03.01.2015 Views

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

Bilangan 02/2009

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BIL 2 MEI - OGOS 2009

YB MENTERI LANCAR

LOGO PPSPPA

Pada 28 April 2009, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan logo

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Majlis bersejarah ini berlangsung di Bilik Persidangan,

PPSPPA bersempena Lawatan Kerja YB Menteri ke Perbadanan ini. Logo yang diilhamkan oleh pereka PPSPPA, Puan

Sharifah Samiah bt Syed Azaha dari Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam ini adalah bertemakan

kepingan bilah pisau yang digunakan di dalam proses kitar semula. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Timbalan

Menteri KPKT, YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim bin Hj Ukin, KSU KPKT, YBhg Dato’ Ahmad bin Hj. Kabit; TKSU Dasar

dan Pembangunan KPKT, YBhg Datuk Yeo Heng Hau; Ketua Pengarah JPSPN, YBhg Dato Dr Nadzri bin Yahaya serta

delegasi dari KPKT dan JPSPN.

2nd_Issue.indd 1

12/10/2009 3:53:08 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Perutusan Ketua Setiausaha

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

BIL 2 MEI - OGOS 2009

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur

ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan

kurniaNya, buletin Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Edisi

2 Tahun 2009 kembali menemui kita.

Harapan saya dengan penerbitan buletin

ini akan menjadikan warga KPKT lebih

peka dengan perkembangan Kementerian

di samping hubungan silaturrahim dapat dikekalkan di kalangan

kita.

Pada 11 Julai 2009,sempena genap 100 hari perkhidmatan

YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia

ke-6, beliau telah mengumumkan enam Bidang Keberhasilan

Utama Nasional (NKRA). Beliau turut mengutarakan Key

Performance Indicator atau Petunjuk Prestasi Utama ringkasnya

KPI, yang akan menjadi piawai kepada pencapaian anggota

pentadbiran dan penjawat awam. Keenam-enam bidang itu ialah

mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf

hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana

luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan

awam dalam jangka masa sederhana. Sebab utama NKRA

dan KPI diperkenalkan adalah bagi memastikan elemen

kebertanggungjawaban yang serius wujud di kalangan anggota

pentadbiran dan juga penjawat awam. Rasionalnya, penjawat

awam akan lebih bermotivasi dalam memberi perkhidmatan yang

terbaik kepada rakyat selaku klien utama kerajaan.

NKRA ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan

YAB Dato‘ Sri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk

melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu

tinggi kepada rakyat. Dengan adanya NKRA ini rakyat boleh

menilai keberkesanan kepimpinan Kerajaan secara adil dan

sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi sematamata.

Ini membolehkan perkhidmatan awam bahkan anggota

pentadbiran dinilai secara menyeluruh dari aspek kuantitatif dan

kualitatif. NKRA juga merupakan manifestasi Kerajaan dalam

meletakkan mandat dan amanah rakyat di kedudukan tertinggi

dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia : Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Akhir kata, saya amat berharap setiap warga KPKT dapat

bersama-sama memberi sumbangan dan membantu Kerajaan

dalam merealisasikan konsep ini di samping meningkatkan mutu

perkhidmatan dan pentadbiran KPKT. Kepimpinan tidak akan

bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian.

Dato’ Ahmad bin Haji Kabit

Ketua Setiausaha

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB MENTERI LANCAR

LOGO PPSPPA

Pada 28 April 2009, YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan logo

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Majlis bersejarah ini berlangsung di Bilik Persidangan,

PPSPPA bersempena Lawatan Kerja YB Menteri ke Perbadanan ini. Logo yang diilhamkan oleh pereka PPSPPA, Puan

Sharifah Samiah bt Syed Azaha dari Bahagian Pengurusan Korporat dan Perhubungan Awam ini adalah bertemakan

kepingan bilah pisau yang digunakan di dalam proses kitar semula. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Timbalan

Menteri KPKT, YB Datuk Seri Panglima Hj. Lajim bin Hj Ukin, KSU KPKT, YBhg Dato’ Ahmad bin Hj. Kabit; TKSU Dasar

dan Pembangunan KPKT, YBhg Datuk Yeo Heng Hau; Ketua Pengarah JPSPN, YBhg Dato Dr Nadzri bin Yahaya serta

delegasi dari KPKT dan JPSPN.

Sidang Pengarang

Penasihat

YBhg Dato’ Ahmad bin Haji Kabit

Timbalan Penasihat

YBhg Datuk Yeo Heng Hau

Ketua Pengarang

Puan Jessylina binti Mat Lazim

Ahli-Ahli

Bahagian Dasar

Bahagian Inspektorat

Bahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan Perolehan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Korporat

Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek

Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai

Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Undang-undang

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jabatan Kerajaan Tempatan

Jabatan Landskap Negara

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Jabatan Perumahan Negara

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Unit Audit Dalam

Institut Latihan KPKT

Kami amat mengalu-alukan sumbangan tulisan

daripada warga KPKT. Sumbangan tulisan hendaklah

dikemukakan ke:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel : 03-2099 2403

Faks : 03-2095 6523

E-mel : pro@kpkt.gov.my

2

2nd_Issue.indd 2

12/10/2009 3:53:10 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Pelancaran Kempen

H1N1

Pelancaran Majlis Program Kempen Kebersihan

Tandas bagi Menangani Influenza A (H1N1) Peringkat

Kebangsaan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian

Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani masalah

penularan wabak Influenza A (H1N1) di Malaysia.

Pelancaran kempen ini diadakan di Sunway Pyramid

Convention Centre pada 20 Julai 2009 dan dirasmikan

oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan

Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin. Kempen

ini dihadiri sebanyak 1,300 orang yang terdiri daripada

pegawai-pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),

kontraktor pembersihan dan penyenggaraan tandas

awam, pelajar-pelajar universiti serta pihak yang

berminat.

MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN DAN

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MERAPATKAN JURANG DIGITAL

Majlis Penyerahan Geran Tahunan Kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri

Johor dan Majlis Perasmian Program Merapatkan Jurang Digital (BDD) Kampung

Baru Pekan Nanas telah diadakan pada 14 Julai 2009 di Pusat BDD Kampung

Baru Pekan Nanas, Pejabat Majlis Daerah Pontian, Cawangan Pekan Nanas,

Pontian, Johor dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Penglima Haji Lajim

bin Haji Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program Merapatkan Jurang Digital atau Bridging Digital Divide merupakan

program yang dilaksanakan oleh KPKT untuk memberi kemudahan dan

keperluan bagi golongan miskin bandar yang tidak memperoleh pengetahuan,

maklumat dan faedah dalam bidang ICT supaya dapat memanfaatkan peluang

yang ada dan seterusnya mengurangkan jurang digital untuk pembangunan

diri dan seterusnya meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan dan kualiti

hidup. Pemilihan Majlis Daerah Pontian sebagai tapak program BDD adalah

kerana ianya memperoleh keseimbangan dari segi masyarakat majmuk dan

memenuhi keperluan pelaksanaan program seperti mana yang ditetapkan.

Bersempena dengan majlis ini, bantuan berjumlah RM232,284.00 turut

disampaikan kepada 11 keluarga miskin bandar merangkumi bantuan sewa

rumah, bayaran kos dialisis buah pinggang, bantuan kemasukan ke sekolah

dan sebagainya.

Turut disampaikan Geran Tahunan berjumlah RM 236.4 juta kepada semua

PBT negeri Johor selaras sebagai pemberian di bawah Akta Pemberian Kepada

Kerajaan Negeri (Penyelenggaraan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan) 1981 (Akta

245) sebagai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan.

3

2nd_Issue.indd 3

12/10/2009 3:53:16 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Lawatan Delegasi

Ministry of Housing and Rural Development

Negara Bangladesh ke Jabatan Kerajaan Tempatan

Lawatan ini telah diadakan pada 21 Ogos 2009 bertujuan untuk melihat inisiatif Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

dalam merapatkan jurang digital di antara PBT di Malaysia melalui pelaksanaan Sistem ePBT dan pungutan cukai.

JKT selaku tuan rumah telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, Encik Halimi bin Abd Manaf dan

disertai oleh pegawai-pegawai JKT serta dibantu oleh Bahagian Korporat, KPKT. Taklimat ePBT juga turut dijayakan

dengan bantuan Encik Aznul Nizam bin Nasir selaku Pengarah ICT JKT. Delegasi turut menanyakan berkaitan dengan

tadbir urus PBT dan juga berkaitan dengan polisi dan undang-undang. Persoalan ini telah diperjelaskan oleh Puan

Noraini binti Salleh, pegawai dari Bahagian Dasar JKT. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati serta jamuan

makan tengah hari. Wakil Delegasi Negara Bangladesh ini mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra JKT dan

memaklumkan bahawa hasil lawatan ini adalah berguna bagi mereka dalam mentadbir beratus-ratus PBT.

KEMPEN TANAM POKOK JABATAN LANDSKAP NEGARA (JLN) BERSAMA

YAYASAN ANAK WARISAN ALAM (YAWA), BURSA MALAYSIA DAN

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Kempen Menanam Pokok yang dianjurkan

oleh JLN semenjak tahun 1997 bertujuan untuk

mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan

pokok bagi mengekalkan tahap kehijauan, kualiti

landskap dan alam sekitar yang menyumbang kepada

persekitaran kehidupan yang sihat, selamat, sejahtera

dan indah di seluruh negara. Bertitik tolak daripada

matlamat tersebut, JLN telah mengadakan kerjasama

menganjurkan aktiviti menanam pokok dengan pihak

YAWA, Bursa Malaysia dan DBKL pada 16 Mei 2009

bertempat di Taman Awam Metropolitan Kepong, Kuala

Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg

Dato’ Yusli bin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Bursa

Malaysia.

Aktiviti ini melibatkan penanaman sebanyak 300 spesis

pokok hutan dan buah-buahan nadir oleh kakitangan

JLN, Bursa Malaysia, DBKL, YAWA dan sebahagian

besarnya ditanam oleh pelajar-pelajar sekolah. Pokok

yang ditanam pada majlis berkenaan adalah sumbangan

daripada JLN. Apa yang membanggakan pada majlis

berkenaan adalah penyertaan yang ramai daripada

pelajar sekolah untuk menanam pokok. Sesungguhnya

perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang positif

dalam mendidik generasi muda terutamanya tentang

tanggungjawab mereka dalam memelihara pokok demi

kesejahteraan hidup bersama.

Majlis yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi dimulakan

dengan kehadiran VIP diikuti oleh ucapan daripada CEO

Bursa Malaysia, wakil JLN dan DBKL. Dalam ucapan CEO

Bursa Malaysia, beliau menyatakan pengharapan agar

kerjasama yang terjalin antara agensi yang terlibat akan

berterusan terutamanya dalam usaha-usaha memelihara

alam sekitar pada masa akan datang. Majlis bersurai

pada pukul 11.30 pagi setelah kesemua 300 batang

pokok telah ditanam.

4

2nd_Issue.indd 4

12/10/2009 3:53:26 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA

GIAT MENGURANGKAN PENGGUNAAN BEKAS POLISTIRENA

Isu pencemaran alam sekitar seringkali dipandang

remeh oleh masyarakat di negara kita. Sikap tidak

prihatin dan mengambil mudah kebanyakan individu

telah mengakibatkan bumi yang kita diami dewasa ini

kian tenat dengan longgokan sampah sarap dan sisa

domestik. Penambahan sampah sarap dan sisa domestik

memberikan impak langsung terhadap pencemaran

alam sekitar dan seterusnya membawa kepada penularan

penyakit berbahaya kepada manusia.

