29.01.2015 Views

1.0 Nota Penyelesaian Masalah - Md Yazid Mohd Saman

1.0 Nota Penyelesaian Masalah - Md Yazid Mohd Saman

1.0 Nota Penyelesaian Masalah - Md Yazid Mohd Saman

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

NOTA

PEMBANGUNAN ALGORITMA & ARAHAN ASAS BAHASA C

1.0 PEMBANGUNAN ALGORITMA

Dalam penyelesaian sesuatu masalah untuk komputer, pengaturcara perlulah menjalankan

analisis dengan memahami kehendaknya @ keperluannya (requirement). Ini termasuk

mengkaji apakah:

a) data yang akan diolah

b) proses (atau tindakan) penyelesaiannya.

Data yang perlu dikenalpasti untuk penyelesaian terdiri dari data input dan data output.

Kemudian, satu susunan tindakan langkah demi langkah (step by step actions) yang perlu

diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut perlu diperincikan. Analisis ini dilaksanakan

sebelum pengaturcara mula menulis kod aturcara.

Takrif: Algoritma (yang diserap dari nama Pemikir Islam bernama Alkhawarizmi) ialah

satu penyelesaian masalah umum yang terdiri dari satu jujukan langkah atau tindakan.

Setelah menjalankan analisis terhadap masalah yang sedang diselesaikan, pengaturcra akan

membina penyelesaian yang umum dalam bentuk algoritma. Algoritma boleh dibina dalam

dua kaedah:

a) kod-pseudo (pseudo-code) : kod arahan untuk tindakan yang mirip kepada @

menyerupai bahasa percakapan biasa (dan bukan arahan bahasa pengaturcaraan) yang

menunjukkan aliran tindakan untuk menyelesaikan masalah.

b) carta-alir (flow-chart) : satu rajah yang menunjukkan aliran tindakan untuk

menyelesaikan masalah.

Bentuk am kod-pseudo bagi algoritma yang akan digunakan dalam dokumen ini adalah seperti

berikut.

Algoritma

Data input:

Data output:

Mula algoritma

Akhir algoritma

© Md Yazid Mohd Saman UMT 2010 1

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

Berikut adalah beberapa contoh arahan kod-pseudo umum yang pengaturcara boleh gunakan.

Ini mewakili tindakan utama yang komputer akan laksanakan.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

Pamer @ outputkan (Output)

Baca @ inputkan (Input)

Kira @ Proses (Proses)

Jika syarat benar Proses (Pilih)

Ulang Proses sebanyak N kali (Ulang-for)

Ulang Proses sehingga syarat tidak benar (Ulang-while)

Contoh algoritma untuk mengira dan mempamerkan hasil dharab dua nombor:

Data input: dua nombor integer (n1, n2)

Data output: hasil dharab

Mula algoritma:

i. Pamer @ cetak arahan@prompt untuk 2 nilai nombor (n1, n2)

ii. Set nilai hasil = 0

iii. Kira @ proses hasil = n1 * n2

iv. Pamer @ cetak hasil

v. Pamer @ cetak mesej akhir aturcara

Akhir algoritma.

Nota: Pencam hasil ialah satu pencam pembolehubah sementara (temporary variable) yang

digunakan untuk pengolahan data.

2.0 ARAHAN ASAS BAHASA C

Bahasa C menyediakan beberapa arahan asas untuk pengaturcara membina aturcara C.

Takrif: Aturcara ialah satu jujukan arahan untuk dilaksanakan oleh komputer

secara otomatik.

Setiap aturcara C++ terdiri dari satu koleksi fungsi. Salah satu fungsi yang mesti ada dalam

setiap aturcara C++ dipanggil fungsi utama yang bernama main. Ia diikuti dengan

tatatanda kurungan '()'. Ini kemudian diikuti dengan blok yang mengandungi pernyataan

(atau arahan) untuk yang akan dilaksanakan oleh komputer. Blok pernyataan ini dikurungi

dengan tatatanda ’{’ dan ’}’ (juga dinamakan pernyataan majmuk). Contoh:

#include // fungsi library

#include

main()

Printf("Assalamu alaikum\n");

printF("dan salam sejahtera untuk semua");

2.1 ARAHAN UMPUKAN

© Md Yazid Mohd Saman UMT 2010 2

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

Takrif: Arahan umpukan (assignment statement) adalah merupakan satu arahan

asas untuk memberikan sesuatu nilai kepada sesuatu pencam.

Aturcara C++ yang dibina oleh pengaturcara akan mengolah data yang tersimpan dalam ruang

ingatan atau memori komputer. Dalam aturcara, data ini diwakili oleh pencam (identifier).

