03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PERBARISAN TAHUNAN

JABATAN BOMBA DAN

PENYELAMAT MALAYSIA 2009

Pada 20 Januari 2009, Perbarisan Tahunan

2009 telah diadakan di Dataran Kawad Ibu

Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Malaysia.

Dalam ucapan sempena perbarisan

tersebut, YAB Dato’ Hamzah bin Abu

Bakar menekankan agar warga Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

memperkemaskan dan memperbaiki

lagi mutu dan sistem penyampaian

perkhidmatan jabatan kepada masyarakat.

Selain itu warga JBPM juga digalakkan

untuk menanam dan menyuntik tekad

bagi memajukan jabatan dan beriltizam

untuk meningkatkan produktiviti kerja

masing-masing.

Beliau juga turut menegaskan bahawa

dalam persekitaran dunia yang semakin

dinamik pada masa kini, sistem

penyampaian berkesan adalah merupakan

elemen yang mendesak dan menuntut

setiap agensi Kerajaan berperanan lebih

cekap dan cepat bagi menambah baik

sistem yang sedia ada.

Bersempena dengan perbarisan kali ini,

JBPM telah melakarkan satu lagi sejarah

iaitu dengan menandatangani satu

Memorandum Of Understanding (MOU)

bersama Institut Integriti Malaysia. Ianya

sebagai menyatakan komitmen jabatan

ke arah meningkatkan integriti dan

sekaligus menzahirkan hasrat jabatan

untuk memerangi gejala negatif seperti

rasuah dan penyalahgunaan kuasa

sehingga ke akar umbinya. Selain itu

bagi meningkatkan lagi prestasi jabatan

dan untuk mengukur tahap kepuasan

pelanggan, maka suatu sistem pengukuran

berasaskan star rating akan dilaksanakan

di JBPM pada tahun ini. Ianya juga selaras

dengan amalan antarabangsa, di mana

setiap perkhidmatan dibuat penilaian

berdasarkan data sebenar.

Pada perbarisan tahunan kali ini juga

jabatan turut merasa bangga dengan

kejayaan KMK Pahang kerana telah

mendapat anugerah KSN di Sarawak dan

KMK Johor yang mendapat anugerah dari

MAMPU pada tahun 2008.

Dalam pada masa yang sama, Perbarisan

Tahunan 2009 turut menyelitkan

pengurniaan anugerah khas kepada

media massa yang telah menaikkan

nama JBPM sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Penerima anugerah

adalah terdiri daripada Penerbit Program

999 di TV3 iaitu Encik Abd Halim bin Md.

Din dan Encik Safeek Affendy bin Razali

yang merupakan Wartawan Jenayah dan

Bencana Alam RTM.

Bersesuaian dengan prinsip JBPM

membantu mereka yang berada dalam

kesusahan, jabatan telah melancarkan

kutipan derma untuk mangsa kekejaman

di Gaza. Jumlah yang berjaya dikumpul

adalah sebanyak RM 22,726.00. Kutipan

telah dilakukan di setiap JBPM di seluruh

negara.

7

2nd_Issue.indd 7

12/10/2009 3:53:37 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!