NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
39

LEMBAGA PENGARAH samb

Mesyuarat Lembaga Pengarah samb

Jumlah Bil.

Mesyuarat

Bil. Mesyuarat

Yang Dihadiri

Pengarah Eksekutif

Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng 8 8

Dato’ Lee Yeow Chor 8 8

Dato’ Yeo How 8 7

Pengarah Bukan Eksekutif

YM Raja Said Abidin b Raja Shahrome 8 8

Puan Sri Datin Hoong May Kuan 8 8

Datuk Prof Zainuddin b Muhammad 8 8

Dato’ Hj Zakaria @ Shamsuddin b Dahlan 8 8

Bekalan Maklumat

Semua ahli Lembaga Pengarah dibekalkan dengan maklumat tepat pada masanya. Laporan Lembaga Pengarah diedarkan sebelum

mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan bagi membolehkan para Pengarah mendapat maklumat dan penjelasan lanjut, jika perlu, sebelum

mesyuarat diadakan.

Laporan Lembaga Pengarah, antara lain menyediakan maklumat kewangan dan korporat secara berkala, isu-isu operasi, kewangan dan

korporat penting, prestasi pelbagai unit perniagaan dan cadangan pengurusan yang memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah.

Taklimat berkala secara terperinci mengenai keadaan industri, prestasi syarikat dan tinjauan masa depan (ramalan) juga diadakan untuk para

Pengarah bagi memastikan Lembaga Pengarah sentiasa termaklum berhubung arah aliran dan perkembangan terkini di pasaran dan industri.

Lembaga Pengarah mendapat khidmat dua orang Setiausaha Syarikat yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Pengarah dalam

memastikan supaya semua prosedur Lembaga Pengarah diikuti dan supaya undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dipatuhi. Ini

termasuk tanggungjawab para Pengarah berkaitan pendedahan kepentingan dan pendedahan sebarang konflik kepentingan dalam

urusniaga dengan Kumpulan. Setiausaha-setiausaha Syarikat tersebut turut dipertanggugjawabkan untuk mengetengahkan semua isu yang

mereka fikirkan perlu dibawa kepada perhatian Lembaga Pengarah. Selain daripada Setiausaha-setiausaha Syarikat, para pengarah bebas juga

mempunyai akses penuh kepada para pegawai kewangan dan undang-undang serta juruaudit dalaman Syarikat.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, jawatankuasa Lembaga Pengarah berhak untuk mendapatkan pandangan dan nasihat profesional

daripada perunding luar seperti bank saudagar, penilai, perunding sumber manusia dan lain-lain.