11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Laporan Eksekutif

Pembesaran Asas Cukai

Aktiviti pembesaran asas cukai ditingkatkan melalui

pelaksanaan program banci bisnes, program zon ekonomi,

program publisiti, pembelajaran STS, khidmat pelanggan

serta fungsi Unit “Q” / Gudang Data LHDNM. Aktiviti

banci bisnes diadakan pada skala yang lebih besar untuk

memastikan pembayar cukai yang berpotensi termasuk

dalam jaringan percukaian Negara. Dalam tahun 2005,

melalui aktiviti banci bisnes 74,829 premis perniagaan

telah dilawati berbanding 60,648 premis perniagaan

dilawati dalam tahun 2004. Ekoran daripada aktiviti banci

bisnes, sebanyak 10,178 fail baru berjaya didaftarkan

dalam tahun 2005 berbanding dengan 8,704 fail pada

tahun 2004. Maklumat daripada Gudang Data LHDNM

pula digunakan secara meluas dalam aktiviti pengesanan

disamping memudahkan semakan silang terhadap

maklumat yang kemukakan oleh pembayar cukai.

Perkhidmatan Pelanggan

LHDNM terus memberi perkhidmatan yang mesra,

membantu dan memuaskan kepada pelanggannya

di samping meningkatkan tahap keseluruhan kualiti

perkhidmatannya. Pelbagai usaha diperkenalkan untuk

membantu pembayar cukai menunaikan tanggungjawab

mereka sebagai pembayar cukai seperti Program

Pembelajaran STS dan Publisiti, Program Perkhidmatan

Pembayar Cukai, Program Bulan Perkhidmatan Pembayar

Cukai (BPPC) serta Program Khidmat Sokongan Peniaga.

Program BPPC yang dianjurkan sepanjang bulan Februari

hingga Jun 2005 mendapat sambutan menggalakkan

dengan merekodkan kehadiran seramai 1,210,223

pengunjung berbanding 590,419 orang dalam tahun

2004.

Dalam Tahun 2004, LHDNM telah meluaskan pelaksanaan

program perkhidmatan pelanggan melalui penubuhan

Pusat Khidmat Hasil (PKH) di Manjung (Perak), Hulu

Langat (Selangor) dan Batu Pahat (Johor). Dalam Tahun

2005, LHDNM telah menubuhkan lima lagi PKH iaitu

di Lahad Datu dan Kudat (Sabah), Mukah dan Limbang

(Sarawak) serta Kemaman (Terengganu). Kutipan hasil

Duti Setem di daerah-daerah berkenaan telah meningkat

selepas PKH ditubuhkan.

Operasi Banci Bisnes berperanan membesarkan asas cukai

negara dengan melaksanakan pemeriksaan pematuhan cukai ke

segenap sektor perniagaan meliputi kawasan perniagaan utama

dan juga di kawasan pasar minggu.

LHDNM meneruskan dasar peningkatan kualiti perkhidmatan

pelanggan sebagai mekanisme bagi meningkatkan pematuhan

cukai di kalangan pembayar cukai khususnya di dalam aspek

perkhidmatan kaunter dan pendidikan cukai.

16

Laporan Tahunan Annual Report

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!