11.01.2015 Views

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2 BULETIN KPKT 2008

Sidang Pengarang

Warkah Daripada Ketua Setiausaha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di keluaran Buletin KPKT edisi

terakhir tahun ini. Pantas benar masa berlalu. Tanpa

disedari tinggal beberapa hari kita akan melangkah

ke tahun baru. Mengimbas kembali apa yang telah

kita lalui sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu,

saya percaya ramai di antara kita telah menempuh

pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir sama

ada dalam karier mahupun kehidupan seharian atau

apa-apa sahaja bidang yang diceburi. Sesungguhnya

saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah s.w.t

kita semua bukan sahaja berjaya menempuh dugaan, cabaran, halangan

tetapi yang penting kita dapat berkongsi meraikan beberapa kejayaan yang

membanggakan telah dicapai oleh KPKT.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada

semua warga kerja KPKT kerana berjaya menerima Anugerah Kualiti

Pengurusan Kewangan (AKPK) bagi kategori Kementerian di Anugerah

Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 pada 27 November 2008. Setinggi-tinggi

penghargaan juga buat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana

mendapat Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi kategori Teknikal dan

Anugerah Ketua Pengarah MAMPU bagi kategori Teknikal di Konvensyen

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Perkhidmatan Awam Peringkat

Kebangsaan Kali Ke-25 Tahun 2008 pada 19 November 2008. Sebelum itu,

KPKT juga telah memenangi Anugerah Cemerlang Laman Web dan Portal

Kerajaan Malaysia Terbaik 2007 (Tempat Pertama dan Mencapai Tahap 5

Bintang) pada 14 Ogos 2008. Siri kejayaan yang dikecapi ini membuktikan

KPKT amat komited dalam merealisasikan matlamat sebagai Kementerian

No.1 bertaraf 5 Bintang.

Dalam konteks ini, saya berpendapat tanpa usaha yang berterusan kejayaan

tidak datang dan dapat dicapai seperti yang dirancangkan. Kejayaan

merupakan perjalanan yang tiada hentinya iaitu suatu proses dan bukannya

satu destinasi. Hayatilah petikan ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin

Haji Ahmad Badawi di Majlis Penyampaian AKSA 2008 “Masyarakat kini

bukan mengukur pencapaian agensi berdasarkan bilangan anugerah yang

diterima tetapi lebih penting lagi, mengharapkan kemenangan tersebut

akan memberikan impak yang positif terhadap kualiti perkhidmatan yang

ditawarkan dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada kehidupan

rakyat. Ini termasuklah segala aspek penggubalan dasar, perancangan dan

penyampaian perkhidmatan dalam bidang-bidang pelajaran, keselamatan,

kesihatan, pengangkutan dan persekitaran yang memberi kesan kepada

kualiti hidup rakyat.”

Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, tinggilah harapan saya agar

kita semua dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Marilah

kita berusaha dengan gigih, menjalankan tugas dengan sempurna dan

menitikberatkan aspek kualiti, ketepatan masa dan kos demi menghasilkan

keputusan terbaik sebagaimana dinyatakan dalam Key Performance Indicators

atau KPI masing-masing. Semoga kita terus memasang tekad dan tanamkan

azam bekerja keras supaya pada tahun baru kejayaan akan berterusan dan

dapat dicapai dengan lebih baik lagi. Oleh itu jangan tanya apa yang akan

berlaku esok, tetapi berfikir dan merancang untuk hari esok yang lebih baik

Insya-Allah!

Selamat Bertugas dan Selamat Datang 2009!

Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Penasihat

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail

Timbalan Penasihat

Y.Bhg. Datin Noriah binti Hashim

Ketua Pengarang

Puan Fatmah binti IlIadad Khan

Penolong Ketua Pengarang

Puan Aziah binti Ahmad

Sumbangan Penulisan

Bahagian Dasar

Bahagian Inspektorat

Bahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan Perolehan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Korporat

Bahagian Pembangunan dan

Pelaksanaan Projek

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan

Pemegang Pajak Gadai

Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Undang-undang

Unit Audit Dalam

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM)

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

Jabatan Landskap Negara (JLN)

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal

Negara (JPSPN)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD)

Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

Penerbit

Unit Perhubungan Awam dan

Komunikasi Korporat

Sidang Pengarang Buletin KPKT amat

mengalu-alukan sumbangan tulisan

daripada warga KPKT. Sumbangan

tulisan hendaklah dikemukakan ke :

Unit Perhubungan Awam dan

Komunikasi Korporat

Bahagian Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2099 2403 / 03-2094 4702

Faks: 03-2095 6523 / 03-2094 4133

E-mel: pa_kupa@kpkt.gov.my

KPKT TERBARU RAJ.indd 2

1/29/2009 4:04:41 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!