03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

Adalah menjadi impian setiap rakyat Malaysia untuk

memiliki rumah mereka sendiri. Perkara ini jugalah yang

diambil perhatian oleh JPN selaras dengan objektif

JPN iaitu menyediakan penempatan manusia yang

lebih sempurna melalui penggubalan dan pelaksanaan

dasar serta program pembangunan perumahan yang

lengkap, selamat dan tersusun. Di antara produk utama

JPN adalah Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah. Skim ini telah diwujudkan pada

tahun 1975 bagi membantu golongan berpendapatan

rendah mempunyai rumah sendiri di tanah mereka.

Objektif pinjaman ini selain memberikan kemudahan

pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah

adalah sebagai batu loncatan kepada golongan bukan

penjawat awam untuk memiliki rumah mereka.

Golongan sasaran skim ini adalah terbuka kepada

semua warganegara Malaysia yang berumur di antara

18 hingga 48 tahun dan berpendapatan di antara

RM500.00 sehingga RM1,200.00 sebulan. Buat masa kini,

skim ini menawarkan pinjaman maksimum sebanyak

RM20,000.00 dengan 4% caj pentadbiran dikenakan

pada RM10,000.00 yang kedua. Tempoh maksimum

pinjaman adalah 20 tahun. Selain itu, pemohon juga

perlu mempunyai tapak bagi pembinaan rumah serta

tanah bagi urusan gadaian. Skim Pinjaman Perumahan

Untuk Golongan Berpendapatan Rendah di JPN ini

adalah di antara skim yang terawal di Malaysia dalam

memberikan pinjaman kepada golongan berpendapatan

rendah. Skim ini adalah aspirasi dari Rancangan Malaysia

Ketiga yang antara lain adalah untuk memastikan

setiap warganegara Malaysia memiliki rumah. Aspirasi

ini telah diteruskan sehingga kini dan seramai 7,614

peminjam Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah telah mendapat kemudahan

pinjaman ini. Dengan jumlah bayaran balik yang

rendah dan kurang membebankan telah memberi lebih

banyak ruang bagi peminjam untuk meningkatkan

taraf hidup mereka. Hasil daripada pemerhatian, JPN

mendapati bahawa ramai peminjam telah mampu

untuk mengubahsuai rumah yang dahulunya dibina

berdasarkan pinjaman Skim Pinjaman Perumahan Untuk

Golongan Berpendapatan Rendah menjadi lebih selesa.

Walaupun kini terdapat beberapa skim lain yang telah

diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan

rendah, Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah tetap mempunyai keunikannya

tersendiri. Kebebasan yang diberi dalam mereka bentuk

rumah mereka sendiri memberikan peluang kepada

peminjam untuk mengubahsuai rumah mereka pada

masa akan datang apabila taraf hidup mereka telah

dapat ditingkatkan. Skim ini juga akan ditambahbaik lagi

pada masa akan datang dengan pemberian pinjaman

maksimum yang lebih tinggi supaya rumah yang hendak

dibina lebih berkualiti dan selesa.

15

2nd_Issue.indd 15

12/10/2009 3:54:36 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!