Atas kesedaran ini, semua warga Jabatan Pengurusan

Sisa Pepejal Negara (JPSPN),

mulai 1 Julai 2009 telah diminta

menggunakan bekas makanan

sendiri ketika membeli makanan.

Langkah ini diambil bagi

mengurangkan bukan

sahaja sisa buangan

bekas polistirena tetapi

bahan pembungkus

plastik lain yang

merupakan sisa pepejal

yang sukar dilupuskan

serta menangani

masalah kesihatan yang

berpunca daripada

penggunaan polistirena.

Polistirena atau

polisterin merupakan

sejenis bahan polimer

yang digunakan untuk

menghasilkan bekas

pembungkus makanan

dan minuman. Ia

berwarna putih dan

banyak digunakan

oleh premis-premis

perniagaan makanan

untuk membungkus makanan serta minuman.

Polistirena merupakan bahan yang sukar dilupus iaitu

mengambil masa anggaran kira-kira 500 tahun untuk

mereput sepenuhnya. Kandungan bahan stirena yang

terdapat di dalamnya juga boleh menyebabkan risiko

penyakit barah terhadap manusia terutamanya kepada

sistem pencernaan, sel darah dan hati. Kesimpulannya,

penggunaan polistirena bukan sahaja memberikan

kesan buruk terhadap alam sekitar malahan juga kepada

kesihatan manusia.

Maklum balas positif telah diterima dari kalangan

pengusaha premis makanan di kawasan sekitar Pusat

Bandar Damansara terhadap amalan warga JPSPN

membawa bekas makanan sendiri bagi menggantikan

penggunaan bekas pembungkus makanan polistirena.

Ini jelas menunjukkan keprihatinan kakitangan JPSPN

terhadap isu alam sekitar. Walaupun ia dimulakan secara

kecil-kecilan di peringkat JPSPN, namun adalah menjadi

harapan agar kesedaran dan amalan baik ini disebarkan

kepada ahli keluarga, rakan sejawat dan masyarakat

secara umumnya kelak.

“Pelaksanaan arahan ini amat

baik dan ianya bertepatan

dengan salah satu objektif

jabatan iaitu mewujudkan

sistem pengurusan sisa pepejal

yang lestari supaya kesihatan

awam terjamin, alam sekitar

dilindungi dan sumber

alam terpelihara”, komen

Puan Roslaila binti

Abdullah, Penolong

Akauntan JPSPN. “Saya

amat menyokong usaha

yang disarankan oleh

jabatan, memandangkan

ia pasti memberi impak

yang positif kepada

kesihatan diri dan sekali

gus dapat memulihara

alam sekitar”, ujar Puan

Malissa Linda binti Zainal

Abidin, Pembantu Tadbir

Kewangan JPSPN.

Usaha murni JPSPN ini

boleh dijadikan contoh

oleh segenap lapisan masyarakat sebagai salah satu

cara memelihara dan memulihara alam sekitar untuk

generasi yang akan datang. Selaras dengan itu, pihak

JPSPN menyeru supaya seluruh kakitangan KPKT dan

juga orang ramai agar mengambil langkah positif untuk

menggunakan bekas makanan sendiri ketika membeli

bungkus makanan dan mengelakkan penggunaan

polistrirena. Ingat, langkah pertama adalah bermula

daripada diri anda.

5

2nd_Issue.indd 5

12/10/2009 3:53:28 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PELAKSANAAN NOMBOR MYKAD SEBAGAI

NOMBOR RUJUKAN TUNGGAL (MyID)

DI AGENSI SEKTOR AWAM

“Untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor

awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan

dan berani membuat perubahan.”

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Bayangkan....dalam kehidupan seharian dengan cuaca yang panas, kesesakan lalu lintas, udara yang berjerebu, Virus

H1N1 dimana-mana.....kita dibebani dengan paksaan untuk mengingati semua nombor-nombor di atas. Alangkah

mudahnya kalau kita hanya perlu bawa satu nombor yang mewakili pengenalan diri, hanya satu nombor yang perlu

diingati dan satu nombor yang akan diminta walau ke mana kaunter pun kita pergi…... Selaras dengan konsep

“1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pegawai-pegawai di Sektor Awam sangat kreatif dan

inovatif dalam meningkatkan 110% kemudahan dan keselesaan kepada rakyat. Wow... mungkin inilah satu caranya!!!!.

Dalam cuaca yang panas, kesesakan dan lain-lain, rakyat masih mampu tersenyum.... Waahhh, AKU HANYA PERLU

INGAT SATU NOMBOR SAHAJA!!!!!

Atas dasar inilah, YBhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan supaya nombor MyKad dijadikan sebagai

Nombor Rujukan Tunggal yang dikenali sebagai MyID bagi perkhidmatan Kerajaan yang memerlukan nombor

rujukan apabila warganegara Malaysia berurusan sebagai individu. Pelaksanaan MyID ini pula telah ditetapkan

mulai 1 September 2009. Apakah peranan dan tindakan kita sebagai warga Kementerian

Bagi memastikan perlaksanaan MyID berjaya dilaksanakan, setiap jabatan dan bahagian perlu melaksanakan

perkara-perkara berikut bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan warganegara Malaysia sebagai individu:

I. Memastikan kakitangan Kementerian meminta hanya nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila

warganegara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;

II.

III.

IV.

Memastikan hanya nombor MyKad yang perlu diisi oleh warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan

lain dalam borang yang disediakan oleh Kementerian;

Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warganegara Malaysia akses atau menjalankan

carian dalam perkhidmatan online Kementerian;

Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan;

dan

V. Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan

MyID.

Oleh itu, wahai warga KPKT... jangan lupa kita wajib laksanakan semua tindakan di atas mulai 1 September 2009.

