03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

AMALAN

P P S P P A

Amalan 5S merupakan salah satu daripada

inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha

untuk menerapkan budaya penambahbaikan di

kalangan warga Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Amalan

5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang

berkualiti, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan

persekitaran kerja yang bersih di dalam organisasi.

Perbadanan telah mengadakan Kursus 5S selama

dua hari di Ibu Pejabat Perbadanan bagi memberi

pemahaman yang menyeluruh mengenai budaya 5S

kepada warga kerjanya. Para peserta telah didedahkan

dengan falsafah, faedah dan pelaksanaan 5S. Para

peserta ini seterusnya membimbing warga kerja yang

lain untuk melaksanakan 5S di setiap bahagian, ibu

pejabat negeri dan pejabat cawangan. Bagi memastikan

keberkesanan amalan 5S ini, satu proses pengauditan

telah dijalankan bagi memastikan pelaksanaan 5S di

Perbadanan adalah mengikut standard dan piawaian

yang telah ditetapkan.

Bagi menambahbaik sistem 5S, Perbadanan telah

memperkenalkan Sistem 6S yang merupakan

tambahan kepada elemen sedia ada, iaitu “Selamat”.

Elemen ini bertujuan untuk melahirkan sikap prihatin

terhadap persekitaran ruang kerja yang selamat di

kalangan warga kerja Perbadanan. Elemen selamat

adalah berdasarkan kepada garis panduan kemudahan

akses bangunan, penyimpanan fail-fail, kawalan

peralatan pejabat/aset, pegawai keselamatan bahagian

dan kawalan kunci keselamatan. Amalan selamat dapat

memastikan tahap keselamatan persekitaran ruang kerja

berada dalam keadaan terkawal dan bebas daripada

kehilangan, kecurian, pencerobohan dan kemalangan.

16

2nd_Issue.indd 16

12/10/2009 3:54:37 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!