11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Jaringan Antarabangsa

4.2.2 Jalinan Kerja Antarabangsa

LHDNM menyedari pentingnya memberi pendedahan

berterusan kepada pegawainya berhubung isu-isu

percukaian terkini di peringkat global serta mempelajari

amalan percukaian terbaik yang diamalkan oleh

pentadbir cukai lain khususnya di kalangan negara maju.

Bagi tujuan berkenaan, LHDNM telah meneruskan jalinan

rangkaian kerja yang baik di peringkat antarabangsa

dengan pelbagai pertubuhan percukaian antarabangsa

serta pentadbir cukai negara lain yang menganggotainya.

Hasilnya LHDNM berjaya meneruskan penganjuran

pelbagai kursus percukaian antarabangsa di Akademi

Percukaian Malaysia dengan menggunakan kepakaran

tenaga pengajar pertubuhan antarabangsa seperti OECD*,

CATA*, JICA* dan SGATAR*. Kursus-kursus berkenaan

berjaya memberi manfaat kepada ramai pegawai LHDNM

serta pegawai percukaian dari beberapa pentadbir cukai

negara lain yang menjadi rakan dagang Malaysia. LHDNM

juga berjaya meneruskan penganjuran kursus percukaian

dengan kerja sama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan

Perdana Menteri di bawah Program Kerjasama Teknikal

Malaysia (MTCP) menggunakan kepakaran dalamannya

serta tenaga kepakaran dari luar. Hubungan erat dengan

pentadbir cukai negara lain telah memudahkan LHDNM

mengadakan beberapa siri lawatan kerja ke agensi

berkenaan. Hubungan baik berkenaan juga memudahkan

kerja sama erat di peringkat antarabangsa berhubung

soal percukaian seperti program pertukaran maklumat

percukaian antara negara.

Sebagai pelopor kepada penubuhan ATAIC* yang

merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang

mewakili pihak berkuasa cukai dan zakat negaranegara

Islam, LHDNM berperanan aktif untuk berkongsi

kepakaran serta pengalaman dengan negara Iran yang

telah menjadi penganjur Persidangan Teknikal Kedua

ATAIC dalam tahun 2005. LHDNM berharap langkah

berkenaan dapat membantu untuk terus menggerakkan

aktiviti ATAIC, sebagai satu-satunya forum antarabangsa

untuk negara-negara Islam berbincang dan bertukar

pengalaman berhubung isu-isu percukaian dan zakat.

Sehingga akhir tahun 2005 keahlian ATAIC telah

meningkat kepada 20 buah negara.

50

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!