25.01.2015 Views

MEWAH DENGAN KONSEP - Reno Concept Sdn. Bhd.

MEWAH DENGAN KONSEP - Reno Concept Sdn. Bhd.

MEWAH DENGAN KONSEP - Reno Concept Sdn. Bhd.

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dapur pilihan

semi-d

Ruang dapur ini diwarnai unsur

semula jadi yang menyejukkan

mata memandang.

Lakaran 3D

Mewah Dengan Konsep

Moden Tropika

Penulis MOHD ADIB MOHD SIDEK | Foto MOHAMMAD JAZLAN NANGAR

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

76

Penataan yang ringkas membantu

menghasilkan kesan visual yang

tampak kemas dan menawan.

Kayu nyatuh yang banyak tumbuh di hutan hujan

tropika dijadikan asas kepada reka bentuk dapur

ini. Kehadiran kemasan kayu nyatuh ini menyuntik

mood dan mampu memercik aura mendamaikan

jiwa si pemilik tatkala memasuki ruang ini setelah

bekerja seharian.

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

77

Gandingan kemasan

kayu nyatuh dan batu

kuart menghasilkan

dapur yang hebat dari

segi fungsi dan visual.

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

78

Sentuhan berbeza hadir di ruang dapur ini apabila konsep moden

digandingkan dengan elemen tropika yang sarat. Ia boleh dilihat

melalui pemilihan material pada pintu kabinet di seluruh dapur ini.

Kayu nyatuh yang banyak tumbuh di hutan hujan tropika dijadikan

asas kepada reka bentuk dapur ini. Kehadiran kemasan kayu nyatuh

ini menyuntik mood dan mampu memercik aura mendamaikan jiwa si

pemilik tatkala memasuki ruang ini setelah bekerja seharian.

“Sengaja saya dan suami memilih unsur semula jadi seperti kayu nyatuh

menghiasi ruang dapur ini. Selain ingin memadankan konsep yang

sama dengan ruang tamu dan laman, bagi saya elemen semula jadi ini

membawakan ketenangan,” ujar Ratna Jabir.

Jika dilihat kelebihan yang dimainkan konsep ini, ternyata dapur moden

tropika ini menang daripada segi pelaburan jangka panjang. Ini kerana

faktor malar segar yang dipunyai kayu nyatuh sebagai perabot atau

kemasan kabinet di ruang dapur. Begitu juga dengan aspek kekukuhan

atau ketahanan kayu itu sendiri yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Manakala, rona gelap pada kayu nyatuh ini semakin menyerlahkan tona

bumi yang ingin diketengahkan sekali gus menimbulkan rasa kukuh pada

kayu nyatuh ini.

Menitikberatkan kefungsian dapur

Rekaan dapur yang mendapat sentuhan Reno Concept ini

menitikberatkan kefungsian selaras dengan kemahuan pemilik yang ingin

selalu memasak sendiri di rumah. Justeru, elemen praktikal dapat dilihat

dari beberapa aspek. Antaranya material kaunter top daripada kemasan

batu kuart menjadi gandingan mewah buat kabinet kayu nyatuh.

Batu kuart ini mempunyai banyak kelebihan daripada segi fungsinya. Ini

termasuklah ketahanannya yang menakjubkan terhadap haba dan panas

daripada permukaan periuk. Batu kuart juga anti calar dan kekal anggun

untuk tempoh yang lebih panjang.

Begitu juga dengan zon memasak yang menempatkan dapur gas

bergandingan dengan hud. Fungsi hygiene tidak pernah dilupakan dengan

menampilkan panel tahan percikan daripada kemasan kaca. Pereka juga

dilihat sengaja menampilkan kemasan kaca ini sebagai back splash bagi

berbanding kemasan seperti jubin, kaca mozek dan sebagainya.

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

79

INFO RINGKAS DAPUR

Pemilik :

Hisham Hashim &

Ratna Jabir

Eric & Ling

pereka dari

Reno Concept.

Jenis kediaman :

Semi D

Lokasi :

Puncak Bangi

Konsep dapur :

Moden Tropika

Dinding:

Spray Glass Panel

Material pintu kabinet :

Nyatuh

Ruang menonton

di dapur menjadi

trend yang semakin

diterima.

Material kaunter top :

Batu quartz

Kos kabinet :

RM 48,000 (termasuk perkakasan

elektrik)

Projek :

Reno Concept, Seksyen 13 Shah Alam

(0355131932)

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

80

“Ruang memasak menjadi zon yang paling saya gemari di dapur ini. Hal ini

kerana dapur gas ini dilengkapi dengan hud yang berkuasa hebat serta tidak

perlu risau akan percikan minyak ke dinding selepas memasak. Saya ada

meminta pihak Reno Concept untuk menghadirkan panel tahan percikan

ini bukan sekitar dapur gas, sebaliknya sehingga ke bahagian atas. Selain itu,

singki juga dibina luas, begitu memudahkan cucian dilakukan,” ujar Ratna lagi.

Pemakaian dapur dijana dengan teknologi semasa dengan menampilkan

sistem aksesori pada kabinet dapur. Pereka melengkapkan ruang penstoran

dengan aksesori seperti pull out basket, tall unit, internal drawer dan

sebagainya. Ini membantu pemilik daripada segi memudahkan capaian,

meningkatkan fungsi penstoran dan berfungsi senyap.

Kaunter pulau

menjadi zon

santai dan

interaksi keluarga

buat pemilik.

AD

RENO

*Tertakluk kepada terma dan syarat

(729528-V)

Bilik Pameran: 23, Jalan 13/28, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(Berdekatan Giant Stadium, belakang Pasaraya HERO & sebaris dengan kedai 7-eleven)

Tel: 03-5513 1932/016-2013151 Tel/Faks: 03-5513 1935

Isnin - Jumaat 9.30 am - 6.30 pm Sabtu 9.30 am - 4 pm

dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini

81

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!