11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

• Meneruskan usaha meningkatkan tahap kualiti

perkhidmatan dan kemudahan pelanggan melalui

pengenalan produk perkhidmatan baru dan

mempromosikan e-Filing secara lebih agresif;

• Mempergiatkan usaha pematuhan dan

penguatkuasaan undang-undang percukaian bagi

memastikan peningkatan pematuhan sukarela

pembayar cukai dalam persekitaran STS;

• Penambahbaikan peraturan, sistem, prosedur dan

proses kerja bagi memenuhi keperluan tugas semasa;

• Memantapkan keberkesanan sistem pemantauan

tunggakan hasil;

• Menyediakan sistem teknologi maklumat yang

menyokong sepenuhnya fungsi keseluruhan

pentadbiran percukaian; dan

• Memantapkan rangkaian dan hubungan dengan

pentadbir cukai negara lain dan badan-badan

antarabangsa bagi tujuan perkongsian pengetahuan,

mendapatkan kepakaran serta meningkatkan

pertukaran maklumat. Dengan cara itu, amalan terbaik

di kalangan pentadbir cukai akan dimanfaatkan dan

seterusnya menyumbang kepada keberkesanan

pentadbiran cukai di masa hadapan.

Laporan Eksekutif

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan

dan tahniah kepada seluruh warga LHDNM atas

semangat, kesungguhan serta komitmen mereka bagi

melaksanakan tugas dan tanggungjawab masingmasing

demi memastikan sasaran yang telah ditetapkan

oleh pihak pengurusan dapat dicapai dengan jayanya.

Kecemerlangan prestasi LHDNM membuktikan bahawa

dengan kepercayaan kepada keupayaan diri serta

memaksimumkan segenap usaha dan kebolehan,

kita pasti meraih kejayaan dalam setiap usaha yang

dijalankan. Sikap positif berkenaan perlu diteruskan

bagi memastikan prestasi cemerlang LHDNM akan

berterusan di masa hadapan. Penghargaan serta

ucapan ribuan terima kasih juga disampaikan kepada

Pengerusi dan semua Anggota Lembaga atas segala

pandangan dan kerjasama mereka bagi memastikan

kelicinan pentadbiran LHDNM. Penghargaan yang sama

dirakamkan kepada Kementerian Kewangan dan Unit

Perancang Ekonomi atas sumbangan dan kerjasama

yang telah diberikan sepanjang tahun 2005.

Kepada seluruh pembayar cukai yang telah menunaikan

tanggung jawab percukaian mereka, LHDNM ingin

mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang

telah anda berikan. Anda telah memberi sumbangan

yang besar kepada negara dan manfaatnya akan dapat

kita nikmati bersama dalam bentuk pembangunan

serta kemajuan negara. LHDNM akan terus menawarkan

perkhidmatan yang mesra, sentiasa bersedia membantu

dan akan berusaha memberi khidmat yang memuaskan

sebagai penghargaan atas pematuhan anda semua.

Bersamalah kita menyumbang untuk mewujudkan

negara yang aman, makmur dan maju.

MESRA, MEMBANTU, MEMUASKAN.

TAN SRI DATO’ ZAINOL ABIDIN BIN ABD. RASHID

Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri Malaysia

Laporan Tahunan Annual Report 19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!