03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

KURSUS ASAS

ANGGOTA BARU

SIRI 1/2009

Sebanyak dua siri kursus asas telah diadakan di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Siri kursus

pertama telah diadakan pada 20 hingga 29 April yang melibatkan seramai 140 orang peserta dari Gred 1 hingga

ke Gred 41. Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Haji Zaini bin Md Nor, Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah

memberikan kata-kata semangat serta nasihat yang berguna kepada anggota baru yang bakal berkhidmat di

Perbadanan.

Bertempat di kem yang sama juga, seramai 161 orang anggota baru Pembantu dan Pegawai Penguatkuasa

Perbadanan telah melapor diri. Anggota-anggota ini telah berkursus selama 10 hari bermula dari 4 hingga 13 Mei

2009. Sepanjang kursus ini, para anggota telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai aspek perundangan,

prosedur dan proses kerja penguatkuasaan dan kawal selia yang bertujuan untuk melengkapkan diri anggota

sebelum mereka memulakan tugas. Majlis Penutup dan Tamat Latihan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan. Pada majlis itu juga, beliau telah menyampaikan anugerah dan sijil kepada para anggota.

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

BERSAMA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

JPN telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua

Pengarah bersama semua pegawai dan kakitangan pada

14 Ogos 2009 (Jumaat) bertempat di Dewan DRB, Blok K,

Pusat Bandar Damansara.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan

kakitangan JPN. Melalui ucapannya kepada semua

pegawai dan kakitangan, YBhg Dato’ Yaakop bin Fakir

Mohd, Ketua Pengarah JPN telah menekankan agar

semua pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi

waktu bekerja yang telah ditetapkan, menjalankan semua

tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan

serta tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja yang

perlu dilaksanakan. Selain itu, beliau turut menyatakan

bahawa JPN merupakan salah satu jabatan yang menjadi

nadi kepada keberkesanan pelaksanaan dasar dan

program bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT).

Seterusnya, beliau juga telah mengingatkan agar semua

pegawai dan kakitangan JPN berhati-hati dengan wabak

Influenza A H1N1 yang sedang melanda negara kita dan

mengamalkan cara hidup yang sihat sepertimana yang

ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau

juga turut memaklumkan bahawa Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) akan melaksanakan penilaian Star Rating

di JPN pada bulan Februari atau Mac 2010. Beliau

mengharapkan agar semua pegawai dan kakitangan

bekerjasama dalam penyediaan segala keperluan bagi

penilaian tersebut. Akhirnya, beliau mengucapkan

tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan

kakitangan yang terlibat dalam Audit Pengawasan MS

ISO 9001:2008 yang telah berlangsung dengan jayanya

pada 29 hingga 30 Julai 2009. JPN tidak menerima

sebarang laporan ketidakakuran (Non Conformance

Report - NCR) atau pemerhatian (observation) daripada

pihak audit.

Majlis tersebut juga telah memperkenalkan seramai

25 pegawai dan kakitangan yang baru melapor diri

di JPN sepanjang bulan Jun hingga Ogos 2009. JPN

mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas

kepada semua pegawai dan kakitangan baru.

17

2nd_Issue.indd 17

12/10/2009 3:54:38 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!