11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Laporan Eksekutif

memahami dan bersedia menjalankan tugas mengikut

keperluan semasa. Latihan dikendalikan oleh pakar

dalaman di beberapa pusat latihan LHDNM seperti

berikut:

• Akademi Percukaian Malaysia (APM);

• Pusat Latihan Siasatan (PLAS);

• Pusat Latihan Audit (PULADIT);

• Pusat Latihan Duti Setem (PULATEM); dan

• Unit Latihan, Bahagian Pembanguan Organisasi,

Jabatan Pentadbiran.

LHDNM sentiasa mengikuti perkembangan amalan

pentadbir cukai lain, supaya mampu menetapkan tanda

aras (benchmark) tahap keupayaan teknologi percukaian

pegawainya. LHDNM turut mengutamakan latihan

peningkatan kecekapan serta mewujudkan pengetahuan

khusus yang meliputi kemahiran teras seperti melakukan

auditan, siasatan dan khidmat pelanggan. Aspek lain

berhubung amalan terbaik dalam isu percukaian

terkini seperti pindahan harga, perdagangan elektronik,

perdagangan merentas sempadan dan lain-lain turut

diberi perhatian. Untuk tujuan itu, LHDNM mendapatkan

khidmat pakar dari luar negara untuk melatih pegawai

LHDNM melalui kerjasama latihan dengan organisasi luar

negara seperti berikut:

• Organisation For Economic Co-operation and

Development (OECD);

• The Commonweath Association of Tax

Administrators (CATA);

• Study Group on Asian Tax Administration and

Research (SGATAR);

• International Bureau of Fiscal Documentation ( IBFD);

• Japan International Cooperation Agency ( JICA); dan

• Federal Law Enforcement Training Center (FLETC).

Selain daripada itu, LHDNM mengadakan latihan secara

kerjasama dengan beberapa organisasi dalam negara

seperti Unit Perancang Ekonomi di bawah Program

Kerjasama Teknikal Malaysia dan Program pendidikan

dalam perkhidmatan untuk pegawai LHDNM dengan

kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kecekapan Kawalan Kos Pungutan

Secara keseluruhannya, kos pungutan sebanyak RM1.02

yang dibelanjakan bagi memungut setiap RM100 cukai

pada tahun 2005 telah menurun sebanyak 12.82%

berbanding kos RM1.17 pada tahun 2004. Penurunan kos

pungutan 2005 tersebut membuktikan kejayaan LHDNM

dalam menjalankan aktiviti pentadbiran cukai langsung

Negara secara berhemat dan berkesan. Ia merupakan

petunjuk penting keberkesanan perancangan dan

pelaksanaan aktiviti LHDNM yang memberi penekanan

terhadap kualiti serta keberkesanan kawalan kos.

Fungsi Sebagai Ejen Pemungutan PTPTN

LHDNM meneruskan tanggungjawab sebagai ejen

pemungutan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional (PTPTN) sepanjang tahun 2005. Sejumlah

RM 37.89 juta bayaran balik pinjaman telah dipungut

daripada 23,853 peminjam dalam tahun 2005 berbanding

RM27.03 juta yang melibatkan 17,075 peminjam dalam

tahun 2004.

Perancangan Masa Hadapan

LHDNM akan terus berusaha untuk meningkatkan

jumlah pungutan cukai langsung negara pada masa

hadapan. Bagi mencapai matlamat tersebut, LHDNM

akan mengambil langkah berikut:

• Melaksanakan program percukaian tahun 2006

melalui program pengeluaran dan pemprosesan

borang-borang, pelaksanaan e-Filing bagi borang B,

BE, C dan R, peningkatan khidmat pelanggan, auditan

cukai dan potongan cukai berjadual secara berkesan,

pembesaran asas cukai, pungutan, taksiran dan auditan

cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta

tanah, duti setem dan lain-lain cukai yang ditadbir;

• Memperkukuhkan pentadbiran percukaian melalui

pengurusan sumber manusia, kewangan dan segala

kemudahan yang dimiliki secara berkesan;

• Melipat gandakan tahap produktiviti keseluruhan

pegawai LHDNM menerusi peningkatan kemahiran,

kepakaran, pengetahuan, usaha, kegigihan, tahap

disiplin, integriti serta komitmen yang tinggi;

18

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!