28.11.2014 Views

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

37

TADBIR URUS KORPORAT

PENGENALAN

Lembaga Pengarah Syarikat memberi kepentingan utama tadbir urus korporat yang baik terhadap kejayaan Kumpulan. Ia berusaha untuk

memastikan supaya piawaian tadbir urus korporat tertinggi diamalkan di seluruh Kumpulan bagi memastikan pertumbuhan yang

berterusan dan berkekalan demi kepentingan semua pemegang kepentingan, iaitu pelanggan kami, pemegang saham kami, tenaga

manusia kami, rakan-rakan perniagaan kami dan negara kami serta masyarakat di mana kami beroperasi.

Amalan tadbir urus korporat Kumpulan adalah berpandukan kepada rangka kerja “Wawasan IOI” di mana kejayaan komersial yang

bertanggungjawab dan seimbang dicapai dengan menangani kepentingan semua pemegang kepentingan. Satu set nilai-nilai teras

dan prinsip panduan memandu tenaga manusia kami di semua peringkat dalam mengendalikan tatalaku dan pengurusan perniagaan

serta hal ehwal Kumpulan. Kami percaya bahawa tadbir urus korporat yang baik boleh membawa kejayaan jangka panjang yang

boleh diukur dan mampan serta membolehkan penerbitan nilai pemegang saham jangka panjang serta memberi manfaat kepada

semua pemegang kepentingan lain. Semuanya ini digambarkan oleh rekod prestasi kami dari setahun ke setahun.

Berkaitan dengan prinsip dan syor-syor Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“Kod”), Lembaga Pengarah dengan sukacitanya membentangkan

penyata berikut yang menggariskan bagaimana Kumpulan telah mengamalkan prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam Kod. Lembaga

Pengarah telah mematuhi amalan terbaik yang ditetapkan di dalam Kod, melainkan dalam perkara-perkara yang dikenalpasti secara khusus.

LEMBAGA PENGARAH

Peranan dan Tugas Utama

Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi keseluruhan Syarikat dan Kumpulan.

Lembaga Pengarah menetapkan wawasan dan objektif strategic Kumpulan, halatuju dasar-dasar, rancangan tindakan strategik serta

pengawasan sumber Kumpulan ke arah merealisasikan “Wawasan IOI”. Ia memberi tumpuan terutamanya kepada strategi, prestasi

kewangan, isu-isu perniagaan yang kritikal dan penting serta bidang-bidang khusus seperti risiko utama dan pengurusannya, sistem kawalan

dalaman, perancangan penggantian bagi pengurusan kanan, program perhubungan pelabur dan dasar komunikasi pemegang saham.

Para pengarah eksekutif memikul tanggungjawab utama dalam mengurus perniagaan dan sumber Kumpulan. Pengetahuan

mendalam mereka berhubung perniagaan dan amalan pengurusan “menunjuk ajar secara langsung” telah membolehkan Kumpulan

menjadi peneraju dalam industri pilihannya.

Para pengarah bukan eksekutif bebas terlibat secara aktif dalam pelbagai jawatankuasa Lembaga Pengarah dan memberi sumbangan

besar kepada bidang-bidang seperti pemantauan prestasi dan peningkatan tadbir urus korporat dan kawalan. Mereka memberi

pandangan yang lebih luas, penilaian bebas dan pendapat berhubung cadangan pengurusan yang dikemukakan oleh para pengarah

eksekutif dan memastikan secara berkesan kesaksamaan bagi mereka.

Sungguhpun saiz Lembaga Pengarah agak kecil, namun ia menyediakan campuran keusahawanan, kepakaran perniagaan dan

profesional dalam bidang pengurusan am, kewangan, undang-undang dan teknikal dalam industri yang diceburi oleh Kumpulan.

Kunci keteguhan struktur ini adalah proses membuat keputusan yang pantas.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!