31.12.2014 Views

teks ucapan ybhg. dato - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

teks ucapan ybhg. dato - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

teks ucapan ybhg. dato - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

KETUA PENGARAH JAKIM

BERSEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JAKIM

PADA 11 JANUARI 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan

kalimah syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT,

kerana di atas limpahan rahmat-Nya jua dapat kita

dipertemukan dalam perhimpunan pertama tahun 2013 ini.

1

2. Pertamanya saya ingin mengalu-alukan kehadiran

pengarah-pengarah baru di Jakim iaitu Y.Bhg. Dato’ Mustafa

kamal bin Abd Razak, Pengarah Bahagian Media dan Puan

Hajah Zawanah binti Mohamad, Pengarah Bahagian Fatwa

serta ucapan tahniah kepada Tuan Haji Zainal Abidin Jaffar,

Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim yang telah

dipinjamkan sebagai CEO MAIWP berkuatkuasa 2 Januari

yang lalu.

2

3. Hadirin sekalian, Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya

10 hari yang lalu. Tentunya banyak perkara-perkara yang

telah kita capai sepanjang setahun yang lalu. Sepintas lalu

kita telah sama-sama saksikan sebentar tadi di dalam

persembahan video antara rangkuman kejayaan-kejayaan

2

Jakim setahun yang lalu. Saya merasa bangga dengan

pencapaian-pencapaian yang bukan sahaja diktiraf oleh

Jabatan, bahkan telah mendapat pengiktirafan pihak-pihak

luar seperti :

3

i) Penarafan 5 bintang Laman Web Jakim oleh

MDeC & MSC

ii) Penarafan 4 bintang Pengurusan Kewangan oleh

Jabatan Audit

Negara,

iii) Kejayaan Masjid Putra mendapat sijil Amalan 5S

yang akan diserahkan oleh pihak MAMPU

sebentar nanti.

3

Serta lain-lain kejayaan yang begitu bermakna

buat kita semua. SAYABAS DAN TAHNIAH kita

ucapkan atas kejayaan yang kita kecapi bersama

ini.

4

3. Saudara dan saudari sekalian, jika kita ukur aspek

programme oriented pula, sebanyak 226 program teras

Jakim telah berjaya dianjurkan oleh seluruh bahagian di

Jakim bagi tahun 2012. Ini masih belum kita ambil kira lagi

aktiviti bersifat service oriented kepada rakyat yang secara

tidak langsung melibatkan pembangunan modal insan,

pembangunan sosial dan keluarga hinggalah kepada

pembangunan akidah dan syariah ummah.

4

4. Dari aspek pengurusan kewangan pula, tahun 2012,

kita telah berjaya membelanjakan sebanyak RM

711,687,503.03 atau 99.46 peratus dari peruntukan yang

dibekalkan.

5

4. Saya percaya kejayaan ini bukan hasil usaha Ketua

Pengarah seorang sahaja, bukan juga kerja TKP sematamata,

tetapi kejayaan ini adalah manifestasi kerjasama erat

semua posisi dalam jabatan. Oleh yang demikian, saya ingin

mengucapkan setinggi terima kasih atas usaha serta

komitmen tinggi tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

TAHUN BARU 2013, TAHUN BARU

PENGURUSAN:WARGA JAKIM MESTI BERJIWA BESAR

5

6

YBhg. Tan Sri, Dato’-Dato’ Tuan Puan sekalian,

4. Tahun 2013 sudah mula membuka lembaran, ini

bermakna telah bermula tahun baru pengurusan. Bukan

sekadar itu, angka 2013 juga telah menjadi tanda aras

kepada Jakim. Pertama usia Jakim telah menjangkau

hampir ke-45 tahun sejak penubuhannya.

5. Analoginya, seorang manusia itu apabila telah

menjengah usia 45 tahun, tentunya sudah semakin matang

dan semakin ramai peminat*. Tentunya usia 45 tahun

membuatkan Jakim lebih dewasa dan makin

berpengalaman.

6

7

5. Dalam jangka usia Jakim telah mencecah 45 tahun,

alhamdulillah Jakim telah berada di kelas yang tersendiri.

