11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Prestasi HASIL

4.1.3 Perkhidmatan Pelanggan

Sebagai sebuah badan berkanun kerajaan yang memberi

perkhidmatan kepada orang ramai, aspek perkhidmatan

pelanggan merupakan salah satu daripada fungsi

terpenting bagi LHDNM. Program khidmat pelanggan

LHDNM telah dirangka bertujuan untuk meningkatkan

pematuhan cukai di kalangan pembayar cukai individu,

syarikat, ejen cukai, majikan dan bakal pembayar cukai.

Pelbagai program khidmat pelanggan telah dilaksanakan

untuk membantu pembayar cukai meningkatkan

pengetahuan cukai berikutan pelaksanaan Sistem Taksir

Sendiri (STS).

a) Program Pembelajaran Cukai

Program pembelajaran cukai dan publisiti dilaksanakan

secara meluas untuk memaklumkan perubahan yang

berlaku dalam pentadbiran cukai berikutan pelaksanaan

STS. Demi memastikan peralihan ke STS berjalan dengan

lancar, program pembelajaran cukai telah dipergiatkan

untuk membimbing pembayar cukai melaksanakan

tanggungjawab mereka di bawah sistem berkenaan.

i) Taklimat STS

Program pembelajaran cukai dilaksanakan dalam bentuk

taklimat, bengkel dan ceramah yang diadakan di semua

cawangan LHDNM atau di premis pembayar cukai. Modul

latihan direka khusus mengikut kategori pembayar cukai

bagi memastikan maklumat yang disampaikan adalah

bersesuaian. Penerangan dan panduan di bawah program

ini ditumpukan kepada pengisian secara terperinci

Borang Nyata di bawah STS (Rujuk Jadual 15).

ii) Hebahan Melalui Radio dan Televisyen

Sesi wawancara di stesen radio dan televisyen berhubung

topik percukaian turut diadakan dari semasa ke semasa.

Sesi berkenaan telah digunakan untuk menyebar dan

memaklumkan maklumat percukaian terkini kepada

pembayar cukai serta penonton dan pendengar lainnya.

Hebahan maklumat menerusi stesen televisyen dan radio

merupakan antara medium penyampaian yang paling

berkesan untuk menyampaikan maklumat percukaian

(Rujuk Jadual 16).

iii) Pertandingan Pidato Hasil

Pertandingan Pidato Hasil merupakan program tahunan

LHDNM dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi

meningkatkan kesedaran percukaian di kalangan pelajar

agar menjadi anggota masyarakat yang celik cukai apabila

dewasa kelak. Pertandingan ini terbuka kepada semua

pelajar sekolah yang berada di tingkatan enam. Seramai

527 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam

pertandingan di peringkat daerah dan negeri di seluruh

negara. Daripada jumlah tersebut, 15 orang peserta telah

dipilih mewakili negeri masing-masing untuk bertanding

di peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Akademi

Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor pada

26 Julai 2005.

JADUAL 15: TAKLIMAT STS UNTUK ORANG AWAM

Tahun Bilangan Taklimat Bilangan Peserta

2004 2,172 113,312

2005 4,4 20 259,953

% Peningkatan 103.50 % 129.41 %

JADUAL 16: WAWANCARA DI RADIO DAN TELEVISYEN

Tahun Radio Televisyen

2003 44 17

2004 36 24

2005 28 10

Laporan Tahunan Annual Report 37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!