Tapi ingat!!! arahan ini untuk urusan sebagai individu sahaja, jangan pula kita minta nombor MyKad semasa

berurusan dengan syarikat pula. Diharapkan pelaksanaan ini akan menyokong perkhidmatan awam dalam usaha

meningkatkan kecekapan yang akan menghasilkan Kerajaan yang produktif dan memberi kesan positif untuk

rakyat. Bersamalah kita meningkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan supaya lebih efektif dan

efisien ke arah aspirasi mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

6

2nd_Issue.indd 6

12/10/2009 3:53:30 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PERBARISAN TAHUNAN

JABATAN BOMBA DAN

PENYELAMAT MALAYSIA 2009

Pada 20 Januari 2009, Perbarisan Tahunan

2009 telah diadakan di Dataran Kawad Ibu

Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Malaysia.

Dalam ucapan sempena perbarisan

tersebut, YAB Dato’ Hamzah bin Abu

Bakar menekankan agar warga Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

memperkemaskan dan memperbaiki

lagi mutu dan sistem penyampaian

perkhidmatan jabatan kepada masyarakat.

Selain itu warga JBPM juga digalakkan

untuk menanam dan menyuntik tekad

bagi memajukan jabatan dan beriltizam

untuk meningkatkan produktiviti kerja

masing-masing.

Beliau juga turut menegaskan bahawa

dalam persekitaran dunia yang semakin

dinamik pada masa kini, sistem

penyampaian berkesan adalah merupakan

elemen yang mendesak dan menuntut

setiap agensi Kerajaan berperanan lebih

cekap dan cepat bagi menambah baik

sistem yang sedia ada.

Bersempena dengan perbarisan kali ini,

JBPM telah melakarkan satu lagi sejarah

iaitu dengan menandatangani satu

Memorandum Of Understanding (MOU)

bersama Institut Integriti Malaysia. Ianya

sebagai menyatakan komitmen jabatan

ke arah meningkatkan integriti dan

sekaligus menzahirkan hasrat jabatan

untuk memerangi gejala negatif seperti

rasuah dan penyalahgunaan kuasa

sehingga ke akar umbinya. Selain itu

bagi meningkatkan lagi prestasi jabatan

dan untuk mengukur tahap kepuasan

pelanggan, maka suatu sistem pengukuran

berasaskan star rating akan dilaksanakan

di JBPM pada tahun ini. Ianya juga selaras

dengan amalan antarabangsa, di mana

setiap perkhidmatan dibuat penilaian

berdasarkan data sebenar.

Pada perbarisan tahunan kali ini juga

jabatan turut merasa bangga dengan

kejayaan KMK Pahang kerana telah

mendapat anugerah KSN di Sarawak dan

KMK Johor yang mendapat anugerah dari

MAMPU pada tahun 2008.

Dalam pada masa yang sama, Perbarisan

Tahunan 2009 turut menyelitkan

pengurniaan anugerah khas kepada

media massa yang telah menaikkan

nama JBPM sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Penerima anugerah

adalah terdiri daripada Penerbit Program

999 di TV3 iaitu Encik Abd Halim bin Md.

Din dan Encik Safeek Affendy bin Razali

yang merupakan Wartawan Jenayah dan

Bencana Alam RTM.

Bersesuaian dengan prinsip JBPM

membantu mereka yang berada dalam

kesusahan, jabatan telah melancarkan

kutipan derma untuk mangsa kekejaman

di Gaza. Jumlah yang berjaya dikumpul

adalah sebanyak RM 22,726.00. Kutipan

telah dilakukan di setiap JBPM di seluruh

negara.

7

2nd_Issue.indd 7

12/10/2009 3:53:37 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

SEHARI BERSAMA PELANGGAN JABATAN

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA (JBPD SM)

Sehari Bersama Pelanggan JPBD bagi Bulan Ogos telah

diadakan pada 18 Ogos 2009 di Ruang Legar, KL Sentral, Kuala

Lumpur dari pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Seramai 52

pelanggan daripada pelanggan dalam dan luar negara telah

menghadiri pameran Sehari Bersama Pelanggan seperti dari

Pakistan, Singapura, IPTA, IPTS, DUKE, MAXIS, CELCOM dan JKR.

Antara perkara yang diutarakan oleh pelanggan adalah:

1. Pelanggan mendapatkan kepastian bagi mencapai

maklumat yang berkaitan dengan guna tanah di kawasan

masing-masing melalui laman web JPBD;

2. Penyertaan pelanggan dalam perancangan

pembangunan di kawasan masing-masing; dan

3. Berminat untuk mengetahui lebih terperinci Landuse

Portal Jabatan dan capaian mudah untuk carian

maklumat.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 telah diadakan pada 4 Jun 2009 di Institut Kefahaman Islam

Malaysia (IKIM) dan dirasmikan oleh KSU KPKT, YBhg Dato’ Ahmad bin Hj. Kabit. Pada majlis ini, seramai 43 pegawai

telah menerima anugerah bagi perkhidmatan cemerlang tahun 2008. Selain itu, seramai 21 orang pegawai yang

berkhidmat melebihi 30 tahun dan empat orang pesara telah menerima sijil penghargaan yang disampaikan

oleh YBhg Dato’ Ketua Pengarah JPBD SM. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan iaitu

YBhg Datuk Arpah bt. Abdul Razak.

8

2nd_Issue.indd 8

12/10/2009 3:53:38 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Ahli Jawatankuasa MPFN

MAJLIS PERANCANG

FIZIKAL NEGARA (MPFN)

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah ditubuhkan pada tahun 2003 selaras dengan pindaan Akta Perancangan

Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) pada tahun 2001 sebagai satu usaha untuk menangani masalah pasaran dalam

sektor hartanah dan penyelarasan di antara kerajaan pusat dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam

hal ehwal perancangan bandar dan desa. Sehingga kini, sebanyak 10 kali mesyuarat telah bersidang sejak 2003 dan

terkini telah diadakan pada 23 Julai 2009 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Pengerusi, YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana

Menteri Malaysia. MPFN ini diurusetiakan oleh JPBD SM dan Ketua Pengarah JPBD SM merupakan Setiausaha MPFN.