Jika kita lihat di pentas antarabangsa, masyarakat dunia

sering mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah negara

Islam contoh. Dan mereka juga tahu bahawa agensi

Kerajaan yang menggerakkan syiar Islam secara khusus di

Malaysia adalah JAKIM. Bila mereka dengar Halal, mereka

tahu JAKIM yang urus. Mereka tahu sebut Jakim walaupun

pada hakikatnya mereka tidak faham apa maksud akronim

kepada JAKIM itu sendiri. Itu di peringkat antarabangsa.

5. Dalam konteks Malaysia pula, Jakim sebenarnya telah

masuk ke dalam rumah-rumah orang Islam. Masuk

7

agaimana Sudah tentulah melalui produk-produk halal

yang digunakan seharian oleh masyarakat kita. Logo halal

yang tertera pada barangan gunaan itulah mewakili imej

jabatan kita. Inilah pengiktirafan buat Jakim, antara kejayaan

besar yang telah kita capai walaupun kadang-kadang ada di

antara kita tidak sedar dengan kejayaan ini. Kalau semua

orang kenal Samsung kerana produk handphone nya, maka

orang kenal Jakim kerana pensijilan halalnya. Sudah pasti,

banyak lagi produk-produk baru yang boleh kita cipta dan

pasarkan atau produk-produk sedia ada kita rebranding

untuk kita pasarkan semula.

8

6. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, inilah hasrat saya

apabila memasuki tahun 2013 ini, saya mahu Jakim boleh

8

erfikir bagaimana untuk mencipta produk-produk baru

yang dapat dimanfaatkan oleh ramai orang ataupun

bagaimana untuk kita melariskan produk-produk yang kita

sedia ada. Cuba kita belajar bagaimana syarikat-syarikat

besar mampu mencipta nama melalui produk-produk yang

mereka hasilkan. Lihat saja Samsung, Apple, Petronas, Air

Asia bagaimana mereka mampu membuatkan masyarakat

seluruh dunia mengingati jenama yang mereka terbitkan.

9

7. Untuk itu, kita semua wajib untuk memperbaharui tekad

dan keazaman untuk kita terus bekerja dengan lebih efektif

dan inovatif. Kita perlu ubah cara kita berfikir dan bertindak.

Saya mahu setiap dari kita berfikir sedalam-dalamnya,

apakah fungsi dan peranan yang kita laksanakan selama ini

9

sudah benar-benar mencapai tahap maksima atau masih

ada ruang untuk kita pertingkatkan usaha dan tindakan kita.

10

8. Oleh yang demikian, memandangkan perhimpunan ini

adalah perhimpunan pertama kita dalam tahun baru

pengurusan ini, maka saya akan memberikan pengarahan

tentang hala tuju 2013 dan beberapa pendekatan teras yang

harus kita berikan penekanan pada tahun ini.

HALA TUJU JAKIM 2013

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

10

6. Tahun 2013 adalah satu tempoh yang sangat kritikal

kepada Jakim. Kalau orang politik, mereka memandang

tahun 2013 adalah satu tempoh genting bagi mereka untuk

memenangi kerusi Pilihanraya Umum Ke-13. Jakim tidak

seperti mereka, kita agensi agama. Tahun ini adalah

genting untuk kita berusaha melonjak semula peranan

Jakim sebagai agensi berpandukan kepada hala tuju

berikut:

11

7. Pertama: Pada tahun 2013 ini, Jakim mesti terus

menjadi lead-agency yang mendepani isu-isu agama

dalam negara. Walau status kita hanya sebagai sebuah

jabatan, tetapi secara hakikatnya fungsi serta peranan

yang kita sedang jalankan sudah bertaraf sebuah

11

kementerian. Maka dengan sebab itu, warga Jakim mesti

berfikir seperti seorang ayah. Seorang ayah tentulah

seorang yang matang, bijaksana dan punya wibawa

tinggi. Warga Jakim tidak boleh lagi berfikir seperti

seorang anak kecil.

12

8. Oleh yang demikian, kita “mesti alert” dan “proactive”

dengan isu-isu semasa. Bila meletup satu-satu isu di

akhbar, rakyat nak dengar apa respon Jakim. Jadi kita mesti

cepat, cekap membaca isu. dan juga cekap menjawab isu.

Biarlah ulasan dan pandangan Jakim akan menjawab

persoalan dan menyelesaikan masalah. Termasuk menjadi

rujukan kepada setiap orang. *****Dalam isu-isu semasa

Aqidah, saya minta Seksyen Aqidah, Bahagian

12

Penyelidikan “alert” dan sampaikan apa jua maklumat

kepada saya seberapa segera. Begitulah juga bahagianbahagian

yang lain. ************Bila ada isu saja, tak

perlulah tunggu saya panggil naik ke atas, bila ada isu,

terus naik dan brief saya.

