28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

43

PARA PEMEGANG SAHAM

Dialog Antara Syarikat dan Para Pemegang Saham

Syarikat berusaha mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka dan telus dengan para pemegang sahamnya, pelabur institusi dan

pelabur umum keseluruhannya dengan objektif untuk menyediakan gambaran selengkap dan sejelas mungkin berhubung prestasi

dan kedudukan Kumpulan. Syarikat percaya bahawa perhubungan pelabur yang membina dan berkesan adalah faktor yang perlu

dalam mempertingkatkan nilai bagi para pemegang sahamnya. Walau bagaimanapun, dalam pada ia berusaha untuk menyediakan

sebanyak mungkin maklumat kepada para pemegang saham dan pemegang kepentingannya, Syarikat turut mengambil kira rangka

kerja undang-undang dan penguatkuasaan peraturan yang mengawal pengeluaran maklumat penting dan sensitif harga.

Untuk mengemaskini para pelabur, memberi penjelasan tentang perniagaan dan matlamat kewangannya serta mendapatkan maklum

balas daripada para pelabur, Syarikat menggunakan aktiviti-aktiviti hubungan utama pelabur berikut:

• Mesyuarat dengan penganalisis kewangan dan pengurus dana institusi;

• Mengambil bahagian dalam pameran bergerak dan persidangan pelabur, baik tempatan mahupun antarabangsa; dan

• Mengambil bahagian dalam persidangan melalui telefon dengan para pelabur dan penganalisis penyelidikan.

Kumpulan turut mewujudkan beberapa laman web dengan laman web utamanya di www.ioigroup.com dan www.myioi.com, untuk

memudahkan para pemegang saham dan orang ramai mengakses maklumat korporat, penyata kewangan, berita dan acara berkaitan

Kumpulan secara tepat pada masanya. Fakta-fakta penting dan bahan-bahan penyata yang diedarkan dalam acara-acara di atas, turut

disediakan di laman web Kumpulan untuk memberi peluang mengakses sama rata kepada para pemegang saham dan pelabur umum lain.

Pada tahun kewangan ini, Kumpulan telah mengambil bahagian dalam 3 pameran bergerak dan persidangan pelabur serta telah

mengadakan kira-kira 12 mesyuarat dengan para penganalisis kewangan dan pelabur.

Selain daripada yang dinyatakan di atas, pengurusan juga percaya bahawa Laporan Tahunan Syarikat adalah satu sumber penting dan

mudah bagi maklumat yang diperlukan untuk para pelabur sedia ada dan berpotensi serta para pemegang kepentingan yang lain.

Oleh yang demikian, Syarikat berusaha untuk menyediakan tahap laporan dan ketelusan yang tinggi, melebihi dengan ketara

keperluan mandatori untuk memberi nilai kepada para pengguna.

Mesyurat Agung Tahunan dan Komunikasi-komunikasi Lain dengan Pemegang Saham

Sejak dahulu, Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat (“AGM”) mempunyai tahap kehadiran yang memuaskan. Pengerusi sentiasa

mengamalkan peruntukan masa yang mencukupi bagi sesi soal jawab dalam AGM, bagi mendapatkan saranan dan ulasan para

pemegang saham untuk dipertimbangkan oleh pengurusan.

Pengumuman yang tepat pada masanya juga telah dibuat kepada orang ramai berhubung keputusan suku tahunan Syarikat,

cadangan-cadangan korporat dan pengumuman lain yang diperlukan untuk memastikan penyebaran maklumat yang berkesan

berkaitan Syarikat dan supaya maklumat yang tepat disediakan kepada pelabur umum keseluruhannya.

Kumpulan mempunyai tahap liputan dan pendedahan yang agak tinggi di kalangan masyarakat pelabur.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!