11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

vii) Penerbitan LHDNM

Dalam tahun 2005, LHDNM telah mengeluarkan sebanyak

enam Ketetapan Umum yang menjelaskan pendirian

LHDNM berhubung sesuatu isu percukaian (Senarai

Ketetapan Umum berkenaan disenaraikan dalam

ruangan ‘Lampiran’). Ketetapan Umum dikeluarkan

sebagai panduan kepada orang awam dan pegawai

LHDNM. Ia menggariskan interpretasi Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukan tertentu

undang-undang cukai dan polisi serta prosedur yang

terpakai mengenainya.

Prestasi HASIL

Sebagai panduan untuk orang ramai, LHDNM turut

menerbitkan versi terkini buku ‘Panduan Percukaian

Individu’ yang menerangkan kaedah penaksiran cukai

bagi individu yang amat berfaedah kepada seluruh

pembayar cukai. Di samping itu, LHDNM juga telah

menerbitkan semula 18 risalah percukaiannya dalam

format yang lebih ringkas dan mudah yang diedarkan

kepada orang ramai melalui kaunter perkhidmatan di

seluruh cawangan LHDNM.

vii) Publisiti

Publisiti berperanan untuk meningkatkan kesedaran

orang ramai terhadap aktiviti pendidikan cukai dan juga

operasi penguatkuasaan cukai yang dilaksanakan oleh

LHDNM. Ia juga perlu dilakukan bagi menghebahkan

sebarang maklumat percukaian kepada umum. LHDNM

mempergiatkan publisiti melalui media penyiaran dan

media cetak dengan mengadakan sidang akhbar dan

mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai sebarang

program percukaian yang dilaksanakan. Hebahan yang

sering dipaparkan di akhbar ialah peringatan tarikh akhir

pengembalian borang, liputan aktiviti banci bisnes dan

pendakwaan kes ketidakpatuhan cukai di mahkamah.

Paparan peringatan tarikh akhir pengemukaan borang

nyata dan makluman pembukaan kaunter perkhidmatan

di luar pejabat turut dilakukan menerusi ‘crawler’ di

televisyen pada masa yang bersesuaian. ‘Jingle’ STS

turut disiarkan di hampir semua stesen radio utama

seluruh negara bagi memaklumkan kepada orang ramai

pelaksanaan STS dalam pentadbiran cukai langsung

negara.

Buku dan risalah percukaian telah diterbitkan oleh LHDNM

sebagai sebahagian daripada program pendidikan cukai bagi

meningkatkan pengetahuan cukai dikalangan orang ramai

amnya dan pembayar cukai khasnya.

Laporan Tahunan Annual Report 39

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!