Beberapa perkara telah dibentangkan di MPFN ini iaitu :-

1. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN);

2. Rancangan Fizikal Negara (RFN);

3. Peranan Dan Status Pelaksanaan Rancangan Tempatan;

4. Cadangan Pembangunan Taman Industri Minyak, Gas Dan Maritim Di Tanjung Agas, Daerah Pekan, Pahang

Darul Makmur Mengikut Perenggan 2a(2)(B) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);

5. Cadangan Tebus Guna Laut Seluas 2,000 Ekar (809.39 Hektar) Di Persisiran Pantai Mersing, Johor Darul Takzim

Bagi Tujuan Pembangunan Bercampur Di Bawah Perenggan 2a(2)(B) Akta Perancangan Bandar Dan Desa

1976(Akta 172);

6. Cadangan Pembangunan Kuantan Hi-Tech Park Di Atas Lot 035696, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan,

Pahang Mengikut Perenggan 2a(2)(B) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); dan

7. Cadangan Melaksanakan Projek Merangkumi Saluran Paip Dan Penyetoran Minyak Mentah, Terminal Minyak

Dan Janakuasa Elektrik (Dan Prasarana Pasaran Modal Minyak Mentah) Mengikut Perenggan 2a(2)(B), Akta

Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Akta 172).

Mesyuarat dipengerusikan oleh

YAB Perdana Menteri Malaysia

9

2nd_Issue.indd 9

12/10/2009 3:53:38 PM

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

2 MEI 2009

PERHIMPUNAN HARI PEKERJA 2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

10 MEI 2009

LARIAN BERSAMA BOMBA SEMPENA HARI ANGGOTA BOMBA 2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

14 MEI 2009

LAWATAN TAPAK INTITUSI LATIHAN KPKT

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

28 MEI 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008 & PERHIMPUNAN BULANAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

2nd_Issue.indd 10

12/10/2009 3:54:19 PM

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

13 JULAI 2009

MAJLIS LAWATAN YBM KPKT KE WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR JOHOR BAHRU

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

20 JULAI 2009

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KEBERSIHAN AWAM BAGI MENANGANI PANDEMIK INFLUENZA A (H1N1)

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

27 JULAI 2009

MAJLIS LUNCHEON TALK SERIES 22009 GREEN BUILDING INDEX

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

KPKT

2009

4 OGOS 2009

WORKCAMP KRA-KPI KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2nd_Issue.indd 11

12/10/2009 3:54:25 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

Pegawai- pegawai kanan yang

telah menghadiri MPK Kali ke 23

MESYUARAT PEGAWAI KANAN

PERANCANG BANDAR DAN DESA KALI KE-23 (MPK)

Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar dan Desa (MPK) kali ke-23 yang

merupakan mesyuarat tahunan bagi semua Pegawai Kanan Perancang Bandar dan

Desa di peringkat Persekutuan, Negeri dan PBT telah diadakan pada 24-27 Jun 2009.

Mesyuarat yang diadakan di Hotel Awana Porto Malai Langkawi ini telah dihadiri

seramai 153 orang daripada JPBD SM, JPBD Negeri, PBT, IPTA dan Agensi-agensi

Teknikal. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Yeo Heng Hau (TKSU

Dasar dan Pembangunan KPKT) mewakili YB Menteri Perumahan dan Kerajaan

Tempatan. Sebanyak lima kertas kerja, dua kertas makluman dan satu kertas taklimat

telah dibentang di mesyuarat ini iaitu :-

Kertas Kerja:

1. Program Bandar Selamat — Inisiatif oleh Malaysian Crime Prevention

Foundation (MCPF) oleh YBhg Tan Sri Lee Lam Thye.

2. People Centric Approaches in Planning oleh Dr. Osman bin Mohd Yusof.

3. Perancangan bagi Sekuriti Makanan oleh Encik Mohd Salimi bin Sajari.

4. Garis Panduan Perancangan Pembangunan Bukit, Tanah Tinggi dan Kawasan

Sekitarnya oleh Encik Muhammad Ridzuan bin Arshad.

5. Penilaian Pematuhan Rancangan Tempatan oleh Encik Mohd Nasir bin Dato’

Shaari.

Kertas Makluman:

1. Garis Panduan Papan Iklan oleh Encik Mohd Jamil bin Ahmad.

2. Garis Panduan Perancangan dan Kawalan Operasi Premis Burung Walet oleh

Tn. Hj. Isa bin Jaafar.

Taklimat:

1. High Impact Leadership oleh Mr. Heera Singh dari HEERA Training and

Management Consultancy.

2. Lawatan ke KILIM Geoforest Park turut diadakan pada 25 Jun 2009.

12

2nd_Issue.indd 12

12/10/2009 3:54:26 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PELANCARAN BULETIN JPBD

Bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan bulan April pada 7 Mei 2009, JPBD SM buat pertama kalinya

telah melancarkan Buletin JPBD SM. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Fadzil Hj.

Mohd Khir, Ketua Pengarah JPBD SM. Buletin JPBD SM ini turut diedarkan kepada pegawai-pegawai yang hadir di

perhimpunan tersebut.

AUDIT PENGAWASAN MS ISO 9001:2008

JABATAN PERUMAHAN NEGARA (JPN)

JPN telah menerima pensijilan MS ISO 9001:2000

daripada Badan Pensijilan Moody International

Certification (Malaysia) Sdn Bhd pada 4 September

2008 bagi skop Pengurusan Pengeluaran Lesen dan

Penguatkuasaan Pemajuan Perumahan serta Skim

Pinjaman Perumahan.

