perspektif menyeluruh

perspektif menyeluruh perspektif menyeluruh

26.01.2015 Views

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Meningkatkan keupayaan mekanisme penyampaian... Mengurangkan jurang pendapatan... akan diperkenal untuk menampung kesan kenaikan harga kepada kumpulan berpendapatan rendah dan menengah. Dalam pelaksanaan program pembasmian kemiskinan, tumpuan akan diberi kepada usaha meningk atk an keberkesanan m e k a n i s m e p e n y a m p a i a n m e l a l u i Kumpulan Fokus mengenai Kemiskinan di peringk at nasional, negeri dan daerah. Semua Kumpulan Fokus akan bertanggungjawab menyelia perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program dan projek pembasmian kemiskinan serta penyaluran peruntukan. Bagi tujuan ini, sistem pangkalan data eKasih akan dijadikan sebagai pusat rujukan utama yang menyediakan profil komprehensif golongan miskin dan miskin tegar. Pengagihan Pendapatan Usaha bersepadu akan terus diambil untuk mengurangkan lagi jurang pendapatan dan ekonomi antara strata dan kumpulan etnik. Nisbah ketidaksamaan luar bandar dengan bandar disasarkan bertambah baik kepada 1:1.7 pada akhir tahun 2010. Tumpuan yang lebih akan diberi untuk meningkatkan bahagian pendapatan bagi isi rumah 40% terendah bagi mewujudkan kumpulan berpendapatan menengah yang lebih besar dan makmur. Kumpulan ini yang didefinisikan sebagai mereka yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dijangka akan meningkat dari segi saiz dan mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih pesat. Bagi mengurangkan ketidaksamaan pendapatan antara etnik, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan modal insan melalui peningkatan kemahiran serta penyemaian sikap dan budaya kerja yang positif. Ini akan mengukuhkan keupayaan mereka untuk meningkatkan pendapatan dan menjana kekayaan melalui perniagaan, pelaburan dan aktiviti keusahawanan. Pembangunan MPPB dan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB) akan dipertingkat melalui integrasi dan hubungan perniagaan serta menerusi penggunaan lebih meluas pengetahuan dan inovasi bagi menjana perniagaan bernilai tambah. Pada masa yang sama, program berkaitan penyusunan semula guna tenaga dan hak milik khususnya untuk Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak, komuniti India dan kumpulan minoriti akan dipercepat untuk memastikan semua kumpulan etnik mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah pembangunan koridor akan menyumbang secara langsung kepada pengurangan jurang pendapatan antara strata dan wilayah. Inisiatif ini akan menjana peluang pekerjaan dan pemilikan kekayaan di kalangan penduduk tempatan terutamanya di kawasan yang kurang membangun. Di samping itu, jurang digital akan dikurangkan menerusi penyediaan akses Internet kepada komuniti kurang mendapat kemudahan bagi membolehkan mereka mendapat maklumat mengenai peluang menjana pendapatan. Penyusunan Semula Hak Milik Bagi mencapai objektif penyusunan semula hak milik dalam sektor korporat serta aset bukan kewangan, usaha akan diambil untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Langkah akan diperkenal bagi memastikan kekayaan yang dijana kekal berterusan dalam jangka panjang. Pada masa yang sama, satu program pakej khas akan diwujud bagi memudahkan penyertaan lebih ramai Bumiputera dalam ekonomi terutama dalam sektor pertumbuhan baru dan sektor bernilai 66

Menangani Ketidaksamaan Sosioekonomi yang Berterusan tambah yang tinggi. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kekayaan korporat komuniti India dan menggalakkan lebih ramai mereka menceburi perniagaan. Pemilikan ekuiti di kalangan komuniti India disasarkan mencapai 1.5% menjelang akhir tahun 2010. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi, beberapa langkah akan dilaksana dalam tempoh akhir Rancangan. Pertama, penekanan yang lebih akan diberi bagi memastikan Bumiputera mempunyai kawalan kepentingan dalam syarikat swasta. Bumiputera akan digalak untuk melabur dalam sektor pertumbuhan baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi, fotonik, nanoteknologi, pembuatan termaju dan kejuruteraan kepersisan. Kedua, peranan institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tabung Haji akan diperkukuh bagi menggabungkan dana individu Bumiputera. Pengumpulan dana Bumiputera melalui institusi ini akan membolehkan institusi Bumiputera mempunyai sumber kewangan yang l e b i h t e g u h d a n m a m p a n b a g i melaksanakan projek yang lebih besar serta mempelbagaikan pelaburannya. Ketiga, graduan Bumiputera yang berbakat dan mempunyai idea kreatif dan inovatif akan diberi modal bagi mengkomersilkan idea mereka. Bagi tujuan ini, satu dana khas akan diwujud untuk membantu usahawan berpotensi di kalangan graduan Bumiputera memasarkan barangan serta perkhidmatan mereka. Keempat, satu pangkalan data yang komprehensif bagi memantau kemajuan Bumiputera dalam sektor korporat akan dibangunkan. Pemilikan kekayaan Bumiputera dalam aset bukan kewangan seperti pemilikan bangunan komersil dan kediaman akan dijadikan sebagai pengukur tambahan bagi menilai pencapaian Bumiputera. Instrumen penyusunan semula sedia ada bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi akan dikaji semula. Ini termasuk Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing, prosedur perolehan awam dan Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975. Pembangunan aset komersil seperti hotel dan premis perniagaan di atas tanah wakaf akan diperluas bagi meningkatkan p e m i l i k a n a s e t b u k a n k e w a n g a n Bumiputera. Satu pelan strategik akan dirangka bagi memastikan pendapatan yang dijana daripada pembangunan tanah wakaf boleh menjadikan pihak berkuasa agama negeri lebih berdikari untuk membangunkan tanah wakaf baru. Di samping itu, pemilikan hartanah kediaman dan komersil Bumiputera akan dipertingkat lagi melalui agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera di Sabah dan Sarawak, program seperti skim unit amanah dan pembangunan keusahawanan serta latihan kemahiran akan terus dipertingkatkan. Bagi meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera di Sarawak, tanah pribumi dan tanah adat akan terus dimajukan. Penglibatan komuniti India dalam sektor ekonomi moden akan digalak melalui program latihan dan pembangunan keusahawanan terutamanya di kalangan belia. Seramai 3,000 belia India dijangka mendapat manfaat daripada pelbagai program latihan kemahiran dan perniagaan. Di samping itu, bantuan khas akan diberikan kepada komuniti India bagi meningkatkan pemilikan ekuiti mereka melalui skim unit amanah. 67

