03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

GIAT MENGURANGKAN PENGGUNAAN BEKAS POLISTIRENA

Isu pencemaran alam sekitar seringkali dipandang

remeh oleh masyarakat di negara kita. Sikap tidak

prihatin dan mengambil mudah kebanyakan individu

telah mengakibatkan bumi yang kita diami dewasa ini

kian tenat dengan longgokan sampah sarap dan sisa

domestik. Penambahan sampah sarap dan sisa domestik

memberikan impak langsung terhadap pencemaran

alam sekitar dan seterusnya membawa kepada penularan

penyakit berbahaya kepada manusia.

Atas kesedaran ini, semua warga Jabatan Pengurusan

Sisa Pepejal Negara (JPSPN),

mulai 1 Julai 2009 telah diminta

menggunakan bekas makanan

sendiri ketika membeli makanan.

Langkah ini diambil bagi

mengurangkan bukan

sahaja sisa buangan

bekas polistirena tetapi

bahan pembungkus

plastik lain yang

merupakan sisa pepejal

yang sukar dilupuskan

serta menangani

masalah kesihatan yang

berpunca daripada

penggunaan polistirena.

Polistirena atau

polisterin merupakan

sejenis bahan polimer

yang digunakan untuk

menghasilkan bekas

pembungkus makanan

dan minuman. Ia

berwarna putih dan

banyak digunakan

oleh premis-premis

perniagaan makanan

untuk membungkus makanan serta minuman.

Polistirena merupakan bahan yang sukar dilupus iaitu

mengambil masa anggaran kira-kira 500 tahun untuk

mereput sepenuhnya. Kandungan bahan stirena yang

terdapat di dalamnya juga boleh menyebabkan risiko

penyakit barah terhadap manusia terutamanya kepada

sistem pencernaan, sel darah dan hati. Kesimpulannya,

penggunaan polistirena bukan sahaja memberikan

kesan buruk terhadap alam sekitar malahan juga kepada

kesihatan manusia.

Maklum balas positif telah diterima dari kalangan

pengusaha premis makanan di kawasan sekitar Pusat

Bandar Damansara terhadap amalan warga JPSPN

membawa bekas makanan sendiri bagi menggantikan

penggunaan bekas pembungkus makanan polistirena.

Ini jelas menunjukkan keprihatinan kakitangan JPSPN

terhadap isu alam sekitar. Walaupun ia dimulakan secara

kecil-kecilan di peringkat JPSPN, namun adalah menjadi

harapan agar kesedaran dan amalan baik ini disebarkan

kepada ahli keluarga, rakan sejawat dan masyarakat

secara umumnya kelak.

“Pelaksanaan arahan ini amat

baik dan ianya bertepatan

dengan salah satu objektif

jabatan iaitu mewujudkan

sistem pengurusan sisa pepejal

yang lestari supaya kesihatan

awam terjamin, alam sekitar

dilindungi dan sumber

alam terpelihara”, komen

Puan Roslaila binti

Abdullah, Penolong

Akauntan JPSPN. “Saya

amat menyokong usaha

yang disarankan oleh

jabatan, memandangkan

ia pasti memberi impak

yang positif kepada

kesihatan diri dan sekali

gus dapat memulihara

alam sekitar”, ujar Puan

Malissa Linda binti Zainal

Abidin, Pembantu Tadbir

Kewangan JPSPN.

Usaha murni JPSPN ini

boleh dijadikan contoh

oleh segenap lapisan masyarakat sebagai salah satu

cara memelihara dan memulihara alam sekitar untuk

generasi yang akan datang. Selaras dengan itu, pihak

JPSPN menyeru supaya seluruh kakitangan KPKT dan

juga orang ramai agar mengambil langkah positif untuk

menggunakan bekas makanan sendiri ketika membeli

bungkus makanan dan mengelakkan penggunaan

polistrirena. Ingat, langkah pertama adalah bermula

daripada diri anda.

5

2nd_Issue.indd 5

12/10/2009 3:53:28 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!