Pada 29 dan 30 Julai 2009 yang lalu, Moody International

Certification (Malaysia) Sdn Bhd telah menjalankan Audit

Pengawasan (Surveillance Audit) MS ISO 9001:2008 di

JPN. Melalui audit yang telah dijalankan, tiada sebarang

laporan ketidakakuran (Non Conformance Report – NCR)

dan pemerhatian (observation) yang dikemukakan oleh

pihak audit kepada JPN. Sekalung penghargaan kepada

semua Pengarah Bahagian dan pegawai/kakitangan

yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan audit pengawasan ini.

Selain itu, Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan MS ISO

9001:2008 JPN telah bersetuju untuk memperluaskan

skop pensijilan yang akan merangkumi semua bahagian

dan unit di JPN.

13

2nd_Issue.indd 13

12/10/2009 3:54:27 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PAMERAN MAPEX

SEMPENA EKSPO HARTANAH

MALAYSIA (MAPEX)

JPN telah menerima jemputan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia

(REDHA) sebagai pihak penganjur untuk turut sama memeriahkan Ekspo Hartanah Malaysia

(MAPEX) 2009 pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 yang lalu. Pameran dan Ekspo MAPEX

telah berlangsung di Mid Valley Exibition Centre, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dan

perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan.

Konsep pameran JPN pada kali ini terbahagi kepada tiga iaitu informasi berkaitan organisasi JPN

dan KPKT, panduan kepada pembeli rumah serta panduan kepada pemaju perumahan. JPN

telah bekerjasama dengan Unit Senibina, Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek

untuk menyediakan artwork bagi pameran kali ini. Pelbagai informasi yang berguna kepada

semua pengunjung telah disediakan dan disalurkan melalui brosur, booklet seperti Projek

di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), panduan membeli rumah, hak-hak pembeli,

tanggungjawab penduduk di kediaman bertingkat, Skim Pinjaman Perumahan dan lain-lain

lagi. Selain itu, maklumat juga disampaikan oleh petugas-petugas yang terdiri daripada kalangan

pegawai dan kakitangan JPN. JPN mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang

terlibat dalam menjayakan pameran ini.

PAMERAN MAPEX

NEGERI SEMBILAN 2009

Pameran ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan

Malaysia (REHDA) cawangan Negeri Sembilan pada 22 sehingga 24 Mei 2009

bertempat di Seremban Parade, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Siow Chen Pin, Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kampung Baru

dan Pengangkutan Awam pada 22 Mei 2009.

14

2nd_Issue.indd 14

12/10/2009 3:54:32 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH

Adalah menjadi impian setiap rakyat Malaysia untuk

memiliki rumah mereka sendiri. Perkara ini jugalah yang

diambil perhatian oleh JPN selaras dengan objektif

JPN iaitu menyediakan penempatan manusia yang

lebih sempurna melalui penggubalan dan pelaksanaan

dasar serta program pembangunan perumahan yang

lengkap, selamat dan tersusun. Di antara produk utama

JPN adalah Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah. Skim ini telah diwujudkan pada

tahun 1975 bagi membantu golongan berpendapatan

rendah mempunyai rumah sendiri di tanah mereka.

Objektif pinjaman ini selain memberikan kemudahan

pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah

adalah sebagai batu loncatan kepada golongan bukan

penjawat awam untuk memiliki rumah mereka.

Golongan sasaran skim ini adalah terbuka kepada

semua warganegara Malaysia yang berumur di antara

18 hingga 48 tahun dan berpendapatan di antara

RM500.00 sehingga RM1,200.00 sebulan. Buat masa kini,

skim ini menawarkan pinjaman maksimum sebanyak

RM20,000.00 dengan 4% caj pentadbiran dikenakan

pada RM10,000.00 yang kedua. Tempoh maksimum

pinjaman adalah 20 tahun. Selain itu, pemohon juga

perlu mempunyai tapak bagi pembinaan rumah serta

tanah bagi urusan gadaian. Skim Pinjaman Perumahan

Untuk Golongan Berpendapatan Rendah di JPN ini

adalah di antara skim yang terawal di Malaysia dalam

memberikan pinjaman kepada golongan berpendapatan

rendah. Skim ini adalah aspirasi dari Rancangan Malaysia

Ketiga yang antara lain adalah untuk memastikan

setiap warganegara Malaysia memiliki rumah. Aspirasi

ini telah diteruskan sehingga kini dan seramai 7,614

peminjam Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah telah mendapat kemudahan

pinjaman ini. Dengan jumlah bayaran balik yang

rendah dan kurang membebankan telah memberi lebih

banyak ruang bagi peminjam untuk meningkatkan

taraf hidup mereka. Hasil daripada pemerhatian, JPN

mendapati bahawa ramai peminjam telah mampu

untuk mengubahsuai rumah yang dahulunya dibina

berdasarkan pinjaman Skim Pinjaman Perumahan Untuk

Golongan Berpendapatan Rendah menjadi lebih selesa.

Walaupun kini terdapat beberapa skim lain yang telah

diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan

rendah, Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan

Berpendapatan Rendah tetap mempunyai keunikannya

tersendiri. Kebebasan yang diberi dalam mereka bentuk

rumah mereka sendiri memberikan peluang kepada

peminjam untuk mengubahsuai rumah mereka pada

masa akan datang apabila taraf hidup mereka telah

dapat ditingkatkan. Skim ini juga akan ditambahbaik lagi

pada masa akan datang dengan pemberian pinjaman

maksimum yang lebih tinggi supaya rumah yang hendak

dibina lebih berkualiti dan selesa.

15

2nd_Issue.indd 15

12/10/2009 3:54:36 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

AMALAN

P P S P P A

Amalan 5S merupakan salah satu daripada

inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha

untuk menerapkan budaya penambahbaikan di

kalangan warga Perbadanan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). Amalan

5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang

berkualiti, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan

persekitaran kerja yang bersih di dalam organisasi.

