11.02.2015 Views

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Laporan Tahunan 2005 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Mesra, Membantu, Memuaskan

Penyumbang Kejayaan LHDNM

Prestasi cemerlang tahun 2005 adalah hasil usaha

bersepadu dan komitmen tinggi seluruh tenaga kerja

LHDNM terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti

aktiviti pemungutan, pematuhan, penguatkuasaan,

perkhidmatan pelanggan dan sebagainya. Kesemua

aktiviti telah dimantapkan melalui kemajuan dan inovasi

sistem teknologi maklumat LHDNM yang melibatkan

Sistem STS syarikat dan selain syarikat, pemprosesan,

pungutan, pengauditan dan penyiasatan. Peningkatan

pungutan cukai langsung 2005 juga diperkukuhkan

oleh keadaan ekonomi 2005 yang kekal mampan pada

kadar pertumbuhan 5.0%. Keadaan ini mewujudkan iklim

perniagaan yang kondusif kepada semua sektor ekonomi.

Kenaikan sebanyak 34.1% dalam harga pasaran minyak

mentah dunia iaitu daripada USD 41.00 setong pada awal

tahun 2005 ke USD 60.00 setong pada Disember 2005

juga membawa kesan positif terhadap pungutan cukai

pendapatan petroleum dalam tahun 2005.

Kejayaan Pematuhan

Selaras dengan pelaksanaan STS, tugas penaksiran

formal telah dikurangkan. Penekanan diberi kepada

program pengauditan dengan pelaksanaan pada skala

yang lebih besar. Pelaksanaan program pematuhan

bertujuan memantapkan pematuhan sukarela pembayar

cukai terhadap undang-undang percukaian disamping

menjamin kejayaan STS. Bilangan kes selesai diaudit ialah

sebanyak 25,600 kes dalam tahun 2005 berbanding 11,393

kes dalam tahun 2004. Kejayaan program pengauditan

2005 dibuktikan melalui pungutan sejumlah RM773.94

juta cukai tambahan dan penalti berbanding RM481.47

juta tahun sebelumnya. Program pengauditan yang

berkesan membantu mewujudkan kesedaran pembayar

cukai bahawa mereka mungkin diaudit di masa akan

datang. Kesedaran tersebut dan penalti yang mungkin

dikenakan menjadi faktor dalam mengurangkan

kecenderungan pelarian cukai.

Laporan Eksekutif

Keberkesanan Penguatkuasaan

Penguatkuasaan undang-undang percukaian terus

dipergiatkan melalui program penyiasatan dan

pendakwaan di mahkamah bertujuan mencegah

pengelakan dan pelarian cukai. Aktiviti siasatan telah

diperluas dengan penumpuan kepada aktiviti siasatan

jenayah. Aktiviti siasatan sivil masih juga dipertingkatkan

sepanjang tahun 2005. Sepanjang tahun 2005, aktiviti

penyiasatan berjaya menghasilkan sejumlah RM763.2

juta cukai tambahan dan penalti berbanding RM620.2

juta dalam tahun 2004.

Aktiviti guaman sivil terus dipertingkatkan di samping

memastikan semua transaksi bayaran direkodkan

dengan cepat, tepat dan betul. Langkah penguatkuasaan

telah diambil terhadap pembayar cukai yang gagal

menjelaskan cukai dalam tempoh yang ditetapkan.

Aktiviti penguatkuasaan melibatkan sebanyak 1,328 kes

baru yang didaftarkan di mahkamah dalam tahun 2005

dengan tunggakan berjumlah RM419.66 juta. Daripada

keseluruhan kes yang telah didaftarkan, sebanyak 4,517

kes telah diselesaikan dalam tahun 2005 berjumlah

RM190.93 juta.

Tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 104, Akta

Cukai Pendapatan 1967 serta seksyen 22 Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah 1976, turut diambil terhadap

pembayar cukai yang ingkar menjelaskan bayaran cukai

pendapatan. Melalui peruntukan berkenaan, pembayar

cukai dihalang meninggalkan Malaysia sehingga jumlah

cukai yang tertunggak diselesaikan. Dalam tahun 2005,

sebanyak 10,933 pembayar cukai telah dikenakan

tindakan di bawah peruntukan berkenaan berbanding

7,689 pembayar cukai dalam tahun 2004 yang melibatkan

tunggakan cukai berjumlah RM281.27 juta berbanding

RM270.38 juta pada tahun sebelumnya.

Lawatan dari rumah ke rumah dipergiatkan untuk

menyampaikan sama ada notis akhir, saman atau notis

tuntutan cukai kepada pembayar cukai yang gagal

mengemukakan borang nyata cukai pendapatan atau

membayar cukai yang tertunggak.

Laporan Tahunan Annual Report 15

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!