13

8. Kedua : Dalam konteks pengurusan, tahun ini

adalah sangat penting. Ini adalah kerana, pada tahun

2014, adalah tempoh matang Pelan Strategik Jakim.

Maka kita hanya ada tempoh setahun ini saja untuk

bekerja mencapai apa yang telah kita janjikan.

13

9. Kita tak mahu, disebabkan kegagalan dan kelalaian kita

merancang dan mengurus dengan baik pada hari ini,

menyebabkan hasrat kita untuk melihat masa depan

organisasi kita yang lebih utuh dan kukuh tergendala. Bagi

saya ini adalah satu dosa dalam pengurusan. Maka dengan

sebab itu, saya mahu kita semua merasai

tanggungjawab ini.

14

10. *****Untuk memandu kita semua, saya mahu

bermula awal Januari ini, Seksyen Strategik, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan lebih pro-aktif

memberikan nasihat dan memantau pelaksanaan Pelan

Strategik Jakim. Termasuklah juga bahagian-bahagian

14

yang lain agar kita sama-sama merasai tugas dan

tanggungjawab ini secara bersama.

15

Saudara-saudari sekalian,

11. Perkara ketiga, pada tahun ini kita mesti berusaha

dengan gigih untuk menyelesaikan projek fizikal Jakim

seperti:

i. Makmal Analisis Halal di Enstek, Nilai, NS .

ii. Pusat Jagaan HIV Muslim (ILAJ HOME ), Jln

Davis, KL.

iii. SRA Ar -Rahah, Kerinchi, KL .

iv. SRA Pantai Ria, KL .

v. Masjid Al-Firdaus, Segambut Luar, KL .

vi. Surau At-Taqwa, Setapak, KL .

15

16

vii.

viii.

KL.

Masjid Durian Tunjung, WP Labuan.

Naiktaraf Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta,

12. Ini adalah projek yang mesti diberikan prioriti oleh

Jakim dan tentunya kita mesti bekerja mengikut “time-line”

yang telah ditetapkan. Dan yang paling penting seluruh

warga Jakim mesti “aware” dan sedar bahawa projek ini

sangat penting bagi melebarkan mercu tanda Jakim dan

Islam di Malaysia ini. *******Maka saya mahu Seksyen

Pembangunan, Bahagian Kewangan serius memantau

dan mengurus projek-projek ini hingga selesai.

TAHUN 2013, PENDEKATAN JAKIM MESTI LUAR BIASA

16

17

Hadirin sekalian,

13. Ketika mula-mula di lantik menjadi KP Jakim, saya

selalu sebut bahawa saya mahu Jakim menjadi luar biasa.

Luar biasa yang bagaimana

14. Kita mahu keluar dari kepompong kita. Kita tidak mahu

terikat dengan kaedah lama, atau status-quo kita. Maka

dengan sebab itu, saya mahu tahun ini, saya mahu semua

TKP, Pengarah Bahagian, KPP, dan seluruh warga Jakim

berfikir dan cari jalan untuk merekayasa program Jakim.

17

15. Pertama : bermula hari ini, warga Jakim mesti ada

budaya “THINK-FAST”. Budaya berfikir bagaimana

mahu menyelesaikan tugasan dengan cepat. Bagaimana

mahu beri servis dengan segera.

18

16. *****Sebagai contoh, Lapangan Terbang

Antarabangsa Incheon, Korea adalah sebuah lapangan

terbang antarabangsa terbesar di Korea Selatan dan

salah sebuah lapangan terbang tersibuk di Asia dan

mendapat penarafan 5 bintang dari Sky-Trax.

18

17. Yang lebih hebat yang saya mahu kongsikan di sini,

pengurusan Lapangan Terbang Incheon ini telah berjaya

membuat KPI, mereka memastikan para penumpang

yang turun dari kapal terbang, akan mendapat semula

bagasi mereka dalam tempoh 18 minit sahaja. Ini adalah

contoh budaya “THINK-FAST”.

19

18. Ada banyak perkara dalam pengurusan yang boleh

kita “improve”. Contoh kita letakkan standard, di Jakim,

emel mestilah paling lama WAJIB DI BALAS dalam

tempoh 24 jam. Ini perkara-perkara yang mesti kita fikir.