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010

Meningkatkan

keupayaan mekanisme

penyampaian...

Mengurangkan jurang

pendapatan...

akan diperkenal untuk menampung

kesan kenaikan harga kepada kumpulan

berpendapatan rendah dan menengah.

Dalam pelaksanaan program pembasmian

kemiskinan, tumpuan akan diberi kepada

usaha meningk atk an keberkesanan

m e k a n i s m e p e n y a m p a i a n m e l a l u i

Kumpulan Fokus mengenai Kemiskinan

di peringk at nasional, negeri dan

daerah. Semua Kumpulan Fokus akan

bertanggungjawab menyelia perancangan,

pelaksanaan dan pemantauan program

dan projek pembasmian kemiskinan

serta penyaluran peruntukan. Bagi tujuan

ini, sistem pangkalan data eKasih akan

dijadikan sebagai pusat rujukan utama

yang menyediakan profil komprehensif

golongan miskin dan miskin tegar.

Pengagihan Pendapatan

Usaha bersepadu akan terus diambil untuk

mengurangkan lagi jurang pendapatan

dan ekonomi antara strata dan kumpulan

etnik. Nisbah ketidaksamaan luar bandar

dengan bandar disasarkan bertambah

baik kepada 1:1.7 pada akhir tahun 2010.

Tumpuan yang lebih akan diberi untuk

meningkatkan bahagian pendapatan bagi

isi rumah 40% terendah bagi mewujudkan

kumpulan berpendapatan menengah yang

lebih besar dan makmur. Kumpulan ini

yang didefinisikan sebagai mereka yang

berpendapatan antara RM2,000 hingga

RM4,000 sebulan dijangka akan meningkat

dari segi saiz dan mencapai pertumbuhan

pendapatan yang lebih pesat.

Bagi mengurangkan ketidaksamaan

pendapatan antara etnik, tumpuan akan

diberikan kepada pembangunan modal

insan melalui peningkatan kemahiran serta

penyemaian sikap dan budaya kerja yang

positif. Ini akan mengukuhkan keupayaan

mereka untuk meningkatkan pendapatan

dan menjana kekayaan melalui perniagaan,

pelaburan dan aktiviti keusahawanan.

Pembangunan MPPB dan Masyarakat

Sains dan Teknologi Bumiputera (MSTB)

akan dipertingkat melalui integrasi dan

hubungan perniagaan serta menerusi

penggunaan lebih meluas pengetahuan

dan inovasi bagi menjana perniagaan

bernilai tambah. Pada masa yang sama,

program berkaitan penyusunan semula

guna tenaga dan hak milik khususnya

untuk Bumiputera termasuk Bumiputera

di Sabah dan Sarawak, komuniti India

dan kumpulan minoriti akan dipercepat

untuk memastikan semua kumpulan etnik

mendapat manfaat daripada pertumbuhan

ekonomi negara.

Pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah

pembangunan koridor akan menyumbang

secara langsung kepada pengurangan

jurang pendapatan antara strata dan

wilayah. Inisiatif ini akan menjana peluang

pekerjaan dan pemilikan kekayaan di

kalangan penduduk tempatan terutamanya

di kawasan yang kurang membangun.

Di samping itu, jurang digital akan

dikurangkan menerusi penyediaan akses

Internet kepada komuniti kurang mendapat

kemudahan bagi membolehkan mereka

mendapat maklumat mengenai peluang

menjana pendapatan.

Penyusunan Semula Hak Milik

Bagi mencapai objektif penyusunan semula

hak milik dalam sektor korporat serta aset

bukan kewangan, usaha akan diambil

untuk meningkatkan lagi penyertaan

Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah

dan Sarawak. Langkah akan diperkenal

bagi memastikan kekayaan yang dijana

kekal berterusan dalam jangka panjang.

Pada masa yang sama, satu program pakej

khas akan diwujud bagi memudahkan

penyertaan lebih ramai Bumiputera

dalam ekonomi terutama dalam sektor

pertumbuhan baru dan sektor bernilai

66

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!