11.01.2015 Views

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

Bilangan 03/2008 - Ministry of Housing and Local Government

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BULETIN KPKT 2008

13

KURSUS PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN “OUTCOME”

DAN IMPAK PROJEK/PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA

KE SEMBILAN (RMK9)

Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT

telah merasmikan Kursus Penyediaan Laporan Penilaian

“Outcome” dan Impak Projek/Program Rancangan Malaysia

Ke Sembilan (RMK9) pada 4& 5 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bahagian Pembangunan

dan Pelaksanaan Projek, KPKT telah bekerjasama dengan

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri

(ICU, JPM) dalam menganjurkan kursus ini.

Kursus ini telah diadakan sebagai usaha ke arah

membudayakan penilaian “outcome” dan impak di KPKT

sejajar dengan kehendak “stakeholders” dan Agensi-agensi

pusat.

Kursus ini telah diadakan selaras dengan Surat Pekeliling

Am Bilangan 3 Tahun 2005 Garis Panduan Penilaian

Program Pembangunan. Tujuan utama kursus ini ialah

untuk menjelaskan kepada para peserta kaedah sistematik

bagi menilai “outcome” dan impak Projek/Program

Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

yang dilaksanakan di KPKT.

Kursus ini akan membolehkan para peserta menganalisis

prestasi sebenar sesuatu program/projek pada tahap

tertentu berbanding dengan perancangan asal dan

akan membolehkan para peserta memperbaiki proses

perancangan bagi projek/program yang sama di masa

hadapan.

Profesor Madya Dr. Osman bin Md. Yussoff dan Encik Ismail

bin Hamad dari ICU, JPM telah memberikan ceramah dalam

kursus ini di samping bertindak sebagai pakar rujuk. Seramai

54 peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan/

Bahagian di KPKT dan pegawai-pegawai pembangunan

telah mendapat manfaat dengan menghadiri kursus ini.

PERJUMPAAN KAKITANGAN JKT

Majlis Perjumpaan Kakitangan JKT Bersama Ketua

Pengarah JKT, Y. Bhg. Datin Arpah binti Abdul Razak telah

diadakan pada 21 Oktober 2008 (Selasa) di Ruang Pejabat

(Unit Korporat, JKT), Aras 3, Blok K, Pusat Bandar Damansara.

Majlis yang kali ketiga diadakan pada tahun ini telah

dihadiri lebih 100 kakitangan. Pada majlis itu juga, Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Nadzri bin

Abd. Rahman telah menyampaikan taklimat pengenalan

yang bertajuk “ Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja”

kepada kakitangan JKT berkaitan tatacara dan kaedah

dalam meningkatkan mutu kerja. Seterusnya, taklimat ini

disambung oleh Pn. Afi fah Raduwan mengenai struktur dan

kaedah pelaksanaan KMK. Pada majlis ini juga, kakitangan

yang baru bertugas dalam tempoh 3 bulan di JKT diperkenalkan.

Pada perjumpaan ini juga, setiap bahagian

menyumbangkan makanan dan kuih-muih sempena bulan

Syawal bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan

kakitangan dalam meningkatkan ukhuwah dan

meningkatkan proses dan kecekapan bekerja.

KPKT TERBARU RAJ.indd 13

1/29/2009 4:05:20 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!