19. ********Selain itu, sistem pemantauan maklum balas

dan tindakan mesyuarat JAKIM secara on-line juga

19

oleh kita usahakan. Saya mahu perkara ini diusahakan

oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (ICT) Jakim

seberapa segera yang mungkin.

20

20. Kedua : Program-program Jakim mestilah diinovasi

dan dianjur secara sinergi (blue-ocean strategy). Kita

mesti mengakui kelompok sasar hari ini sangat berbeza

dengan tahun 80-an dan 90-an dahulu. Hari ini masyarakat

semakin terbuka dan mencabar. Maka pendekatan kita juga

mesti berbeza. Juga termasuk pendekatan mencari

kelompok sasar.

21. Sebagai contoh dalam konteks dakwah, kita mesti cuba

usaha menembusi kelompok sasar yang baru umpamanya

20

kumpulan-kumpulan elit dan high-class. ******Sudah berapa

kalikah Jakim cuba approach buat pertemuan atau

program bersama CEO-CEO GLC Kerajaan dan Swasta

Maka ini adalah satu cabaran baru kepada kita. Tahun

ini saya mahu Bahagian Dakwah anjurkan program

dengan CEO-CEO GLC Kerajaan dan Swasta. Kita perlu

“engage” dengan kumpulan elit ini untuk kita suburkan

budaya dakwah di kalangan mereka.

21

22. Begitu juga dengan pengurusan masjid di bawah

Jakim. Saya amat impikan masjid-masjid utama Jakim

lebarkan sayapnya bukan hanya di kalangan anak-anak

qaryah setempat. Jangan pula kita hanya berebut

berlumba-lumba untuk melaksanakan kursus

21

pengurusan jenazah, berebut-berebut untuk

mengadakan program ziarah hospital, orang asli…itu

semua bagus dan baik, tetapi saya mahukan yang lebih

baik dari itu ialah bagaimana kita boleh berfikir untuk

mempromosikan masjid kita di peringkat dunia. Kalau

boleh kita adakan satu bentuk kerjasama di antara

masjid-masjid ternama di peringkat antarabangsa untuk

kita saling berkongsi bentuk dan gaya pengurusan

masjid-masjid ternama.

22

23.*********Bagi menjadikan perkara ini tersusun, saya

arahkan Seksyen Inovasi menjadi leader-group untuk

mencambahkan idea-idea baru untuk kita

menginovasikan program-program Jakim tahun 2013.

22

23

Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian,

24. Perkara ke-tiga ialah, Tahun ini juga warga Jakim

mesti bekerja dan dilihat bekerja. Ada dua isu disini.

Pertama warga Jakim mesti bekerja. Bila sebut bekerja

maknanya kerja sungguh-sungguh, selalu berfikir untuk

memajukan jabatan, bekerja dalam keadaan menguasai jobspec.

Ini barulah nama bekerja. Bukan hanya buat kerjakerja

rutin dan menunggu arahan, baru hendak buat kerja.

Bekerja maksud saya ialah kita mampu berfikir dan

mencadangkan idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Bukannya apabila timbul masalah kita tanya bos macam

mana nak selesaikan masalah. Sebolehnya kita cuba

23

cadangkan beberapa strategi untuk menyelesaikan masalah

kemudian kita minta bos kita pilih strategi mana yang paling

sesuai lalu kita kerja ikut arahan yang telah dikeluarkan. Ini

dikatakan pegawai yang mampu buat kerja.

24

25. Isu seterusnya ialah kita juga mesti dilihat bekerja.

Disinilah peranan besar web-site Jakim. Web-site adalah

medium untuk memaklumkan kepada rakyat tentang apa

yang Jakim sedang lakukan. Web-site adalah front-liner

jabatan*****Jadi selepas ini saya mahu web-site Jakim

mestilah terisi dengan maklumat yang updated. Dalam

pada masa yang sama, infonya juga mesti tepat dan

menarik. Saya dapati isu-isu dasar Jabatan kurang

dipaparkan. Perkara-perkara besar yang telah dilaksanakan

24

oleh Jabatan yang sepatutnya rakyat dimaklumkan dengan

segera jarang-jarang ada di laman web kita. Sebagai contoh,

isu kalimah Allah, isu takfir, masyarakat mahu melihat

sumber yang paling mereka percayai iaitu agensi agama.