Perbadanan telah mengadakan Kursus 5S selama

dua hari di Ibu Pejabat Perbadanan bagi memberi

pemahaman yang menyeluruh mengenai budaya 5S

kepada warga kerjanya. Para peserta telah didedahkan

dengan falsafah, faedah dan pelaksanaan 5S. Para

peserta ini seterusnya membimbing warga kerja yang

lain untuk melaksanakan 5S di setiap bahagian, ibu

pejabat negeri dan pejabat cawangan. Bagi memastikan

keberkesanan amalan 5S ini, satu proses pengauditan

telah dijalankan bagi memastikan pelaksanaan 5S di

Perbadanan adalah mengikut standard dan piawaian

yang telah ditetapkan.

Bagi menambahbaik sistem 5S, Perbadanan telah

memperkenalkan Sistem 6S yang merupakan

tambahan kepada elemen sedia ada, iaitu “Selamat”.

Elemen ini bertujuan untuk melahirkan sikap prihatin

terhadap persekitaran ruang kerja yang selamat di

kalangan warga kerja Perbadanan. Elemen selamat

adalah berdasarkan kepada garis panduan kemudahan

akses bangunan, penyimpanan fail-fail, kawalan

peralatan pejabat/aset, pegawai keselamatan bahagian

dan kawalan kunci keselamatan. Amalan selamat dapat

memastikan tahap keselamatan persekitaran ruang kerja

berada dalam keadaan terkawal dan bebas daripada

kehilangan, kecurian, pencerobohan dan kemalangan.

16

2nd_Issue.indd 16

12/10/2009 3:54:37 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

KURSUS ASAS

ANGGOTA BARU

SIRI 1/2009

Sebanyak dua siri kursus asas telah diadakan di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Siri kursus

pertama telah diadakan pada 20 hingga 29 April yang melibatkan seramai 140 orang peserta dari Gred 1 hingga

ke Gred 41. Majlis perasmian telah diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk Haji Zaini bin Md Nor, Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah

memberikan kata-kata semangat serta nasihat yang berguna kepada anggota baru yang bakal berkhidmat di

Perbadanan.

Bertempat di kem yang sama juga, seramai 161 orang anggota baru Pembantu dan Pegawai Penguatkuasa

Perbadanan telah melapor diri. Anggota-anggota ini telah berkursus selama 10 hari bermula dari 4 hingga 13 Mei

2009. Sepanjang kursus ini, para anggota telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai aspek perundangan,

prosedur dan proses kerja penguatkuasaan dan kawal selia yang bertujuan untuk melengkapkan diri anggota

sebelum mereka memulakan tugas. Majlis Penutup dan Tamat Latihan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif Perbadanan. Pada majlis itu juga, beliau telah menyampaikan anugerah dan sijil kepada para anggota.

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PENGARAH

JABATAN PERUMAHAN NEGARA

BERSAMA SEMUA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

JPN telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ketua

Pengarah bersama semua pegawai dan kakitangan pada

14 Ogos 2009 (Jumaat) bertempat di Dewan DRB, Blok K,

Pusat Bandar Damansara.

Majlis ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan

kakitangan JPN. Melalui ucapannya kepada semua

pegawai dan kakitangan, YBhg Dato’ Yaakop bin Fakir

Mohd, Ketua Pengarah JPN telah menekankan agar

semua pegawai dan kakitangan sentiasa mematuhi

waktu bekerja yang telah ditetapkan, menjalankan semua

tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan

serta tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja yang

perlu dilaksanakan. Selain itu, beliau turut menyatakan

bahawa JPN merupakan salah satu jabatan yang menjadi

nadi kepada keberkesanan pelaksanaan dasar dan

program bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT).

Seterusnya, beliau juga telah mengingatkan agar semua

pegawai dan kakitangan JPN berhati-hati dengan wabak

Influenza A H1N1 yang sedang melanda negara kita dan

mengamalkan cara hidup yang sihat sepertimana yang

ditekankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau

juga turut memaklumkan bahawa Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) akan melaksanakan penilaian Star Rating

di JPN pada bulan Februari atau Mac 2010. Beliau

mengharapkan agar semua pegawai dan kakitangan

bekerjasama dalam penyediaan segala keperluan bagi

penilaian tersebut. Akhirnya, beliau mengucapkan

tahniah dan penghargaan kepada semua pegawai dan

kakitangan yang terlibat dalam Audit Pengawasan MS

ISO 9001:2008 yang telah berlangsung dengan jayanya

pada 29 hingga 30 Julai 2009. JPN tidak menerima

sebarang laporan ketidakakuran (Non Conformance

Report - NCR) atau pemerhatian (observation) daripada

pihak audit.

Majlis tersebut juga telah memperkenalkan seramai

25 pegawai dan kakitangan yang baru melapor diri

di JPN sepanjang bulan Jun hingga Ogos 2009. JPN

mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas

kepada semua pegawai dan kakitangan baru.

17

2nd_Issue.indd 17

12/10/2009 3:54:38 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

PENGGREDAN SSR-PBT

TARIKH

18 Mei – 22 Mei 2009

(Isnin t– Jumaat)

25 Mei – 29 Mei 2009

(Isnin – Jumaat)

8 Jun – 12 Jun 2009

(Isnin – Jumaat)

15 Jun – 19 Jun 2009

(Isnin – Jumaat)

22 Jun – 26 Jun 2009

(Isnin – Jumaat)

29 Jun – 3 Julai 2009

(Isnin – Jumaat)

PBT

Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Majlis Perbandaran Sibu

Majlis Perbandaran Miri

Majlis Perbandaran Padawan

Perbadanan Kemajuan Bintulu

Sepanjang Mei hingga Julai 2009 Bahagian Inspektorat telah menjalankan penggredan

SSR-PBT melibatkan enam buah PBT di Sarawak bertaraf Majlis Bandaraya/Dewan

Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Selain daripada penilaian di pejabat-pejabat PBT,

Pasukan Inspektorat juga turut turun padang mendapatkan pandangan daripada

penduduk, peniaga dan badan bukan kerajaan (NGO).

