11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Prestasi HASIL

c) Audit PCB

Audit Potongan Cukai Berjadual (PCB) bertujuan

memastikan setiap majikan membuat dan meremitkan

potongan cukai dari saraan bulanan pekerja mengikut

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada

Saraan) 1994. Audit PCB dilakukan dengan membuat

pemeriksaan rekod gaji pekerja di premis majikan. Dalam

tahun 2005, sebanyak 25,431 lawatan telah dilakukan di

mana 8,125 majikan didapati gagal mematuhi peraturan

yang ditetapkan (Rujuk Jadual 22).

d) Siasatan

Aktiviti penyiasatan adalah langkah penguatkuasaan bagi

membanteras kegiatan pelarian cukai. Ia dilaksanakan

menerusi lawatan mengejut ke premis kediaman, premis

perniagaan dan premis lain yang berkaitan dengan

perniagaan pembayar cukai. Rekod perniagaan dan rekod

kewangan yang berkaitan akan diambil untuk diperiksa

di pejabat LHDNM. Bagi memastikan keberkesanannya,

aktiviti siasatan telah dibahagikan kepada Siasatan Sivil

dan Siasatan Jenayah.

Bahagian Siasatan Sivil berperanan menjalankan

penguatkuasaan melalui siasatan sivil bagi menangani

aktiviti pengelakan cukai secara sengaja dan cuai dalam

membuat laporan percukaian. Dalam tahun 2005,

Bahagian ini telah berjaya mengutip cukai kebelakangan

dan penalti berjumlah RM763.00 juta daripada 719 kes

yang berjaya diselesaikan (Rujuk Jadual 23).

Bahagian Siasatan Jenayah berperanan untuk menyiasat

kegiatan pelarian cukai melalui siasatan jenayah

dan seterusnya membuat tindakan pendakwaan di

mahkamah. Dalam tahun 2005, sebanyak 12 kes baru

telah disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan

di bawah subseksyen 113(1) dan 114(1) Akta Cukai

Pendapatan 1967. Tindakan pendakwaan di mahkamah

telah dilakukan ke atas empat kes yang telahpun selesai

disiasat. Pihak mahkamah telah mensabitkan kesalahan

ke atas semua kes siasatan jenayah yang telah selesai

dibicarakan dalam tahun 2005 (Rujuk Jadual 24).

JADUAL 22: PENCAPAIAN AUDIT PCB

Tahun

Bilangan

Majikan Diaudit

Bilangan

Majikan Tidak

Patuh

Bilangan

Kesalahan

Bilangan

Kesalahan

Dikenakan

Kompaun

Bilangan

Kesalahan

Didakwa Di

Mahkamah

2003 13,421 4,462 4,465 4,042 423

2004 17,190 9,404 37,178 28,231 8,947

2005 25,431 8,125 63,509 57,583 5,926

JADUAL 23: BILANGAN KES PENYIASATAN DAN JUMLAH PENYELESAIAN

Tahun Bilangan Kes Selesai

Jumlah Penyelesaian

(RM Juta)

2003 767 615.51

2004 774 620.26

2005 719 763.00

46

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!