NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANsamb - IOI Group
Create successful ePaper yourself
Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.
35

BIDANG RUJUKAN samb

6 Setiausaha kepada Jawatankuasa Audit dan Minit Mesyuarat

Setiausaha Syarikat akan menjadi setiausaha Jawatankuasa dan sebagai prosedur melapor, minit mesyuarat akan diedarkan

kepada semua ahli Lembaga Pengarah.

AKTIVITI

Pada tahun ini, Jawatakuasa telah menjalankan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan bidang rujukannya.

Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh Jawatankuasa adalah seperti berikut:

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

ix

x

Mengkaji skop kerja dan rancangan audit juruaudit luar serta membincangkan keputusan pemeriksaan dan syor-syor mereka.

Mengkaji dengan juruaudit luar mengenai keputusan audit mereka, laporan audit dan syor-syor kawalan dalaman berhubung

kelemahan kawalan yang diperhatikan semasa menjalankan kerja pengauditan mereka.

Mengkaji penyata kewangan yang telah diaudit sebelum mengesyorkannya untuk diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Mengkaji pematuhan Syarikat khususnya berhubung penyata kewangan suku tahun dan akhir tahun terhadap Keperluan

Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan piawaian perakaunan berkaitan diluluskan yang dikeluarkan oleh Lembaga

Piawaian Perakaunan Malaysia.

Mengkaji pengumuman keputusan kewangan suku tahunan belum diaudit Kumpulan dan Syarikat sebelum mencadangkannya

untuk dipertimbang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

Mengkaji keperluan sumber, program dan rancangan Jabatan Audit Dalaman bagi tahun kewangan ini bagi memastikan liputan

yang mencukupi ke atas aktiviti setiap unit perniagaan dan taksiran tahunan prestasi Jabatan Audit Dalaman.

Mengkaji laporan audit yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Dalaman mengenai penemuan dan syor-syor serta tindak balas

pengurusan mengenainya dan memastikan supaya penemuan penting ditangani sewajarnya oleh pengurusan.

Mengkaji urusniaga pihak berkaitan yang dimeterai oleh Kumpulan.

Mengkaji dan menaksir aktiviti-aktiviti pengurusan risiko dan laporan semakan risiko Kumpulan.

Mengkaji tahap pematuhan Kumpulan terhadap peruntukan-peruntukan berkenaan yang digariskan di bawah Kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia untuk tujuan penyediaan Penyata Tadbir Urus Korporat dan Penyata Kawalan Dalaman menurut Keperluan

Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad.