25.01.2015 Views

Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik - Jabatan Pengajian ...

Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik - Jabatan Pengajian ...

Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik - Jabatan Pengajian ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

G A R I S P A N D U A N

SISTEM AKADEMIK

PENASIHATAN

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

EDISI 2012

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

KATA ALU-ALUAN

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran

ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas

junjungan Nabi Muhammad SAW di atas kesempatan untuk

menerbitkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik

Politeknik (Edisi 2012) ini.

Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah

mempengaruhi corak kehidupan dan tingkah laku

masyarakat. Tidak dinafikan peranan politeknik juga

menjadi semakin mencabar di mana selain menghasilkan

graduat yang cemerlang dalam akademik, pembangunan

modal insan yang berwibawa, berpengetahuan,

berkemahiran dan berketerampilan juga perlu

dititikberatkan. Justeru itu diharap Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik (Edisi

2012) ini akan memberi panduan kepada pensyarah politeknik untuk mengimbangi

kecemerlangan akademik dengan pembangunan sahsiah pelajar politeknik.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

khususnya Bahagian Kecemerlangan Instruksional di atas kejayaan menerbitkan Garis

Panduan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik (Edisi 2012). Keupayaan menyiapkan

buku ini dalam tempoh 6 bulan adalah satu usaha yang membanggakan. Saya amat

berharap agar komitmen tinggi seumpama ini dapat diteruskan bagi menghasilkan

sumber rujukan kepada warga politeknik pada masa akan datang.

Saya berharap Garis Panduan ini dapat melancarkan pelaksanaan peranan dan

tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka.

HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR

Timbalan Ketua Pengarah (Akademik)

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi.

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

PRAKATA

Saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan

kita Nabi Muhammad SAW kerana di atas keizinanNya

dapat menerbitkan Garis Panduan Sistem Penasihatan

Akademik Politeknik (Edisi 2012).

Garis Panduan Kecemerlangan Sistem Penasihatan

Akademik Politeknik (Edisi 2010) telah disemak semula

agar selari dengan keperluan Malaysian Qualification

Framework (MQF) serta pelaksanaan Outcome Based

Education (OBE) dalam sistem pengajian politeknik mulai

Jun 2010.

Tugas dan tanggungjawab warga pendidik di politeknik

merentasi pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta perkhidmatan kepada

pelajar, institusi dan masyarakat. Penasihat Akademik (PA) adalah antara peranan penting

yang wajib dilaksanakan pensyarah kepada sekumpulan pelajar yang telah ditetapkan.

PA bertanggungjawab membimbing peningkatan kompetensi diri dan memantau

perkembangan akademik pelajar seliaan mereka ke arah pencapaian akademik dan

persediaan kerjaya sesuai dengan keupayaan dan potensi para pelajar.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih

untuk menghasilkan Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik (Edisi 2012). Garis

panduan ini memberi penekanan elemen penasihatan, pemantauan, penilaian dan

penambahbaikan sebagai amalan ke arah memajukan sistem pengajian politeknik.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

semua warga politeknik di atas kesediaan mereka menggunapakai Garis Panduan Sistem

Penasihatan Akademik (Edisi 2012) ini dalam pelaksanaan tugas.

SITI JARIAH BT. IBRAHIM

Pengarah

Bahagian Kecemerlangan Instruksional

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi.

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

PENGHARGAAN

Bahagian Kecemerlangan Instruksional, Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan

penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak bagi

menjayakan Sistem Penasihatan Akademik di politeknik.

Kerjasama daripada semua pihak membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam

melahirkan graduan yang berkualiti serta menjana modal insan bagi memenuhi keperluan

tenaga separa mahir negara.

Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada semua pihak agar Garis

Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Bahagian Kecemerlangan Instruksional

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi

Galeria PjH

Aras 4, Jalan P4W

Persiaran Perdana Presint 4

62100 WP Putrajaya

03 – 8891 9000

Fax 03 – 8891 9056

www.politeknik.gov.my

bki.jpp@mohe.gov.my

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 MATLAMAT

3.0 OBJEKTIF

4.0 SYARAT PELANTIKAN 2

4.1 Pelantikan Penasihat Akademik

4.2 Pelantikan Penyelaras Penasihat Akademik

5.0 PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK 3

5.1 Carta Alir Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik

5.2 Peranan Dan Tanggungjawab TP(A)/KJ/PPA

5.3 Peranan Dan Tanggungjawab Penasihat Akademik

5.4 Peranan Dan Tanggungjawab Unit Teknologi Maklumat

dan Komunikasi

6.0 PELAPORAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SPA 6

7.0 DOKUMEN RUJUKAN

LAMPIRAN 7

Lampiran 1 : Senarai Semak Dokumen/Rekod Penasihat Akademik

Lampiran 2 : Borang Maklumat Diri Pelajar

Lampiran 3 : Borang Rekod Pertemuan

Lampiran 4 : Borang Penilaian Keberkesanan Penasihat Akademik

Lampiran 5 : Fasa Perkembangan Pelajar

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

1

1.0 PENDAHULUAN

Sistem Penasihatan Akademik (SPA) telah diperkenalkan di Politeknik

sejak tahun 2004. Tujuan kewujudan sistem ini untuk memastikan pelajar

mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai personaliti, sahsiah

dan soft skills yang tinggi. Oleh yang demikian pelajar diletakkan di bawah

bimbingan Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang

pengajiannya. PA berperanan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan

mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut. Sehubungan itu garis panduan

ini diwujudkan bagi membantu SPA dilaksanakan secara sistematik.

2.0 MATLAMAT

Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan

SPA di politeknik bagi membangunkan pelajar yang cemerlang dalam akademik,

bersahsiah dan work ready melalui bimbingan dan komunikasi efektif supaya

sikap dan sahsiah yang seimbang dapat dipupuk di kalangan pelajar agar sesuai

dengan kehendak industri, masyarakat dan negara.

3.0 OBJEKTIF

SPA ini diwujudkan agar seorang PA itu dapat:

3.1. Membimbing pelajar dalam merancang pengajian dan aktiviti

ke arah meningkatkan pencapaian akademik dan potensi individu.

3.2. Melatih pelajar mendapatkan kemahiran dan merangka strategi

pembelajaran untuk mencapai matlamat diri.

3.3. Memberi nasihat dan pendedahan mengenai laluan kerjaya.

2

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

4.0 SYARAT PELANTIKAN

4.1 Pelantikan Penasihat Akademik (PA)

i. PA hendaklah dilantik daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan

Pengajian Tinggi (PPPT) jabatan akademik induk, serta boleh

dilantik daripada kalangan PPPT di Jabatan Matematik, Sains dan

Komputer (JMSK) dalam bidang pengkhususan pelajar.

ii. PPPT dari Jabatan Pengajian Am (JPA) dan JMSK boleh dilantik bagi

membantu PA daripada jabatan induk.

iii. PA yang dilantik perlu didedahkan dengan pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang kaunseling, kemahiran belajar, kerjaya

dan lain-lain yang perlu untuk mewujudkan SPA lebih efektif.

iv. PA yang dilantik bagi kumpulan pelajar tertentu perlu menjadi PA

sepanjang tempoh pengajian pelajar tersebut sehingga graduat.

4.2 Pelantikan Penyelaras Penasihat Akademik (PPA)

i. Setiap jabatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPA

yang dilantik daripada kalangan PA.

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

3

5.0 PELAKSANAAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

5.1 Carta alir Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik

Mula

KJ

Surat Perlantikan

KJ/PPA

Taklimat

PPA

Rancang Aktiviti Dan Keperluan Sumber

Tidak

KJ

Setuju

Ya

PPA

Penyelarasan PA Jabatan

PA

Pelaksanaan

PA

Kenalpasti dan menyalurkan pelajar

yang memerlukan bimbingan ke

Ya

Ya

Jabatan/ Unit

Berkaitan

Tidak

PA

Kumpul maklumat

Jabatan/Unit

Makluman

KJ/PPA/PA

Sedia/analisis

laporan

TPA/KJ

Mesyuarat Pengurusan

Akademik

KJ/PPA/PA

CQI

Tamat

4

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

5.2 Peranan Dan Tanggungjawab TP(A) / KJ / PPA

Bil Aktiviti Tanggungjawab

Melantik PPA dan PA. PPPT dari JPA dan JMSK hendaklah KJ

dilantik melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Memberi taklimat SPA kepada semua PA PPA

sekurang-kurangnya sekali pada setiap semester.

Merancang aktiviti dan keperluan sumber yang perlu PPA

semasa perjumpaan PA berdasarkan Manual Inspirasi

Plan

Transformasi Diri.

Menetapkan peruntukan jam pertemuan PA dengan KJ

pelajar minimum 1 jam seminggu di dalam jadual waktu

induk dan jadual waktu pensyarah.

Mengenalpasti kumpulan pelajar bagi setiap PA.

PPA

Mengaturkan kursus/bengkel berkenaan kaedah TPA

penasihatan/kaunseling serta kemahiran berkaitan

kepada PA.

Do

Check

Action

Mengadakan perjumpaan bersama PPA dan PA

sekurang-kurangnya sekali setiap semester.

Merancang program latihan yang sewajarnya di kalangan

PA berkaitan SPA.

Melaksanakan proses penilaian keberkesanan PA oleh

pelajar (Rujuk Lampiran 4).

Menyelaras pelaksanaan PA di jabatan.

Memantau pelaksanaan PA di jabatan.

Mengumpul dan menyediakan laporan pelaksanaan SPA

peringkat jabatan mengandungi perkara-perkara yang

dilaporkan oleh PA, termasuk analisis keputusan penilaian

keberkesanan PA.

Mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Akademik

Politeknik yang membincangkan pelaksanaan semasa,

penambahbaikan berterusan dan perancangan bagi

semester akan datang.

Melaksanakan aktiviti penambahbaikan terhadap SPA

hasil daripada analisa laporan.

KJ

PPA

PPA

PPA

KJ

PPA

TPA

TP(A)/KJ/PPA/PA

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

5

5.3 Peranan Dan Tanggungjawab PA

Mengemaskini dokumen/rekod Penasihatan Akademik secara bercetak

atau secara atas talian. Cadangan dokumen/rekod adalah seperti di

Lampiran 1.

5.3.1 Akademik Pelajar

i. Membimbing dalam merancang dan menyusun struktur

pembelajaran baik secara menyeluruh mahupun bagi

setiap semester bersesuaian dengan kemampuan pelajar

bagi mencapai hasil pembelajaran.

ii. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta memantau

pencapaian hasil pembelajaran dengan membangunkan

kemahiran dan strategi belajar yang betul.

iii. Membantu pengurusan masa bagi dimanfaatkan sepanjang

pengajiannya di politeknik bagi meningkatkan hasil

pembelajaran.

v. Memberikan maklumbalas mengenai perkembangan dan

pencapaian hasil pembelajaran apabila diperlukan.

vi. Mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan serta

runding cara khas seterusnya merujuk pelajar berkenaan

kepada pihak yang berkenaan.

vii. Membantu pelajar mematuhi dan peka kepada semua

peraturan yang berkaitan.

viii. Memantau/mengawalselia/memastikan pendaftaran kursus.

5.3.2 Pembangunan Diri Pelajar

i. Memaklum dan menerangkan kepada pelajar mengenai

analisa keputusan Inventori Personaliti Sidek (IPS) yang

diterima dari Unit Psikologi Dan Kerjaya (UPK).

ii. Membantu membina matlamat.

iii. Membantu mengekalkan motivasi dalaman menerusi

motivasi luaran yang berterusan.

iv. Menyemak kemajuan melalui buku Manual Inspirasi

Tranformasi Diri dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

v. Merekod serta membuat refleksi setiap perjumpaan.

(Rujuk Lampiran 3)

vi. Membantu memantapkan kemahiran berkomunikasi

berkesan serta kemahiran asertif.

6

GARIS PANDUAN

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIK

5.3.3 Laluan Kerjaya

i. Memastikan pelajar mendapat pendedahan mengenai

peluang dan kaedah melanjutkan pengajian, menjadi

usahawan atau laluan kerjaya yang boleh diceburi melalui

aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak politeknik

sebelum bergraduat.

5.4 Peranan Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

i. Membangun, memantau dan menyelenggara sistem atas talian

(e-PA).

ii. Memberi latihan penggunaan sistem e-PA kepada PA.

iii.

iv.

Menyediakan bantuan teknikal (helpdesk).

Mempertingkat sistem e-PA dari semasa ke semasa mengikut

keperluan institusi.

6.0 LAPORAN KEBERKESANAN SPA

PA menyediakan laporan keberkesanan SPA bagi kumpulan pelajar selepas

keputusan peperiksaan akhir diumumkan. Antara perkara yang boleh dilaporkan

ialah pencapaian akademik, pembangunan diri, laluan kerjaya serta keperluan

pelajar dan pensyarah dalam SPA.

7.0 DOKUMEN RUJUKAN

Bagi melaksanakan fungsi dan tugas setiap PA perlu peka terhadap

dokumen-dokumen yang boleh dijadikan rujukan antaranya ialah:

i. Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik.

ii. Arahan-Arahan Kaedah Pentaksiran dan Pensijilan Politeknik.

iii. Buku Panduan Program Learning Outcome Assesment.

iv. Garis Panduan Latihan Industri Pelajar.

v. Garis Panduan Pengurusan dan Kaedah Penilaian Latihan Industri

Politeknik KPT.

vi. Dukumen Manual CIDOS Bagi Pensyarah/Pelajar.

vii. Manual Inspirasi Tranformasi Diri.

viii. Lain-lain dokumen/pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

LAMPIRAN

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 1

SENARAI SEMAK DOKUMEN/REKOD PENASIHATAN AKADEMIK

BIL.

PERKARA

1 Senarai Semak Struktur Program

2 Rekod Perjumpaan

3 Senarai nama pelajar di bawah

penasihatannya

4 Borang maklumat pelajar yang

telah dilengkapkan

5 Salinan Pendaftaran Kursus bagi

pelajar di bawah penasihatannya

6 Salinan Keputusan setiap

semester bagi pelajar di bawah

penasihatannya

7 Salinan Slip Keputusan Latihan

Industri

8 Salinan Borang Pengecualian Kursus

( Jika ada )

9 Salinan Borang Penambahan/

Pengguguran Kursus ( Jika ada )

10 Salinan Borang Pelepasan Kuliah

atau Sijil Cuti Sakit ( Jika ada )

11 Salinan Surat Peringatan kepada

pelajar ( Jika ada )

12 Salinan Surat Berhenti/ Tangguh

Pengajian ( Jika ada )

13 Dokumen yang berkaitan

SEMESTER

1 2 3 4 5 6

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 2

LOGO

POLITEKNIK

Gambar

SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

No. Pendaftaran

A. MAKLUMAT PERIBADI

1. NAMA :

2. NO. K.P. : 3. BANGSA :

4. TARIKH LAHIR : 5. AGAMA:

6. TEMPAT LAHIR :

7. STATUS : B = BUJANG 8. JANTINA: L = LELAKI

K = BERKAHWIN

P= PEREMPUAN

9. KURSUS :

10. SESI MASUK :

11. ALAMAT TETAP:

12. NO. TEL. ( R) : 13. BLOK ASRAMA :

(HP) : 14. PARAS/NO. BILIK : -

15. ALAMAT SEMASA PENGAJIAN :

(Jika tinggal di luar kampus)

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 2

B. MAKLUMAT AKADEMIK DAN PENGALAMAN BEKERJA

16. INSTITUSI/SEKOLAH AKHIR :

17. SIJIL / SPM :

18. HPNM / AGREGAT : 19. TAHUN :

20. KEPUTUSAN SPM / SEMESTER AKHIR

SUBJEK GRED SUBJEK GRED

1 7

2 8

3 9

4 10

5 11

6 12

21. PENGALAMAN KERJA

1

2

3

TEMPAT JAWATAN TEMPOH

C. MAKLUMAT KELUARGA

22. NAMA BAPA/PENJAGA:

23. PEKERJAAN :

24. PENDAPATAN : 25. UMUR : T H

(RM- Bulanan)

26. NAMA IBU :

27. PEKERJAAN :

28. PENDAPATAN : 29. UMUR : T H

(RM-Bulanan)

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 2

30. BUTIRAN KELUARGA

BIL NAMA UMUR JAWATAN (Jika bekerja)/Nama IPT/ Sekolah

31. ORANG YANG BOLEH DIHUBUNGI JIKA BERLAKU KECEMASAN

NAMA :

ALAMAT :

NO. TEL. (R ): HUBUNGAN :

(HP):

Nota: Pelajar dikehendaki memaklumkan kepada Penasihat Akademik sekiranya berlaku perubahan maklumat.

Saya mengaku bahawa segala maklumat yang saya berikan adalah betul.

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 3

BORANG REKOD PERTEMUAN PENASIHAT AKADEMIK

Nama Pelajar : …………………………… Jabatan : ……………………………………

No. Pendaftaran : …………………………….

Tarikh Temujanji :………………………..

Perkara

Maklumbalas/Tindakan yang perlu diambil

Refleksi PA

Tandatangan Pelajar

Tarikh :

Cop & Tandatangan Penasihat Akademik

Tarikh:

N O T A :

i. Perkara hendaklah ditulis oleh Pelajar atau PA pada awal setiap sesi pertemuan.

ii. Maklumbalas/tindakan yang perlu diambil perlu ditulis pada akhir sesi pertemuan.

iii. Pelajar dan PA perlu menyimpan salinan Rekod Pertemuan masing-masing.

iv. Sekiranya pertemuan diadakan secara berkelompok sila lampirkan senarai kehadiran.

v. PA perlu mengisi Refleksi PA selepas pertemuan dengan pelajar.

PROGAM: ____________________

PENILAIAN KEBERKESANAN PENASIHAT AKADEMIK

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 4

SESI

Sepanjang 6 bulan lepas berapa kali anda telah berjumpa dengan PA anda.

Perjumpaan secara bersemuka : Tidak pernah 1- 4 5-9 10-14 lebih dari 15 kali

Melalui Telefon : Tidak pernah 1- 4 5-9 10-14 lebih dari 15 kali

Melalui Emel : Tidak pernah 1- 4 5-9 10-14 lebih dari 15 kali

Lain-lain Kaedah :___________________________________________________________________

Arahan

Sila bulatkan pada ruang yang berkenaan bagi menilai Penasihat Akademik anda

Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju

Sederhana

Setuju

Sangat

Setuju

1. Menyediakan ruang waktu untuk temujanji bersama saya. 1 2 3 4 5

2. Menerangkan kepada saya dengan jelas aktiviti dan hasil yang ingin dicapai

pada setiap sesi perjumpaan.

1 2 3 4 5

3. Mendahulukan pendapat saya sebelum menyatakan pendapat beliau. 1 2 3 4 5

4. Membantu saya dalam membangunkan kemahiran serta strategi belajar yang

betul bagi mencapai hasil pembelajaran.

1 2 3 4 5

5. Membantu saya dalam merancang pengurusan masa berpandukan kepada

masa pembelajaran pelajar (SLT).

1 2 3 4 5

6. Membantu saya dalam membina matlamat diri. 1 2 3 4 5

7. Membantu saya meningkatkan motivasi. 1 2 3 4 5

8. Masalah saya sepanjang pengajian diberi perhatian sewajarnya. 1 2 3 4 5

9. Membantu saya dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dengan pelbagai

cara.

