11.01.2015 Views

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BULETIN KPKT 2008

15

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik KPKT

2009 dari 19 sehingga 22 November 2008 bertempat di Hotel

Holiday Inn, Melaka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan

oleh Ketua Setiausaha KPKT, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad

Bin Ismail dan telah dihadiri oleh 68 orang ahli mesyuarat

yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi KPKT, Ketua

Jabatan, Setiausaha Bahagian dan pegawai-pegawai Jabatan/Bahagian

KPKT. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk

menyemak dan menilai pencapaian semua Jabatan/Bahagian

bagi tahun 2008 serta mengkaji dan melulus Perancangan

Strategik bagi tahun 2009. Selain itu, Pelan Strategik

KPKT 2008-2020 turut dibincang dan dimantapkan.

MESYUARAT KPI 2008

Encik Rosmawardi Razali Ramli, Penolong Pegurus Besar,

Bahagian Pengurusan Strategi, Telekom Malaysia Berhad,

telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk “Pelaksanaan

Strategi Melalui Balance Scorecard”. Sepanjang sesi

ceramah tersebut, banyak input telah diperolehi dan boleh

diaplikasi oleh KPKT pada masa hadapan.

Diharapkan agar semua Jabatan/Bahagian KPKT dapat

memantapkan lagi Perancangan Strategik 2009 dengan

melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti selaras

dengan Visi dan Misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT).

Sistem Aduan Bersepadu

KPKT sentiasa berusaha memantapkan sistem penyampaian

perkhidmatan kementerian. Selaras dengan perkembangan

tersebut, satu Sistem Aduan Bersepadu telah dibangunkan

oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dengan kerjasama

syarikat pembekal yang dilantik iaitu Data Envelopment

Analysis Sdn Bhd (DEA). Unit Perhubungan Awam dan

Komunikasi Korporat (UPA) dipertanggungjawabkan sebagai

penyelaras sistem ini.

Sistem aduan bersepadu dibangunkan bertujuan untuk

mengurus dan mengendalikan aduan dan pertanyaan

yang diterima daripada pengguna. Objektif utama sistem ini

adalah untuk merekodkan segala aduan dan pertanyaan

yang seterusnya akan diagihkan secara online kepada

pengurus, pegawai dan kerani aduan terlibat di Jabatan /

Bahagian / Unit seperti berikut:-

1. Jabatan Perumahan Negara

i. Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

ii.

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang

Pajak Gadai

iii. Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

iv. Bahagian Penguatkuasaan Perumahan

v. Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan

dan Pengurusan Aset

vi. Bahagian Skim Pinjaman Perumahan

2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3. Jabatan Kerajaan Tempatan

4. Jabatan Landskap Negara

5. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

6. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

7. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

8. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat,

Bahagian Korporat

Satu sesi latihan telah dijalankan pada 17 November 2008

di Bilik Gerakan 1, Tingkat 7, Blok K, KPKT. Latihan yang

dikendalikan oleh Cik Norlaili Kamarulzaman, Penolong

Setiausaha, BTM telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang

dilantik sebagai pengendali aduan di Jabatan / Bahagian

/ Unit masing-masing. Daripada respon awal, Jabatan /

Bahagian / Unit menyatakan sokongan dan menyambut baik

usaha yang dilakukan bagi menambah baik pengurusan

aduan dan pertanyaan di KPKT.

Sistem aduan bersepadu dijadual akan digunakan

sepenuhnya berkuatkuasa pada Januari 2009. Kerjasama

Jabatan / Bahagian / Unit dituntut agar menguna

sepenuhnya sistem ini secara efektif dalam menguruskan

aduan dan pertanyaan bagi meningkatkan prestasi

penyampaian perkhidmatan KPKT.

KPKT TERBARU RAJ.indd 15

1/29/2009 4:05:46 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!