNM

khususnya dalam menampung peningkatan beban

kerja dengan pelaksanaan STS. Profil sumber manusia di

LHDNM pada 31 Disember 2005 adalah ditunjukkan di

Jadual 27, 28 dan 29.

JADUAL 26 : PROFIL KOMPETENSI LHDNM

i) Pencapaian Individu ii) Semangat Kerja Berpasukan iii) Komitmen Organisasi

dan Fokus Pelanggan

1. Kawalan Diri

2. Keyakinan Diri

3. Inisiatif

4. Kualiti Kerja

5. Orientasi Pencapaian

6. Fleksibel

7. Pemikiran Analitis

8. Kepakaran Fungsian

9. Kebolehan Berpasukan

10. Bakat Kepimpinan

11. Keupayaan Mempengaruhi Pasukan

12. Keupayaan Memajukan Pegawai

13. Kebolehan Memberi Arahan

14. Kebolehan Membuat Keputusan

15. Kemahiran

Berkomunikasi

16. Komitmen Organisasi

17. Orientasi Perkhidmatan

Pelanggan

18. Kemahiran Interpersonal

19. Keupayaan

Mendapatkan Maklumat

Laporan Tahunan Annual Report 53

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!