Arahan umpukan akan memberikan sesuau nilai kepada sesuatu pencam. Contoh:

a. jumlah = 0; // pencam jumlah diberi nilai 0

b. terbesar = nos1; // pencam terbesar diberi nilai yang dipegang oleh pencam nos1

c. kounter = kounter + 1; // setara dengan arahan: kounter++;

d. potongan_harga = harga_asal - (harga1 + harga2)*0.2;

2.2 ARAHAN INPUT & OUTPUT

Contoh:

Takrif: Pernyataan output (bernama printf) membolehkan sebarang nilai data

dipamirkan (atau dicetak) sama ada di skrin komputer, pencetak atai lain-lain

media untuk bacaan pengguna.

i) printf("Selamat berpuasa");

ii) printf("\nNilai x ialah %d", x);

iii) printf("\nPurata bagi %d nombor = %f", bil, purata);

Contoh:

Takrif: Arahan input (bernama scanf) akan membolehkan sesuatu nilai dibaca

(atau perolehi) dari media luar untuk sesuatu pencam dalam aturcara.

i) scanf("%d", &bilData); // input nilai int

ii) scanf("%d %d %d", &mar1, &mar2, &mar3); // input 3 data int

iii) scanf("%d %f", &bilJam, &kadarSeJam); // input satu nilai int & satu float

2.3 ARAHAN PILIHAN BERSYARAT (CONDITIONAL SELECTION STATEMENT)

Takrif: Arahan pilihan bersyarat if membolehkan komputer memilih arahan

yang perlu dilaksanakan dan ini bergantung kepada satu syarat.

Selain dari arahan if, arahan switch juga disediakan oleh Bahasa C. Contoh :

a. // laksana arahan jika nombor bernilai 1000

// jika tidak abaikan dan tidak dilaksanakan

if (nombor == 1000) // syarat – jika nilai nombor ialah 1000

bil = bil + 1; // jika benar, laksana arahan ini

b. // jika x lebih besar dari 100, laksana arahan pertama

// jika tidak laksana arahan kedua

if (x > 100) // syarat

© Md Yazid Mohd Saman UMT 2010 3

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

printf("\nNilai x ialah %d", x); // arahan pertama

else

y = y + x; // arahan kedua

c. if (kounter < 10) // syarat

{ // satu blok arahan

kounter = kounter + 10;

bil++; /* sama dengan bil = bil + 1; */

2.4 ARAHAN ULANGAN (LOOPING)

Dalam penyelesaian sesuatu masalah, terdapat operasi yang perlu diluang. Terdapat dua arahan

ulangan yang asas: for dan while

Takrif: Arahan ulangan memberikan keupayaan untuk komputer mengulang

satu atau lebih arahan berkali-kali.

(i) Arahan for digunakan bagi pemprosesan yang mempunyai bilangan ulangan yang tetap

(fixed loop). Contoh arahan ulangan.

// cetak jadual ganda-2 dan ganda-3

for (i = 1; i

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

2. Pejabat Agama Islam Negeri memohon bantuan anda untuk mengira zakat simpanan wang

sekumpulan orang. Nota: Zakat ialah cukai harta dalam Islam. Jika penyimpan telah menyimpan

wang melebihi hadnya, iaitu berjumlah lebih (ini satu anggaran) RM 3000.00 selama sekurangkurangnya

setahun, maka zakatnya ialah 2.5% dari jumlah wang yang tersimpan.

3. Bina satu algoritma dan aturcara C untuk mengira nombor faktorial bagi sebarang nombor.

Nombor faktorial bagi N ditakrifkan sebagai:

Faktorial(N) = 1 x 2 x 3 x ... x (N-2) x (N-1) x N

Contoh: Nilai faktorial 5 ialah 1 x 2 x 3 x 4 x 5 = 120. Jadi, apakah nilai faktorial bagi 3, 4 dan

10 Katakan nilai N = 5, sampel outputnya ialah:

Taip nilai N : 5

Nilai faktorial 5 ialah = 120.

4. Tuliskan satu aturcara C untuk membilang berapa kali nombor pertama di dalam satu senarai

nombor berulang. Contohnya, jika diberikan data input:

input: 3 8 7 1 3 3 0

output: Nombor 3 berulang 2 kali.

Pastikan algoritma anda memeriksa kaadaan apabila tiada data yang diberikan dengan

mengeluarkan mesej yang sepatutnya. Gunakan satu nombor penutup (yang bukan data)

sebagai data pengakhir senarai nombor input.

5. Rujuk Soalan (4) di atas. Tuliskan satu aturcara untuk membilang berapa nombor yang

LEBIH BESAR dan LEBIH KECIL dari nombor pertama dalam satu senarai input (seperti di

dalam Soalan (6) di atas).

6. Rekabentuk satu aturcara C yang akan membilang dan menjumlahkan nombor-nombor

negatif dan nombor-nombor positif di dalam satu senarai nombor. Baca bilangan data terlebih

dahulu. Contoh data ialah:

Data input: bilangan data = 7

3 -1 -2 1 4 5 -4

Data output: Jumlah 3 nombor negatif ialah = -7

Jumlah 4 nombor positif ialah = 13

7. Anda mungkin pernah berjumpa dengan formula matematik berikut (dengan nilai x = 1 ke N):

1 1 1 1 1 1 1

y = ∑ --- = - + - + - + - + ... + ----- + -

x 1 2 3 4 (N-1) N

Tuliskan satu aturcara C untuk mengira nilai y bagi sebarang nilai N (nilai N perlu dibaca

terlebih dahulu).

© Md Yazid Mohd Saman UMT 2010 5

Penyelesaian Masalah & Pengaturcaraan Komputer

8. Ubahsuai penyelesaian masalah anda untuk Soalan 1(c) untuk mengira potongan harga bagi

satu jujukan harga barangan di Kedai MYZUN Sdn Bhd seperti berikut. Bilangan data diinputkan.

Harga semasa % potongan

< RM10.00 10%

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!