1 2 3 4 5

10. Memberi pendedahan dalam laluan kerjaya saya. 1 2 3 4 5

11. Membantu saya dalam mematuhi peraturan politeknik. 1 2 3 4 5

12. Menjadi pendengar yang baik. 1 2 3 4 5

13. Secara keseluruhan PA saya berada pada tahap. Sederhana Baik Sangat Baik

14. Saya akan mencadangkan PA saya kepada pelajar lain. Ya Tidak Tidak Pasti

Cadangan penambahbaikan/ulasan :

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Lampiran 5

Fasa Perkembangan Pelajar

Domain I:

Kesedaran Diri

Domain II:

Bermula dengan Matlamat

Yang Jelas

Domain III:

Meningkatkan Motivasi

Dalaman

Domain IV:

Strategi Pengurusan Diri dan

Pembelajaran Berkesan

Domain V:

Strategi Kecemerlangan

Kerjaya

Motivasi Dalaman Motivasi Luaran

Meneroka potensi dan

kekuatan diri melalui:

i. Interpretasi Ujian

Personaliti, Nilai

dan Minat.

ii. Menilai

pencapaian

semasa.

iii. Analisis SWOT

Kendiri.

Menyediakan pelan tindakan

melibatkan langkah-langkah

berikut:

i. Mengetahui

persekitaran pengajian

dan pekerjaan.

ii. Memadankan kualiti diri

dengan keperluan

persekitaran pengajian

dan pekerjaan.

iii. Membina matlamat

pengajian dan pekerjaan

berpandukan

pendekatan SMART.

Menghadiri ceramah, kursus

motivasi, bengkel dan lain-lain

program untuk:

Membimbing diri ke arah

perubahan:

i. Pemikiran

ii. Kepercayaan

iii. Ekspektasi

iv. Sikap

v. Tingkahlaku

vi. Prestasi dan

vii. Kehidupan

Pengurusan diri dan aktiviti

pelajar cemerlang melalui:

i. Penggunaan Kuadran

Aktiviti Harian Covey.

ii. Mengaplikasikan SLT

(Student Learning Time)

Pembelajaran efisyen dan

efektif melalui:

i. Penggunaan otak kanan

dan otak kiri.

ii. Penggunaan saluran

pembelajaran yang tepat

dan kolektif.

iii. Pembelajaran Input dan

Output.

iv. Memahami sistem

pengajaran dan

pembelajaran OBE.

v. Memahami sistem

penilaian peperiksaan.

Menambahbaik kualiti diri

melalui penguasaan kemahiran:

i. Komunikasi Berkesan

ii. Asertif

iii. Membuat Keputusan

iv. Pengurusan Stres

Memperkasakan persiapan

diri ke alam pekerjaan

melalui:

i. Peningkatan Kemahiran

Teknologi Pekerjaan.

ii. Penyediaan CV dan

Resume yang relevan

dengan keperluan

majikan.

iii. Pengalaman menghadiri

Simulasi Temuduga

Pekerjaan.

Adaptasi Daripada Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu

Sumber: Sidek Mohd Noah, 1992

SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

PENAUNG

HJ MOHD GHAUS BIN AB. KADIR

TIMBALAN KETUA PENGARAH (AKADEMIK)

PENASIHAT

SITI JARIAH BT IBRAHIM

PENGARAH

BAHAGIAN KECEMERLANGAN INSTRUKSIONAL

PENGERUSI

NOOR AIDI BT NADZRI

KETUA PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN KECEMERLANGAN INSTRUKSIONAL

OLEH

NOOR ROSMAWATI BINTI YUSUF (BKI)

AZWAN BIN ABDULLAH (BKI)

ABD. RAZAK BIN SADLI (POLIMAS)

SAIFULLAH BIN HJ. MUSA (PSMZA)

ROSLINA BINTI LAPANDITAH (KKHL)

SARIATI BINTI DALIB (PMM)

ABDULLAH LATEP MUSTAPHA (PKS)

KAMARUDIN YUNUS (PUO)

NORLIZAWATI BINTI ABD RAHMAN (PSAS)

PN. LATENAZURAINI BINTI SAARI (PPD)

MOHD AS'RI B. CHIK (PMM)

MOHD FUAD B. OTHMAN (PTSB)

ERAWATI BINTI MAHRILAR (PKS)

MARLIANA BINTI HASSAN (PTSB)

JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Bahagian Kecemerlangan Instruksional

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi

Galeria PiH

Aras 4, Jalan P4W

Persiaran Perdana Presint 4

62100 WP Putrajaya

03 – 8891 9000

03 – 8891 9056 Fax

www.politeknik.gov.my

bki.jpp@mohe.gov.my

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!