Tetapi maklumat yang ada di laman web kita sukar pula

untuk diperolehi. *******Saya mahu PRO Jakim di bawah

BKP menyelaras perkara ini supaya terlaksana dengan

baik.

25

Tuan-tuan, Puan-puan sekalian,

26. Perkara terakhir yang saya mahu sebut pada

kesempatan ini ialah pentingnya perubahan pendekatan

25

Pusat-Pusat Latihan Jakim. Kita sangat beruntung, Jakim

mempunyai pusat latihan yang dilengkapi prasarana yang

selesa dan baik. Langkah seterusnya yang mesti kita

pastikan ianya berjaya ialah aspek kualiti serta

keberkesanan program dan modul yang ditawarkan.

26

27. Jadi pada tahun ini saya mahu pusat-pusat latihan

Jakim member focus dalam menganjurkan program latihan

berasaskan perancangan, objektif yang teliti dan kajian

keperluan yang mendalam. Maksudnya program-program

latihan yang kita tawarkan bukan sekadar melengkapkan

takwim sahaja. Sebaliknya kita merancang untuk melahirkan

modal insan yang memenuhi kehendak dan matlamat yang

diharapkan.

26

27

28. Kedua, saya mahu pusat-pusat latihan benar-benar

menjadi tempat untuk membina pegawai dan kakitangan

Jakim yang mantap. Jadi saya mahu kehadiran para

pegawai dan kakitangan dipantau. Pastikan Kursus POL dan

sebagainya diikuti oleh semua pegawai seperti yang

dirancang.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

29. Syukur tahun ini kita diberikan peruntukan besar.

Sejumlah RM 781,862,000.00 telah diperuntukkan

kepada Jakim. Tahun ini kita akan menganjurkan lebih

banyak program yang bersifat antarabangsa dan

27

kebangsaan. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada

semua warga Jakim untuk terus kita menjiwai hala tuju

Jakim dan memberikan kesetiaan kepada jabatan untuk kita

sama-sama membangunkan umat Islam di negara ini.

28

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

30. Akhir sekali, saya mahu setiap “main-point” yang saya

sebutkan dalam ucapan tadi mestilah dibincang dan

dikembangkan oleh 3 sektor di Jakim ini. Dari semasa ke

semasa kita akan mengemaskini idea-idea baru untuk

membangunkan jabatan.

28

29

31. Marilah kita jadikan tahun ini sebagai “TAHUN

MENGURUS KEJAYAAN JAKIM”. Saya amat memegang

erat kepercayaan bahawa “kejayaan yang mahu kita bina

mesti dilaksanakan dalam pasukan”. Kita tidak boleh

mengharapkan tongkat sakti Aladdin untuk mengubah

JAKIM sekelip mata, sebaliknya kitalah sendiri yang mesti

bertindak.

32. Sekejap lagi kita semua akan menjalankan Mesyuarat

Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jakim. Adalah menjadi

harapan saya, kelab-kelab di bawah Jakim seperti Kelab

Kebajikan, Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama

(PKPU) dan PUSPANITA lebih aktif anjurkan program-

29

program kebajikan dan kekeluargaan. Saya amat percaya

kita semua bukan robot yang boleh di-“remote-control”.

Adakalanya kita perlukan keceriaan, hiburan, dan juga

semangat kekeluargaan. Jadi ini lah platform rasmi dalam

jabatan untuk kita mempertaut silaturrahim sesama kita.

30

33. Itulah sahaja beberapa perkara penting yang ingin

saya kongsikan bersama tuan puan sekalian pada pagi ini.

34. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya

khususkan kepada seluruh warga JAKIM, JAWI ibu pejabat

dan luar ibu pejabat atas kesudian menghadiri dalam Majlis

Perhimpunan Bulanan kita pada hari ini. Pada 24 Januari

2013 ini marilah sama-sama kita menjayakan Sambutan

30

Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H

bersamaan 2013M di Masjid Putra. Ajaklah bersama ahli

keluarga untuk menjayakan program kita ini.

31

35. Sebelum saya mengakhiri ucapan, dengan ini saya

dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan

Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jakim

dengan jayanya. Selamat Bermesyuarat!

Sekian,

Wabilahittaufiq wal hidayah, wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh

DATO’ OTHMAN BIN MUSTAPHA

11 JANUARI 2013

31

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!