11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Prestasi HASIL

iii) Perkhidmatan Elektronik

Bayaran PCB Melalui Perbankan elektronik

Pada masa ini majikan mempunyai pilihan untuk melakukan pembayaran Potongan Cukai

Berjadual (PCB) pekerja mereka melalui internet dengan menggunakan khidmat perbankan

elektronik yang ditawarkan oleh Bumiputra-Commerce Bank (Bizchannel.com) dan Public Bank

Berhad (Pbebank.com). Terdapat peningkatan sebanyak 116% dalam amaun kutipan bayaran PCB

melalui perbankan elektronik dalam tahun 2005 berbanding tahun 2004 (Rujuk Jadual 3).

E-Filling

Sistem E-Filling merupakan kaedah pengisian borang

nyata secara elektronik yang disediakan oleh LHDNM.

Pembayar cukai boleh memuat turun perisian daripada

laman e-perkhidmatan LHDNM dan mengisi maklumat

yang diperlukan pada format Borang Nyata elektronik

yang disediakan. Borang yang telah lengkap diisi akan

dicetak dan dikemukakan secara manual ke Pusat

Pemprosesan LHDNM. Penggunaan perisian e-Filling

mampu mengelakkan kesilapan dalam pengisian dan

penaksiran cukai kerana wujudnya fungsi semakan

secara automatik pada ruangan yang wajib diisikan

serta fungsi pengiraan pada ruangan yang berkenaan.

Ianya merupakan langkah awal LHDNM ke arah

memperkenalkan kaedah pengemukaan Borang Nyata

secara atas talian.

E-Filing

Kemudahan memfailkan borang nyata melalui internet,

E-Filing, telah diperkenalkan dalam tahun 2004 kepada

pembayar cukai syarikat. Perisian yang disediakan pada

laman e-Perkhidmatan LHDNM merupakan kaedah

mudah, cepat dan selamat bagi memfailkan borang nyata.

Aplikasi ini dikawal selia dengan ciri-ciri keselamatan

berlandaskan Prasarana Kekunci Awam dan dirancangkan

untuk diperluaskan kepada pembayar cukai individu

dalam tahun 2006.

Sistem Taksiran Pindah Milik Harta Tanah (STPH)

Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan taksiran duti

setem dilakukan atas pemindahan harta tanah yang boleh

dilayari pada http://pinharta@hasil.org.my. Dengan

menggunakan sistem ini, semua transaksi antara pihak

yang terlibat iaitu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

Hartanah (JPPH), firma guaman atau ejen dan juga

Pejabat Duti Setem Cawangan, adalah dilaksanakan

secara atas talian. Pengguna sistem boleh memantau

status permohonan dari peringkat pendaftaran, penilaian

harta, taksiran duti setem sehinggalah ke peringkat

pengeluaran notis taksiran duti setem. Pengguna perlu

mencetak notis taksiran dan membuat bayaran duti

setem di Pejabat Duti Setem berhampiran. Melalui

STPH, proses taksiran duti setem dapat disingkatkan

dengan amat ketara. LHDNM sedang berusaha untuk

menambahkan aplikasi e-Franking ke dalam sistem

berkenaan yang akan membolehkan pembayaran duti

setem dilakukan secara atas talian pada masa hadapan.

Sistem ini telah mendapat sambutan yang amat baik

dengan menunjukkan peningkatan dalam jumlah firma

yang menggunakannya, jumlah transaksi dilakukan serta

pungutan duti yang telah ditaksir (Rujuk Jadual 20).

JADUAL 20: JUMLAH FIRMA GUAMAN/EJEN BERDAFTAR DAN JUMLAH TRANSAKSI MELALUI STPH

Tahun

Jumlah Firma Guaman

/ Ejen Menggunakan

STPH

Jumlah Transaksi

Melalui STPH

Jumlah Pungutan

Melalui STPH

(RM Juta )

Duti

2005 592 39,412 169.88

2004 128 4,922 50.24

Peningkatan 362.50% 700.73% 238.14%

Laporan Tahunan Annual Report 43

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!