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA 2009

Tanggal 4 Mei 2009 Majlis Sambutan Hari Anggota

Bomba telah disambut meriah bertempat di perkarangan

Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah Darul

Aman. Majlis sambutan kali ini disempurnakan oleh

YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Malaysia. Tema Sambutan Hari Anggota Bomba pada

kali ini adalah “SEDIA MENYELAMAT”.

Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan memberitahu bahawa Sambutan

Hari Anggota Bomba adalah bertujuan untuk

mengiktiraf jasa, khidmat bakti dan pengorbanan

anggota masyarakat kepada masyarakat.

Sambutan kali ini berlangsung selama lima hari

kerana turut dijalankan dua lagi acara penting

iaitu Pertandingan Kawad Kecekapan dan Program

Keselamatan Kebakaran. Antara acara yang berlangsung

adalah perarakan kontinjen-kontinjen yang diketuai

oleh PgB Tuan Hasrin bin Hasbi dari FRAM Wakaf Tapai,

perarakan jentera bomba, pameran kebombaan,

persembahan kebudayaan, pertandingan antara bomba

kilang dan hotel serta banyak lagi aktiviti menarik dan

bermanfaat untuk masyarakat setempat.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha Dasar

dan Pembangunan Tempatan Datuk Yeo Heng Hau,

YAS Ketua Pengarah Dato’ Hamzah bin Abu Bakar, YAS

Timbalan Ketua Pengarah (O) Dato’ Mahadi bin Md Ali,

YAS Timbalan Ketua Pengarah (P) Dato’ Wan Mohd Nor

bin Ibrahim serta Pegawai-pegawai Kanan JBPM.

18

2nd_Issue.indd 18

12/10/2009 3:54:39 PM

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BULETIN KPKT 2009 BIL 2

LAPORAN AKTIVITI

BAHAGIAN DASAR

Encik Liew Swee Liang

menyampaikan

cenderamata kepada

Encik Khairul Anwar.

Encik Khairul Anwar

menyampaikan

ucapan sempena

majlis perpisahan

yang dianjurkan oleh

Bahagian Dasar.

Pada 26 Jun 2009, satu majlis perpisahan telah diadakan di Bahagian Dasar untuk meraikan pertukaran Encik Khairul

Anwar bin Bachok, Timbalan Setiausaha Bahagian ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Setiausaha Sulit Kanan

kepada Menteri Pelajaran. Cenderamata tanda kenang-kenangan telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian,

Encik Liew Swee Liang bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di

sini. Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Khairul Anwar.

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN

PENGERUSI TTPR TUAN HAMDAN BIN INDAH

Pada 15 Julai 2009, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

(TTPR) telah mengadakan satu majlis perpisahan

bagi meraikan pertukaran mantan Pengerusi TTPR

iaitu Tuan Hamdan bin Indah ke Mahkamah Industri

berkuatkuasa pada 16 Julai 2009. Majlis tersebut telah

diadakan di ibu pejabat TTPR di Pusat Bandar Damansara

dan dihadiri oleh staf-staf di Ibu Pejabat dan Zon. Majlis

ini juga turut dihadiri oleh 6 orang President-Presiden

Tribunal.

19

2nd_Issue.indd 19

12/10/2009 3:54:41 PM

TAKLIMAT RINGKAS DI ANTARA

PEMBELI-PEMBELI RUMAH DAN PEMAJU

Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan

TTPR telah mengadakan satu taklimat bagi

menerangkan fungsi tribunal dan bidang

kuasa tribunal kepada pihak-pihak yang hadir.

Taklimat ini telah diadakan pada 7 Ogos 2009

jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat TTPR,

Pusat Bandar Damansara. Taklimat ini telah

berlangsung selama dua jam dan dihadiri oleh

lebih kurang 50 orang pembeli rumah dan 10

orang wakil daripada pihak pemaju. Taklimat

ini diadakan bagi mendamaikan pembelipembeli

rumah dan pihak pemaju yang

sebelum ini mempunyai masalah komunikasi.

Tuan Pengerusi TTPR, Bhupindar Singh a/l

Gurcharan Singh Preet dan Timbalan Pengerusi

TTPR, Pretam Singh a/l Darshan Singh turut

serta menghadiri taklimat ini.

PUBLIC SPEAKING DI BAHAGIAN DASAR

Puan Amnah sedang menyampaikan ucapan yang berkaitan dengan isu semasa sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai yang lain.

Sebagai langkah untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris di kalangan penjawat

awam, Bahagian Dasar, KPKT telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Pengucapan Awam Dalam Bahasa

Inggeris (Public Speaking) mulai 26 Jun 2009.

Program yang dijalankan seminggu sekali pada setiap hari Jumaat memberi peluang kepada pegawai secara

sukarela untuk menyampaikan serta berkongsi maklumat dalam Bahasa Inggeris yang meliputi pelbagai topik

selama 5 hingga 10 minit untuk setiap sesi.

Program ini dijangka dapat memberi keyakinan kepada pegawai untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan pada

masa yang sama dapat menambah pengalaman serta pengetahuan melalui perkongsian maklumat. Di samping itu,

semangat kerja berpasukan dapat dipupuk di antara pegawai serta dapat mengeratkan hubungan sesama rakan

sekerja.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Aras 1 - 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur

ISSN 1394-0538

No. Telefon : 03-2094 7033

No. Faks : 03-2094 9720

Website

: www.kpkt.gov.my

9771394053002

2nd_Issue.indd 20

12/10/2009 3:54:43 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!