12.01.2015 Views

Majlis Angkat Sumpah - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

Majlis Angkat Sumpah - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

Majlis Angkat Sumpah - Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aduan Online

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2012

www.mbpj.gov.my

04

Berita Bandaraya Petaling Jaya MAC 2012

Perutusan

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Assalamualaikum w.b.t.,

Selamat Sejahtera Dan Salam Muhibah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan

limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu lagi di ruangan

Buletin Bandaraya Petaling Jaya yang diterbitkan khas

untuk anda warga Petaling Jaya yang telah sekian lama

menyokong segala usaha yang dilaksanakan Majlis

Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

Pada 20 Mac lalu seramai 21 orang Ahli Majlis telah dilantik

bagi sesi 2012-2013 untuk menggalas tanggungjawab

memajukan Petaling Jaya dengan menyumbangkan ideaidea

serta pandangan untuk menjadikan Petaling Jaya

sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari.

Ahli Majlis selaku penasihat kepada Majlis dalam

menentukan dasar dan peraturan yang perlu dilaksanakan

dengan objektif utama untuk kesejahteraan rakyat, juga

mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam urusan

yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan sebagai

penghubung bagi menyampaikan kehendak masyarakat

seperti membuat aduan tanpa membelakangkan

kepentingan MBPJ.

Pelantikan Ahli-ahli Majlis ini juga diharapkan umpama

jentera sokongan dalam usaha kita menjadikan Petaling

Jaya bandar raya bersih dengan cara bersamasama

memantau sistem pengurusan sisa pepejal

serta menyalurkan maklumat-maklumat bermanfaat

untuk penambahbaikan sistem yang ada. Ahli Majlis

juga perlu menjalinkan hubungan yang erat dengan

penduduk terutama penduduk di kawasan yang

dipertanggungjawabkan kerana idea-idea bernas dan

pandangan yang membina boleh dijadikan panduan

untuk MBPJ meningkatkan mutu perkhidmatan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah

mengiktiraf MBPJ di kedudukan keempat seluruh Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam Sistem Star

Rating (SSR) 2010/2011 yang telah diumumkan. Kedudukan

ini bukannya suatu jaminan untuk kita berpeluk tubuh dan

berpuas hati dengan kedudukan sekarang. Malah ia perlu

dijadikan pencetus kepada usaha meningkatkan mutu

perkhidmatan pentadbiran untuk menjadikan MBPJ PBT

yang ulung di Malaysia dalam semua bidang.

Kerjasama daripada Ahli Majlis, warga kerja dan penduduk

Petaling Jaya amnya amat penting dalam usaha kita

meningkatkan kesejahteraan Petaling Jaya sebagai

bandar raya yang selesa dihuni, bersih dan selamat. Saya

juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih kepada semua warga kerja yang selama ini

bersama-sama berkhidmat dengan penuh dedikasi dan

komited tidak lain dan tidak bukan untuk kepentingan

warga Petaling Jaya.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HJ. MOHAMAD ROSLAN BIN SAKIMAN

DATUK BANDAR

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!