03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Lawatan Delegasi

Ministry of Housing and Rural Development

Negara Bangladesh ke Jabatan Kerajaan Tempatan

Lawatan ini telah diadakan pada 21 Ogos 2009 bertujuan untuk melihat inisiatif Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

dalam merapatkan jurang digital di antara PBT di Malaysia melalui pelaksanaan Sistem ePBT dan pungutan cukai.

JKT selaku tuan rumah telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Encik Halimi bin Abd Manaf dan

disertai oleh pegawai-pegawai JKT serta dibantu oleh Bahagian Korporat, KPKT. Taklimat ePBT juga turut dijayakan

dengan bantuan Encik Aznul Nizam bin Nasir selaku Pengarah ICT JKT. Delegasi turut menanyakan berkaitan dengan

tadbir urus PBT dan juga berkaitan dengan polisi dan undang-undang. Persoalan ini telah diperjelaskan oleh Puan

Noraini binti Salleh, pegawai dari Bahagian Dasar JKT. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati serta jamuan

makan tengah hari. Wakil Delegasi Negara Bangladesh ini mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra JKT dan

memaklumkan bahawa hasil lawatan ini adalah berguna bagi mereka dalam mentadbir beratus-ratus PBT.

KEMPEN TANAM POKOK JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN) BERSAMA

YAYASAN ANAK WARISAN ALAM (YAWA), BURSA MALAYSIA DAN

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Kempen Menanam Pokok yang dianjurkan

oleh JLN semenjak tahun 1997 bertujuan untuk

mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan

pokok bagi mengekalkan tahap kehijauan, kualiti

landskap dan alam sekitar yang menyumbang kepada

persekitaran kehidupan yang sihat, selamat, sejahtera

dan indah di seluruh negara. Bertitik tolak daripada

matlamat tersebut, JLN telah mengadakan kerjasama

menganjurkan aktiviti menanam pokok dengan pihak

YAWA, Bursa Malaysia dan DBKL pada 16 Mei 2009

bertempat di Taman Awam Metropolitan Kepong, Kuala

Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg

Dato’ Yusli bin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Bursa

Malaysia.

Aktiviti ini melibatkan penanaman sebanyak 300 spesis

pokok hutan dan buah-buahan nadir oleh kakitangan

JLN, Bursa Malaysia, DBKL, YAWA dan sebahagian

besarnya ditanam oleh pelajar-pelajar sekolah. Pokok

yang ditanam pada majlis berkenaan adalah sumbangan

daripada JLN. Apa yang membanggakan pada majlis

berkenaan adalah penyertaan yang ramai daripada

pelajar sekolah untuk menanam pokok. Sesungguhnya

perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang positif

dalam mendidik generasi muda terutamanya tentang

tanggungjawab mereka dalam memelihara pokok demi

kesejahteraan hidup bersama.

Majlis yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi dimulakan

dengan kehadiran VIP diikuti oleh ucapan daripada CEO

Bursa Malaysia, wakil JLN dan DBKL. Dalam ucapan CEO

Bursa Malaysia, beliau menyatakan pengharapan agar

kerjasama yang terjalin antara agensi yang terlibat akan

berterusan terutamanya dalam usaha-usaha memelihara

alam sekitar pada masa akan datang. Majlis bersurai

pada pukul 11.30 pagi setelah kesemua 300 batang

pokok telah ditanam.

4

2nd_Issue.indd 4

12/10/2009 3:53:26 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!