11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Cukai Pegangan

Pungutan cukai bagi beberapa jenis bayaran yang diterima

oleh penerima bukan pemastautin daripada pembayar

yang bermastautin di Malaysia, adalah dilakukan melalui

kaedah cukai pegangan. Pungutan cukai pegangan

merangkumi peruntukan di bawah seksyen 107A

(bayaran kontrak), seksyen 109 / 109B (faedah, royalti,

bayaran perkhidmatan atau yuran, sewa dan bayaran

lain) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 serta amaun

kenaikan kerana kelewatan meremitkan bayaran cukai

pegangan. Walaubagaimanapun, cukai pegangan yang

dikenakan di bawah seksyen 109C ACP 1967 yang sama

adalah berhubung bayaran faedah yang dibayar kepada

pemastautin. Dalam tahun 2005, sejumlah RM1,098.19

juta telah dipungut melalui mekanisme ini dengan

sumbangan sebanyak 1.93% daripada keseluruhan

jumlah pungutan hasil (Rujuk Jadual 7).

Lawatan Ke Premis

Program Lawatan Ke Premis merupakan usaha

proaktif LHDNM bertujuan untuk memungut cukai

yang tertunggak. Pendekatan yang berbentuk mesra

pelanggan dilakukan melalui kaedah berikut :

• menyerahkan surat peringatan tunggakan cukai

atau notis tuntutan serta mengadakan rundingan

berhubung jadual pembayaran dengan pembayar

cukai;

• menasihati pembayar cukai membuat bayaran

mengikut kaedah bayaran yang dibenarkan;

• menjelaskan kepada pembayar cukai kesan

ketidakpatuhan dan tindakan susulan yang akan

diambil sekiranya terus gagal menyelesaikan

tunggakan cukai; dan

• menyerahkan saman kepada pembayar cukai yang

gagal menjelaskan cukai setelah notis tuntutan cukai

tertunggak dikeluarkan.

Prestasi HASIL

Operasi penyerahan surat peringatan tunggakan cukai, notis

tuntutan atau saman sivil ke premis pembayar cukai dilakukan

bagi memastikan mereka mengambil langkah sewajarnya untuk

menyelesaikan tunggakan.

Sekiranya tiada sebarang maklum balas diperoleh atau

pembayar cukai gagal mematuhi jadual pembayaran yang

telah dipersetujui, tindakan guaman sivil akan seterusnya

dilakukan. Jika notis atau saman gagal diserahkan, langkah

pengesanan pembayar cukai akan dilakukan melalui

semakan maklumat dalam Gudang Data LHDNM serta

sumber maklumat lain yang sesuai. Dalam tahun 2005,

sebanyak 1,430 kes telah dikenalpasti untuk dilawati yang

mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM 50.36 juta.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,142 surat/notis

telah berjaya diserahkan kepada pembayar cukai yang

menunjukkan peratus yang berjaya diserahkan sebanyak

79.86% (Rujuk Jadual 8).

Laporan Tahunan Annual Report 31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!